Salam semua.Dah lama sungguh aku tak bermain-main dengan AE atau After Effect.The reason aku malas nak godek-godek AE kerana ianya akan menimbulkan ketagihan yang sangat melampau tahap susah nak recover haha.Bagi aku la.. After Effect adalah the most user friendly software untuk touch up 3d animation atau pun nak buat efek-efek khas yang salu kita lihat dalam hollywood movie takpun filem melayu pun bersepah ada sekarang ni.Nak buat ada power elektrik ka, ada power bola api ka, nak buat pedang light saber ka semua no problem huhu.

Kalo sesiapa yang masih ingat dan yang mungkin setia dengan blog ni maka akan perasan aku ada bok kluaq promo Sayugia Adiwira suatu ketika dahulu huhu.Boleh tengok kat feature video sebelah kat sebelah kanan widget ni hah.Time tu aku sangat ketagih men AE ni.Macam-macam nak try.Since abih ja promo tu aku dah jarang men dah sebab nak tumpu bab blogging dan aktiviti IM lain.Banyak jugak la videoklip-videoklip yang aku rancangkan tertangguh camtu ja.So bidang blogging aku pun dah dapat rentak sekarang, dah tak perlu sesak-sesak pala nak kaji itu ini, maka bolehlah kembali bermain dengan After Effect.

Masih aku ingat, aku mula bermain AE pada ketika zaman kat U dulu.Sampaikan aku ada buat movie pendek (dalam 10 minit camtu) untuk ditayangkan masa dinner school (fakulti) aku.Disamping tu aku ada buat juga rakaman event-event untuk school aku dan juga buat editing masukkan effect apa-apa yang patut.Zaman tu kira ketagih gak la, sebab aku sangat suka edit-edit video yang dah dirakam pastu buh effect.Sampai satu tahap aku ingat nak tukaq kos pi MMU hahaha.Tapi nak main dengan AE ada mood dia jugak, dia takleh kerap men.Seperti aku cakap tadi, once ampa dah main, takleh nak berenti haha (bagi minat buat efek-efek ni la).Dulu aku sangat ketagih buat efek KAMEHAMEHA dari dragonball tu haha.. punya la pulun touch up tahap detail frame by frame nak bagi jadi huhu.

Dan satu lagi yang tak best, once bila dah berenti main pada jangka waktu masa yang lama, nak catch up balik apa yang kita eksperimen berkaitan efeks akan makan masa balik.Nak dapat balik tune tu take time jugak.Sebab AE ni libatkan juga dari segi geometri, matematik, 3 dimensi dan sebagainya.Aku ada juga beli buku khas untuk belajar AE ni time aku belajar kat U dulu.Saja ja hobi eksperimen tengah-tengah malam kalo dah buhsan main game DOTA takpun CS (Counter Strike).Sapa yang penah main photoshop takpun ada basic yang kuat dalam photoshop maka amat senang untuk main-main dengan AE ni.Lebih kurang saja GUI dan apa yang perlu kreativiti dan passion yang sangat mendalam untuk memastikan suatu efek tu berjaya dibuat.

Bila aku dah lama dok main-main AE dulu, maka sampai aku boleh perasan cerita melayu yang guna AE ni hahaha… tambah-tambah filem antoo fighter tu.Efek ada karen nak tembak hantu hahaha… senang ja nak buat.Import ja built in efek karan tu kat dalam footage video, maka anda perlukan kreativiti untuk ubah kedudukan paksi 3 dimensi efek karan tersebut supaya kena dengan kedudukan pelakon dan objek yang ditembak.Begitu juga dengan green screen teknik.Sangat lah mudah untuk tukarkan green screen menjadi background pilihan anda sendiri.Hanya semudah 2-3 click untuk tukarkan background tersebut.Pendek kata tak susahlah nak main AE ni asalkan ada passion suma boleh buat.

So dalam minggu ni aku cuba akan revise balik apa yang aku dah belajaq dulu-dulu.Kira-kira balik dah dekat setahun kot aku tinggal AE ni.Lama tul dah tak main.. sekali main nah.. sedar-sedar dari malam tengok dah subuh hehe… jadi ralit ooh! Bukan apa once dah berjaya create satu effect maka mula la ketagih nak buat lagi.Tambah-tambah kalo ada scene keluaq power kot tangan… haaa bab ni lagi jadi ketagih haha.. sekali tak nampak perfect sekali tu dok pulun. bagi nampak asap sikit lahh.. bagi ada kuar api sikit lah, bagi ada bayang lah.. suma tu kena amik kira apabila suatu power kluaq dari tangan… Dah tu kalo nak lagi perfect maka perlu buat frame by frame supaya tampak lagi kemas.Walhal kalo tengok hollywood punya efek untuk 1 saat punya footage… makan beribu-ribu frame nak edit kasi perfect.

Nasihat aku.. takyah la dok men AE ni.Kang buang masa hahaha…. kadang efek untuk 0.5 second pun, orang bukan pandang sangat pun.Yang pembuat efek  mungkin makan masa 3-4 hari nak siapkan huhu.Yang penengok jeling camtu je dah.. pastu lupa dah hahaha.Apa-apa pun bidang ni berkaitan dengan passion yang sangat mendalam.Kerjaya dalam bidang efek ni kalo kat Hollywood perghhhh meletup bebb!! Just named it, Avatar? Transformers? Harry Potter tu semua ada pakar VFX (visual FX) yang tersendiri.Sekali kontrak untuk satu filem… perghh makan tak abih kot bertahun lamanya hehe.. tapi bidang ni kat Malaysia agak kureng le sikit perkembangannya.Tu sebab aku tak jadi pi MMU haha, konpem arwah mak aku tak setuju time tu.. so ngadap je la bidang engineering huhu.

Akhir kata, aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk video montaj Sayugia Studio nanti.Dah lama tak main maybe skill dah kurang.. so sekarang ni nak cuba-cuba asah balik bakat hahahah..Sekian.

Facebook comments: