Penulis tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Ila Ilani.Mari kita ikuti penulisan beliau

“Pada 11 Ogos 2010 kerajaan telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen kenderaan Motor (LKM). Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini. Saman-saman boleh diselesaikan secara ansuran atau sekaligus.’

sumber petikan

Jelas, berdasarkan kenyataan di atas, pihak kerajaan telah memberikan satu tempoh yang panjang bagi menjelaskan segala saman yang tertunggak.  Malah lanjutan hampir 10 hari diberikan bagi membolehkan bayaran saman dijalankan!! Sayangnya, masih ramai yang melakukannya pada saat-saat akhir. Mengapahal ini terjadi?? Adalah kerana itulah ciri-ciri seorang pesalah jalan raya? Bersikap ambil mudah pada kesalahan yang telah dilakukan??

Wahhh…sikap samseng dan tidak sedar diri ini masih berkuasa di dalam jiwa nampaknya! Jangan salahkan sistem komputer, jangan salahkan tempat pembayaran malah jangan salahkan numbor giliran yang habis..itu semua hanya ALASAN.. kerana dalam tempoh 6 bulan yang diberikan, kenapa 7 hari yang terakhir baru timbul keinginan tersebut? Tepuk dada tanyalah minda..usah ditanya pada selera kerana ia boleh membinasakan…

Sikap ambil mudah dan sambil lewa segelintir rakyat Malaysia kini semakin parah. Ia sememangnya sudah wujud sejak berkurun lama. Hanya kerana sikap ini, banyak peluang dan keuntungan terlepas begitu sahaja. Apabila peluang sudah terkubur, maka bertempiklah golongan ini memujuk rayu, menagih simpati agar nasib mereka dibela!! Nah, ini lah yang terjadi apabila jiwa alpa dan minda kosong.

Peluang yang datang hanya sekali, maka rebutlah ia sebelum ia hilang ‘pasti kita semua selalu mengungkapkan ia apabila datang rakan membincangkan soal peluang dan pilihan yang datang pada sesuatu masa. Tetapi perbincangan itu tamat di akhir perbualan. Menyerapan initipati ayat-ayat tersebut hanya terbang diawangan. Kesudahaanya, tiada hasil yang diperolahi, kita masih di takuk yang lama! ..pasti situasi ini berlaku, jika tidak berlaku maka anda sedang berbohong! Kerana, ada masanya kita sering menyesal itu dan itu…inilah yang dikatakan sikap sambil lewa.

Jika dilihat pada isu bayaran saman ini, pasti ramai yang ketawakan individu-individu yang termasuk dalam golongan lewat bayar. Disebabkan terlepas pandang maka terpaksalah diri sendiri menanggung seksa dan penyesalan. Terkejar sana sini menyemak dan membayar sejumlah bayaran. Penulis sendiri yakin sikap sambil lewa ini pasti akan berulang lagi apabila pihak berkuasa memberi tempoh tertentu menyelesaikan tunggakan bayaran cukai pintu mahupun pembayaran yang lain kerana sikap ini sudah sedia lihat pada generesi muda sekarang malahan pada anak-anak kecil yang tertangguh waktu solat kerana leka bermain komputer!…renung-renungkan dan selamat menilai…

Facebook comments: