Salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Entri terbaru kali ini berkisar tentang dunia pemancingan lagi haha.. aku secara tiba-tiba terjebak dalam aktviti memancing haha.Segalanya bermula ketika aku kali pertama melakukan aktiviti memancing di bawah jambatan Pulau Pinang tempoh hari huhu.So sila baca entri lepas untuk mengetahui camana aku leh terjebak dengan aktiviti ni.Pada 7/7 yakni Sabtu lepas, aku dan kengkawan seramai 7 orang sekali lagi menganjurkan aktiviti memancing dan juga reunion.Tujuan aktiviti ini selain mengisi masa lapang dari tekanan kerja, dapat memberikan pengalaman baru memancing di pulau yang boleh dikatakan terpencil jugaklah.Member-member aku yang lain seperti Mut, Mat dan Adan dah biasa memancing kat pulau yang agak terperosok ini.Tapi bagi aku sememangnya pengalaman pertama huhu.. sememangnya thrill dan adventure.

Untuk ke Pulau Rimau ini, semestinya sempoi pada waktu pagi, seeloknya pukul 7 dah terpacak kat jeti area Seagate tu.Sebab biasalah hari weekend kan, ramai kaki-kaki pancing berpusu-pusu ke jeti tersebut.Tapi mengikut otai yang selalu pegi iaitu Mut.Boat memang selalu ada, cuma kena tunggu turn sajalah.Selain tu kalo nak pegi Pulau Jerejak pun boleh naik boat melalui jeti ni.Tambang pergi-balik yang dikenakan untuk ke Pulau Rimau pula adalah RM15 sekepala.Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam lebih jugak la.. memang terasa jauhnya sebab pulau ni cam tersorok sikit dari port nelayan.Maka keberangkalian nak dapat ikan yang sempoi-sempoi juga tinggi berbanding kalo mancing kat bawah jambatan tempoh hari.Sebenarnya di Pulau Rimau ini terdapat rumah api dan juga kubu tentera zaman silam dulu.Kedudukan pulau ni yang agak strategik dan terlindung menyebabkan banyak boat nelayan mai lepak jap sebab arus tak berapa deras.

So aku nak menulis panjang pun tak guna apa kata tengok saja video kat bawah ni huhu

So video aku amik tu dah menceritakan segala atur cara perjalanan dan sedikit sebanyak gambaran yang ada sewaktu ada di Pulau Rimau huhu.Aku malas nak menulis so tempek video saja.Tapi aku memang sunburn teruk la walaupun aku dah pilih port memancing baik punya bawah pokok tapi still kena sunburn huhu.. Yang tak bestnya aku jadi tak keruan bila nak buang ayaq besaq aduii haii.. kencing boleh gagah lagikan.Ni nak berak dalam hutan ni yang lemah bagi aku ni huhu.. Yang lawak nya bila ja aku nak cari port nak melepas sekali makk aihh 2-3 ekoq kera muncui adui dugaan tui.. aku nak membuang pun nak skodeng kaa… last-last aku beranikan diri jugak.. yela dah tak tahan kan.. ahhh lantak kau la kera nak skodeng aku menyahtinja pun.. uhhh.

Secara keseluruhannya.. port mancing kat Pulau Rimau ni memang best dan santai sebab boleh lepak-lepak atas bongkah batu besaq sambil memancing.Yang tak bestnya cuma standard laa.. sunburn haha.. tambah-tambah orang berkulit putih macam aku ni huhu.. memang orang kata macam udang kena bara la huhu.. So sekian saja cerita aktiviti memancing aku kali ini.. bersambung kita di entri lain.Rasanya teringin nak pergi memancing bawah jambatan kedua pulak huhuhu..Akhir kata, layanzz gambar-gambar kat bawah ketika ekspedisi ini berlangsung huhu..

Pagi-pagi dengaq taklimat dari chairman project encik muftif

Tunggu boat mai amik.. boat tak banyak.. ikut turn sapa mai dulu

Bersiap sedia dengan jaket keselamatan.. sebelum boat berlepas

Memandangkan naik boat terhuyung-hayang sampai nak termuntah.. aku bosan-bosan tangkap gambar..

Wah agak dasat ikan ni bermain-main dengan mata kail sebelum berjaya dibawak naik

Adan bergaya dengan hasil tangkapan huhu..

Kaki pancing menggelarkan ikan ni ikan yu bodo.. ish ish.. takdak nama lain kaaaaa..

Si arn berjaya mengangkat ikan tuka.. mula-mula aku ingat ikan pari.. rupanya tak huhu..

Si Mut pulak berjaya bawak naik ikan daun baru..

Ikan kerapu.. woooo besaq dekat 1kg gak la

Hahaha time nak balik tetiba ada abg long kawasan pulau ni mai dok meow meow haha.. cumil jer haha.. datang dekat nak bagi ikan dia lari lak.. huhu pe la harap badan je tough huhuhu..

 

Facebook comments: