Salam semua kepada pembaca sekalian.Bagi sesiapa yang terlepas bahagian pertama entri ini maka bolehlah jenguk balik entri melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 1.Seperti yang kita sedia maklum, Samsung Galaxy S3 baru sahaja dilancarkan ke seluruh dunia dalam akhir bulan lepas.Out of topic jap.. huhu.Apa yang dapat aku katakan tentang Galaxy S3 memang pada hakikatnya ianya superb dari segi processor dan juga screennya yang HD AMOLED itu.Tetapi ianya sebenarnya tidak terlalu advance berbanding dengan Galaxy S2.So anda tidaklah perlu terburu-buru menjual S2 anda dan terus grab S3 kerana ianya pada keseluruhan belum mendapat feedback dari user seluruh dunia.Bayangkan pada Oktober tahun lepas Galaxy S2 baru saja dilancarkan di US.. tup tup mak aihh dalam masa 6 bulan saja terus Galaxy S3 menjengah ke pasaran.Sememangnya jangka masa yang cukup singkat.

So peralihan masa yang cukup singkat ini tidak memungkinkan galaxy S3 ditakrifkan sebagai advance dan dasyat berbanding S2.Jika anda masih memakai S2, saya sarankan teruskan sahaja kerana turning point mobile phone technology itu sendiri memakan masa yang agak lama itu menjadikan ianya gadget yang advance.Dari segi design S3 tidak steady dan sturdy seperti S2.Saya bukannya nak memenangkan S2 kerana saya pakai S2 tetapi lihatlah beberapa video terkini yang menunjukkan S3 ni mudah mengalami retak bila ujian hentakan dijalankan ke atas permukaan kasaq.Berbanding ujian keretakan screen S2 yang dijalankan dahulu, S2 berjaya survive dengan beberapa ketinggian hentakkan.So untuk melihat video ujian tersebut sila search sendiri ye kat youtube.Atau just pergi ke channel electronic break.Alamak dah melalut sakan aku ni.So mari kita masuk ke topik yang sebenar haha..

Pada bahagian pertama telah aku cerita panjang lebar bagaimana aku boleh terjebak ke dunia conteng menconteng ini huhu.. so minat aku kini tak penah berubah.Jika diberi pen dan kertas kosong, nescaya aku akan mencontiang (bahasa kedah) tanpa segan silu haha.. para pembaca sekalian.Andai kata aku ingin terbitkan komik online aku sendiri adakah anda sudi baca? haha.. Di bawah ini adalah hasil contengan aku di atas screen Samsung Galaxy S2.Bagi aku nak melukis pun ada mood juga.Walaupun ramai yang menyuruh aku beli saja Galaxy Note kerana nak menconteng lebih mudah sebab ada stylus tetapi ntah kenapa aku lebih suka guna jari jemari aku ini hehe.. Kebanyakan karekter atau karikatur yang aku lukih di bawah ni adalah berdasarkan pemerhatian aku dan juga apa yang suka.Maka tanpa membuang masa lagi meh usya kat bawah apakah hasil lukisan yang aku hasilkan untuk dimuatkan kedalam bahagian kedua entri ini.. enjoy~!

Makcik jual kuih muih depan rumah aku

Gerai makcik ni tak jauh dari rumah aku hehe.. pagi-pagi aku nak sarapan aku salu gak beli kuih-muih kat makcik ni hehe. Empat bijik kuih seringgit ja hehe.. Kuih standard aku cam biasa lah.. karipap, seri muka, bengkang dan lain-lain yang aku nampak cam best hehe.. masa aku sampai kat gerai makcik ni, belum sempat aku berkata apa-apa teruih dia seraya buat dialog macam kat atas haha.. so balik ja dari beli kuih aku pun sketch huhu..

Makcik jual nasi bungkus dekat dengan rumah aku

Gerai jual nasi campoq ini juga terletak berhampiran dengan rumah aku huhu.. tengok pada keadaanlah.Kalo aku rajin masak sendiri aku tak beli la bungkus hoho.. aku sketch makcik ni kerana dia stail tak berkira bila buh nasi haha.. agak aku mesti dia dah bajet tank aku besaq, so bila mintak buh nasi, dia dah buh banyak siap-siap huhu.. Lauk standard aku tentulah ayam goreng berempah dia, letak sayur sikit, pastu kuah campoq huhu.

Putu Mayung Pekan Bedong

Pagi-pagi kalo aku tak beli sarapan kat depan rumah aku, maka aku akan pergi jauh sikit. tak jauh mana sangat la.. iaitu kat pekan berhampiran rumah aku.Time-time pagi pekan Bedong ni memang sesak sungguh dengan orang ramai yang berpusu-pusu hendak membeli keperluan rumah seperti sayoq mayoq, daging, ikan.Tak ketinggalan juga ada beberapa gerai yang menjual kuih muih dan juga nasi lemak.Dan satu gerai yang aku salu pegi ialah menjual putu mayung.. rasanya sedap dengan lemak-lemak kelapa parut bila dicecah bersama dengan gula perang.So sapa tersinggah pekan Bedong pagi-pagi buta jangan lupa mencuba putu mayung ni ye hehe.

Tauke Restoren Masakan Panas Ala Thai

Selain aku beli makanan tengah hari dekat dengan rumah, so kalo nak variasi lauk yang pelbagai maka aku juga akan pergi ke restoren ni.Time tengah hari memang lauk superb dan banyak pilihan.Restoren ni terletak dekat dengan pekan Bedong.Hoho style aku bila buh lauk sendiri macam menutupi permukaan nasi.So kadang-kadang tauke time kira dia agak suspicious sikit haha.. Tapi aku jujur punya haha.. gila takkan nak tipu, jadi darah daging kot nanti huhu.Lauk dia memang sedap juga.Lauk standard yang salu aku amik kat sini, ayam bakaq, bergedei, sayoq dan kuah campoq.

Pak Guard Bank

Hari tu aku pegi bank kat bandar.. mak aihh manusia punya la ramai beratur dan kuar masuk huhu.. memang ponin nak berurusan.So pas ja aku amik no giliran.. sekali tadaaa, giliran aku selepas 30 orang camtu baru sampai turn aku.. hoho.. mak aihh jenuh.. maka aku pun apa lagi, bok kuaq aku punya S2.. lepas tu cari tempat yang tersorok sikit, bukan tersorok la, i mean cam orang belakang aku takleh nampak aku buat apa.. so setelah dapat port yang sesuai, maka apa lagi melukih la aku hahaha.. bosan-bosan dok tengok pak guard dok mundar-mandir buat muka bengis huhu.. so sambil-sambil tunggu giliran siap la sketch ni huhu…

Makcik jual nasi lemak panas dan karipap

Yaa aku merupakan salah seorang supporters tegar nasi lemak panas makcik ni berserta karipapnya huhu.Kekerapan aku membeli nasi lemak dan karipap beliau menyebabkan beliau dah agak bila mana mendengar bunyi moto aku baru nak sampai ke gerai beliau huhu.So sampai ja kat gerai terus dia bertanya soalan yang aku sememangnya akan jawab ya huhu.. seperti dialog di atas huhu.. nasi lemaknya hanya seringgit sebungkus. Berlaukkan ayam dan telur.. murah la bagi aku.. amaun pun banyak.So nasi lemak beliau agak hot stuff huhu.. so sapa pi lambat memang abih la.. lokasi still kat pekan bedong.. gerai custom makcik ni buka dalam pukul 4 petang camtu huhu.. kuah sambalnya memang membuatkan aku peluh juga huhu.. so balik ja dari membeli nasi lemak beliau, aku pun terus sketch huhu.. Berkenaan karipap pula.. mengapa aku suka.. ini adalah kerana inti karipapnya menyamai atau hampir sama dengan rasa inti karipap yang arwah mak aku buat huhu..

Air jagung Taman Ria Sungai Petani

Sapa orang Taman Ria atau pun setidaknya penah duduk SP aku rasa mesti penah merasai kemantopan air jagung pakcik ni huhu.. memang top le ayaq jagung dia, pekat dan intipati bijiran jagung dapat dirasai ketika hirupan pertama.Aku kalau pi pekan Sungai Petani time petang takpun time-time tengah hari memang wajib singgah gerai pakcik ni untuk pekena ayaq jagung beliau.Kalau aku pi memang ramai la orang dok beratoq membeli.Sebenarnya selain ayaq jagung, pakcik ni juga menjual cendol, ayaq teh bunga, dan 1-2 ayaq tambahan lain.Rojak juga ada dijual.Top juga rojak dia.Tapi paling famous pakcik ni dikenali dengan ayaq jagung dia la.. So kalau sesapa yang berkesempatan ke Sungai Petani boleh lah singgah ke gerai pakcik ni yang terletak di Taman Ria dan rasai sendiri.Mana tahu selera anda lain.. tapi bagi aku sedap la.Pati jagung tu melekat sampai ke kerongkong bila meminumnya huhu.Bulan puasa pun dah hampir menjelma. So pakcik ni juga akan buka gerainya nanti di bazaar ramadan Taman Ria.. Tahun lepas ada.. so aku rasa tahun ni maybe ada jugak kot huhu.

Maka sekian saja untuk bahagian kedua entri ini.Entri ni akan ada sambungannya ye.Nantikan.. 🙂 dan akhir kata jika aku ingin terbitkan komik online aku sendiri.. adakah anda sudi membacanya?? huhu..

Facebook comments: