Lama tak singgah login blog bersawang ini.Semakin lama semakin hari terus sepi dan menyepi huhu.Alexa rank sudah menunjukkan N/A di tool bar browser.Masih ingat lagi ketika aku rajin update blog dahulu dan juga rajin blog walking.. paling busuk.. paling koman… paling chokia.. paling kemas cendoi orang kata boleh cecah 500k Alexa Rank.Bila tiba musim rajin update blog dan rajin blogwalking paling tinggi seingat sampai cecah 200k Alexa Rank.Dengan blog peribadi bodo bukan blog retis so boleh kata agak tinggi la… tapi tu duluuuuuuuuu… 4-5 tahun dulu.. lama dah deh…Sebenarnya Alexa Rank bukannya boleh jadi penanda aras sangat pun dalam meng’agak’ jumlah pelawat atau kekerapan view.The real view atau visitor perlulah disemak pada analytics yang ada pada cpanel hosting ataupun penyedia analytics seperti Google Analytics.Tetapi secara kemas cendoi nya orang kata Alexa Rank boleh kata penanda aras umum jugaklah nak tau famous ka atau tak famous sesuatu website rajin dikunjungi visitor.Nama pun kemas cendoi so.. the real facts and figure bukan  merujuk kepada rank tersebut ok.

Since awal tahun lepas lagi rank Alexa blog N/A.. tahun lepas masih nyawa-nyawa ikan…  bermula dari 1 juta… 3 juta… 8 juta…. belas2 juta… 20 juta (tahap kritikal) then tadaaaa… hilang terussss hahahah.Bagi yang blur… Alexa rank diukur berdasarkan lagi sikit nilai jumlah nombor… lagi bagus menunjukkan bahawa website itu ramai visitor.Tentu pelik bila ada yang tertanya-tanya bagaimana ianya diukur ek.. takkan la Alexa rank ada crawler leh senyap-senyap masuk kat dalam server hosting.. takpun secara automatik server hosting akan hantar maklumat ke database Alexa.. aku pon sebenarnya tak kaji abih-abih sangat.. apa yang aku tau.. ianya berdasarkan plugin yang dipasang web browser masing-masing sama ada secara sedar atau tidak sedar.So background process Alexa kat web browser tu akan hantar database setiap kali seseorang pelayar melayari sesuatu website tersebut.Katakan secara tidak sedar atau pun Alexa yang di built in siap-siap dalam jutaan pemilik browser masing-masing melayari website A.. so data Alexa pada website A dikutip melalui pelayar yang menggunakan browser tersebut.Hakikatnya.. ada yang menggunakan browser melalui mobile dan sebagainya.

Apa benda aku dok merapu pasai Alexa ni hahaha… saja aku takdak benda pa nak sembang.. dah singgah login mestilah nak taip apa benda sikit.. takkan nak biar kosong kan.Tapi apa yang aku baca-baca macamtula database Alexa rank di ambil so sebab itulah ianya tak boleh menjadi penanda aras sangat.The real pengiraan haa tu kena pi sembang kat owner Alexa huhu.. aku pun tahu dari pembacaan umum yang mana maybe faktanya salah huhu.Aku sebenarnya sudah berkali-kali dah.. sampai jemu dah… sampai “mangli” orang Kedah kata.Bahawasanya aku ingin jadikan blog aku ini medium pertama selepas Facebook.. tapi tak jugak lekat-lekat.Aku rajin juga menulis panjang-panjang tapi bukan dekat blog.. tapi dekat Facebook.. aduhai.Lepas tu saban tahun.. buang duit ratus-ratus semata-mata nak renew hosting dan domain.Ada satu cara.. guna plugin.. apa yang nak tulis kat Facebook.. terauto share via website.. eh silap.. apa yang nak ditulis kat website/blog.. di autoshare kan dekat Facebook.. tapi huhu ntah rasa macam tak feel la pulak.. lagi better what is stay under radar biar la stay kat situ.. dah macam umum sangat kalo buat plugin camtu.. lagi better orang nak baca tulisan aku.. masuk blog aku.. at least boleh la kot-kot cilok sikit ‘ppc’ huhu.

depressed-cat-meme

Kalo nak diikutkan.. sungguh banyak… terlampau banyak content apa yang aku nak tulis semuanya menarik.Banyak perkara berlaku.. yang mana sangat sesuai aku coretkan dalam blog ini.Tapi dah lama.. dok tangguh.. cerita-cerita yang best-best akhirnya dihumbankan atau di taukkan secara ringkas ke dalam Instagram dan juga Facebook.Padahal bukan dapat apa ye tak… humban dalam blog ini kurang-kurang boleh tambah koleksi dalam index carian search enjin.At least dapat something dan aku lihat kini semakin banyak website atau blog bercirikan fakta atau blog yang diibaratkan seperti majalah mastika atau majalah mingguan wanita atau majalah trendy terkini bercampur aduk dengan pelbagai artikel menarik yang digarap sendiri.Aku puji jugak la sebab artikel ditulis sendiri.. i mean mungkin ada penulis yang di upah atau pekerja tetap yang menulis dengan segala macam topik.The best thing is depa ni semua makin mengumpul pelbagai ribuan keyword atau kata kunci pelbagai jenis topik dalam index carian Google.Apabila sesuatu content itu menarik.. atau ditulis dengan ayat sendiri tanpa cilok.. ada dua kebaikan utama.Pertama… artikel itu akan dishare.. dan diviralkan sepelusuk alam news feed Facebook dan dapat jugak la kat sipi2 Twitterjaya. Kedua artikel itu mudah dicari di Google berdasarkan keyword-keyword tertentu dalam index carian.Kedua-dua kebaikan ini memberikan satu keadaan ‘auto branding’ dan juga ‘auto income’.

Aku masih ingat lagi… masa awal aku berkecimpung dalam dunia blogging pada pertengahan 2010… lebih kurang 5 tahun lepas la.Ketika itu Facebook tak gah sangat.. gah jugak la.. boleh la.. tapi time tu kewujudan banyak blog-blog peribadi.Blog-blog peribadi ini sama ada menggunakan platform berbayar atau free macam blogspot atau wordpress tu memang menguasai carta atau menguasai pelbagai keyword dalam senarai carian dalam Google Yahoo Bing.Yelah katakan blog dia tu cerita pasai motor.. motor Yamaha katakan.. dia syok-syok ja dok merapu tulis pasai moto.. pong pang pi jalan-jalan.. pong pang tukaq seat moto… tapi pada ketika itu content dalam Bahasa Melayu tak banyak lagi.. so para pengguna internet pada ketika itu ketika membuat carian mengenai moto Yamaha.. memang akan tersasar masuk ke blog mamat tadi.. padahai tak kena mengena pun… Google ketika itu sangat hungry kepada content Bahasa Melayu dan mensasarkan apa saja content yang relevan.Kini tidak lagi.. kini makin bercambah website atau blog khas kepada topik-topik tertentu dan juga seperti aku cakap tadi.. seperti sebuah majalah remaja atau majalah trendy masa kini sesuatu untuk semua golongan (saja aku takmau mention web apa kui kui kui).Kesedaran betapa pentingnya menguasai market atau takhta carian dalam Google menjadikan website-website tersebut terus menerus menulis dan menghasilkan content yang baru dan apa saja content yang boleh menarik pembaca dari topik sekecilnya-kecilnya sampai ke tahap alam semesta huhu.

Apa pun internet kini masih lagi mempunya dua segment penting.. iaitu social media dan enjin carian.Sama ada kuasai salah satu atau keduanya sekali.Semakin panjang pulaknya aku menaip huhu.. cadang nak jenguk sahaja.Apa pun aku berharap… taktau la dah berapa juta kali dah aku berharap… aku akan rajin menulis tentang spesifik topik yang aku nak tulis.Maybe aku cuba akan kembalikan balik nilai ke satu juta… dan ke 500k huhu.Lately aku terlibat dalam banyak perkara tapi itu bukan alasan huhu… masuk FB 2 3 jam melepak news feed boleh pulak.Seperti aku cakapkan tadi… kalo nak ikut topik apa nak tulis atau bahan apa aku nak update kat blog ni sangatlah banyak… dengan komik aku.. dengan berkaitan dunia komposer.. dengan berkaitan dunia SEO.. dunia online marketing.. dunia blogging.. dunia jalan2… ohhhh banyak.Bukannya takdak idea… saja ‘baloq liat’ orang Kedah kata huhu.Akhir kata setakat ini saja aku update dahulu… aku cuba-cuba nak biasakan diri takmo menulis panjang sangat dekat Facebook.. bagi mai kona tulis tang sini hehe.Apa pun blog ini sudah menjangkau 5 tahun usianya heeeee…. so kalo boleh masuk taska dah.. lagi 2 tahun masuk sekolah haha.Sekejap sungguh masa berlalu.. masih ku ingat dahulunya blog ini ramai pembaca setia… tapi akhirnya sepi dan terus sepi huhu… chalooo dulu.. jumpa di next entri.. kipidap~

 

Facebook comments: