Menulis atau ‘writing’ yang pada aku tidak melibatkan pen atau pensil untuk ditulis pada kertas tetapi hanyalah kelibat jari jemari menaip abjad-abjad di keyboard computer.Ya andai kata aku hidup pada zaman pra perkomputeran dan dunia teknologi, mungkin aku akan menulis pada kertas.Hakikatnya tetapi sama, sama ada menulis di atas kertas atau menaip di keyboard, yang penting sekali adalah lontaran idea fresh dari janaan fikiran oleh otak.Makanya ‘berblogging’ juga merupakan istilah masa kini yang menunjukkan adanya platform atau ruang untuk menulis atau mencernakan sebarang idea menerusi bait-bait penulisan.Persoalan kini mengapa aku terus menulis, mengapa ada aura atau keinginan untuk aku terus menulis di dalam blog ini.Sedar tak sedar sudah 6 tahun lamanya blog ini beroperasi walaupun pada hakikatnya aku tidaklah kerap update dan blogwalking untuk menjana pelawat semaksimum mungkin ke blog ini.Segalanya bergantung pada mood aku dan keinginan aku untuk menulis.Natijahnya aku menulis bila mana aku rasa nak menulis dan mood dan keinginan itu tidak selalu ada.Kadang idea mencurah-curah, bila ngadap depan PC, alamak terus hilang mood.Bila dah start nak menaip, pastu terbukak Youtube, alamakk sampai ke sudah dok melayan video-video lawak dan menarik di Youtube dan akhirnya apa pun tak tulis.

mengadap komputer

“Ahhh sudah… tiba-tiba boleh layan Youtube dengan 9gag.. awal tadi nak menulis dalam blog” berkata aku seperti dalam gambar kat atas.

Jika diimbau kembali, ya aku memang suka membaca, sedari kecil, arwah ibuku sering membelikan buku-buku akademik untuk di baca.Mungkin pada masa itu tiada internet, maka antara aktiviti paling best hendak dilakukan tentunya membaca.Dari suratkhabar setiap pagi, majalah Gila-gila, Ujang, komik kawan, komik BIP, komik-komik hongkong, komik anime jepun, mastika, dewan pelajar, gempak, novel tamar jalis, majalah wanita (baca sembunyi2) ohh sungguh banyak untuk diingati pada ketika era 2000an ke bawah dan apabila datangnya era internet yang meluas pabila aku mula memasuki alam universiti, gaya pembacaan lebih terarah kepada dunia digital.Tetapi orang lain juga seperti aku, suka membaca kesemua bahan bacaan tersebut, tetapi takdak pun minat menulis di kala senggang.Ada yang suka membaca saja, bab menulis, fuhhhh terussss mengeluh panjang.Andai kata orang tak minat, nak taip satu huruf pun dia malas, tapi bab baca dia laju.So cerita dia lagu mana ni? Pasai pa aku terus menulis walaupun kadang-kadang aku malas, tetapi sekali sekala mesti singgah juga untuk menaip. Aku jeles sebenarnya ada blogger yang begitu konsisten mencurah idea menulis setiap hari, tatkala aku hanya singgah di blog ini untuk menulis hanya bila aku ada mood nak tulis.

Mari kita cerita bab sains sikit, walaupun aku ni takdak tau mana sangat, mengaji pun setakat degree dan bukan dalam bidang sains biologi pun, maybe ada yang doktor-doktor atau master-master atau mereka berpangkat PHD dalam spesifik kajian tertentu boleh sahkan atau selitkan depa punya reference, aku punya pandangan adalah setakat mana yang aku tau dan aku baca.Maybe aku baca tak abih haha atau aku main agak ikut kepala otak aku saja haha.Sepanjang aku tau, manusia ni dilahirkan mau tak mau mesti mewarisi genetik mak ayah dia.Segala maklumat penting atau data-data dari mak ayah kita disimpan elok dalam pendrive bersaiz 700TB, wow banyak giloss, kalau simpan movie sejak camera video dicipta sampai lah sekarang konpom tak abih-abih, ehhh aku begurau, maybe saintis cuma agak banyak tu data disimpan, faktanya di simpan pada genes, pada genes terdapat DNA, dan juga genes juga didatangkan dengan unit chromosomes yang mana berjumlah 46, 23 datang dari ayah, 23 datang dari mak.Masih ingat gen X? gen Y? Wah dah macam kelas sains biologi Tingkatan 5, hakikatnya dulu aku dapat C haha, (malas menghafal fakta padan muka).Manakala genome manusia adalah terma atau maksud menunjukkan maklumat genetik yang tersimpan pada manusia.So faktor genetik yang kita boleh nampak jelas apa? Ketinggian, rambut, lidah boleh gulung ke tak, mata, makna kata, yang jelas nampak dan confirm, sekali orang pandang, haaa ni mesti anak Pak Mat Tempe kena langgar motokarrr, tapi yang menjadi persoalan sekarang adalah perangai, adakah perangai turut sama follow ikut genetik?

kembar genetik

Apa yang aku tau (maybe aku taktau) saintis susah nak confirmkan, perangai 100% boleh transfer ke anak, makna kata amik pendrive 700TB tadi teruih copy paste teruih melekat masuk, kalo bapak pemalasss nak mampoih kaki lena, tudiaa anak dia automatik keja dok lena malaih belajaq, kalau mak mulut keja kaki beletiaqqq, tot tet tot tet, mai anak nindia mulut tak berenti bercakap.Pak minat main gitar, mak minat menyanyi, tiba-tiba dapat anak suka main bola.Ianya sangat kompleks untuk diperkatakan.Sebabnya perangai atau tabiat ni ianya bergantung pada persekitaran juga, dan cara didikan. Andai dari kecik diasuh dan dibiasakan berdisplin, tentunya orang yang tak pandai main bola, dididik hari-hari mau jadi superstar bola macam Faiz Subri yang power sepak lencong (video viral 17/2/15).Sepertimana faktor kromosom tadi, gen X dan gen Y, yang mana hakikatnya pasangan suami isteri tak boleh set dalam kepala otak, haaaa anak kedua aku mau laki, ok abg, ayg dah set anak kedua mesti lelaki, taadaaaaaa sekali lahir pompuan, ianya impossible, sebab bila libatkan faktor 50/50 atau 1:1 ni laki boleh dapat pompuan boleh dapat.Dan para pengkaji telah menatijahkan, faktor genes dan juga faktor persekitaran mempunyai faktor yang sama 50/50 walaupun ada juga sesetengah saintis membantah yang faktor genes takdak kaitan bila melibatkan perangai.Katakan genes telah membawa trait atau maklumat keturunan dalam keluarga Pak Mat(contoh) akan terdapat kekurangan hormon XYZ(contoh).Disebabkan kurangnya hormon itu maka menjurus kepada perangai-perangai tertentu.Kalau tanya aku, aku berpendapat faktor dia equal, genes dan persekitaran memainkan peranan.Kalau kita stail masyarakat kita punya pandangan boleh agak, tengok kadang anak cara pergaulan, cara tabiat, memang boleh agak anak sapa.Tapi hakikatnya faktor enviroment tetap equal dengan genetik, pernah dengaq dak mak ayah kita marah berleter.. “Ishh hang ni ikut perangai sapa ni dok, aku dulu tak macam ni pun..”

genetic brilliant

Dah apa ke benda aku merapu menaip sampai ke genetik bagai ni haha.Nak habaq bagi adakah perangai atau hobi suka menulis ni boleh diturunkan oleh sifat genetik? Makanya sedari aku kecil aku selalu melihat arwah ibuku suka menulis diari, segala perjalanan hidupnya dicatat dengan kemas dari tahun ke tahun dari zaman muda hingga ke tua, dan begitu juga dengan arwah ayah aku juga suka menulis diari dan kerjaya ibu dan ayah aku yang mana banyak melibatkan penulisan, percakapan, dan pengajaran dan pembelajaran telah memungkinkan sedikit sebanyak apa yang aku telah terangkan kat perenggan kat atas.Tetapi why aku sorang saja yang suka menulis, tetapi tidak adik beradik aku yang lain? That’s the key point untuk menatijahkan faktor persekitaran, sedari dari kecil dan sehingga kini aku sangat mengagumi bapa saudara aku, beliau seorang penulis, mungkin ada yang kenal, ada  yang tak kenal.Beliau adalah Shaari Isa . Dari usia mudanya sampai lah sekarang sudah menjangkau ke 8series atau umur 80an masih lagi aktif menulis dan keluarkan berpuluh-puluh buku ilmiah dan novel dan ada hasil karya beliau telah diterjemahkan dalam bentuk drama di kaca TV (“Lepaskan kembali aku ke laut”), sedangkan aku ni muda usianya, masih sihat dan sado, otak masih lagi fresh, why not jadikan penulisan sebagai tempat mencernakan idea.Hidup ini terlalu singkat untuk bazirkan masa muda tanpa membuat sesuatu yang boleh dimanfaatkan.Cuma aku takdak la sampai tahap nak keluarkan buku itu ini, maksud aku belum sampai tahap tu, cukuplah inspirasi kerajinan beliau menulis sudah cukup untuk memotivasikan aku untuk terus menulis.Walaupun kadang-kadang aku pasang impian suatu hari aku nak keluarkan buku aku sendiri, setidak-tidaknya dalam bidang yang aku minat, tetapi hakikatnya manusia itu sifat malas dan tahap motivasi selalu turun naik.Tahap disiplin atau passion belum didevelop ke tahap maksimum.Pernah aku berjanji pada sendiri, sebelum tiba usia tertentu aku ingin hasilkan buku atau karya penulisan aku diterjemahkan dalam bentuk buku.Hope ianya menjadi kenyataan, buat masa ini fikiran aku belum bebas atau aku masih lagi terbeban dengan desakan kewangan dalam impian untuk membina keluarga dan perlu berusaha ke arah tersebut dahulu, sebelum tibanya lapang fikiran yang mana aku rasa sesuai untuk menulis secara serius.

dr_shaari_isa

Sedikit biodata tentang beliau, beliau kini masih aktif mengeluarkan buku-buku baru

lepaskan kembali aku ke laut

Antara novel terkenal hasil karya beliau yang masih aku simpan rapi dan ianya telah pun diadaptasi ke drama bersiri TV

“Andai dipisah lagu dan irama…… lemah tiada berjiwa…” Pernah dengar ungkapan tersebut? Yaa.. bagi aku andai dipisah penulisan dan passion, kandungan lemah tiada makna.Pentingnya passion atau minat atau semangat atau kekuatan jiwa untuk menulis, ramai orang boleh menulis, tetapi adakah mencapai matlamat apa yang ditulis? Apa pun aku merasa bertuah kerana dapat meluahkan segala passionate aku dalam arena penulisan tatkala aku paham ada sesetangah orang hendak sangat menulis apa yang dia suka, tetapi faktor kerjaya dan masa  memang tak mengizinkan, aku sudah berjumpa ramai orang.Ramai yang betul-betul minat dalam bidang penulisan, dan kalau boleh nak ada blog macam aku untuk tulis apa sahaja yang diorang suka, tetapi hakikatnya mereka dibebani kerja dan faktor kerjaya.Ada yang kerja, full day, dari pagi sampai ke petang, balik dah penat fikir pasal kerja, then tentulah nak rehat-rehat bila sampai rumah.Lepas tu duduk sekejap lepas makan malam dah mengantuk esok nak masuk kerja awal lagi.Makanya tibanya hujung minggu, ada yang hujung minggu lah nak habiskan masa bersama anak-anak dan santai-santai tengok rancangan kegemaran kat TV, keluar bersiar-siar bersama anak-anak, atau yang masih bujang nak spend masa nak santai-santai baring-baring lazy cozy, nak menulis nak kena guna otak jugak berfikir.Lepas tu, eh sekejap saja sudah 2 hari cuti, esok nak kerja balik pulak… lepas tu masa bergerak pantas, sedar tak sedar keinginan menulis telah pudar.Tetapi apa pun kalau dah minat ianya bukan alasan, ada juga aku jumpa penulis atau blogger boleh cari masa untuk menulis walaupun kesibukan bekerja dan berfamili.Selain boleh meluahkan passion dalam penulisan sedikit sebanyak jugak dapat menambah pendapatan blog menerusi iklan yang ditempek.Sekilas pandang sesuatu blog, aku sudah boleh agak sama ada seseorang blogger tu buat blog sama ada cuma “cari makan” (melalui iklan) atau memang dia betul-betul passionate dalam menulis kandungan blognya. Real blog hasil ayaq tangan penulisannya sendiri, dia nak tempek iklan tu tak kisah yang penting, effort atau usaha untuk menulis ayat sendiri atau janaan idea melalui penulisan sendiri.Aku kalau blogwalking, sekali blog bersepah copy paste dari portal berita dengan tujuan nak duit sahaja, memang aku unlisted teruih daripada senarai blogwalking aku.VALUE takdak.Nilai tu penting.Dari nilai tu kita boleh agak penulis ni siapa.Cara penulisan kita dah boleh tau siapa di sebalik orangnya dan stail penulisan sememangnya memberikan nilai tinggi kepada blog tersebut atau mencerminkan karekter penulis tersebut.Sepertimana pengarah filem, Michael Bay, kita dah tahu pembawakan cerita dia lagu mana, Mamat Khalid kita dah faham stail dia lagu mana, so jadilah penulis beretika dan bernilai, not penulis sampah copy paste dari orang lain.

love writing

Sudah panjang lebar aku menulis kali ini……….. makanya, adakah terjawab persoalan kat header title tu? Mengapa aku terus menulis? The real simple answer is.. i love to write, it’s in my blood, dan menunjukkan aku mempunyai banyak masa dan bertuah dapat menulis berbanding mereka yang tak dapat tunaikan passion tersebut disebabkan kekangan masing-masing. Sebenarnya dari dulu lagi since blog ini ditubuhkan 6 tahun lepas, aku betul-betul tertanya-tanya adakah aku mempunyai value yang tersendiri? Seperti mana yang aku terangkan kat atas.. Baca perenggan pertama sahaja dah boleh agak sapa yang tulis.. kalau someone dah realize dan pernah follow blog aku selama 6 tahun lepas maybe dia dah boleh agak.Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan menjadi pembaca setia blog personal aku ini.Sesunguhnya tiada langsung future plan nak jadikan blog ini famous jutaan pelawat non-stop atau jadikan money oriented tetapi cukuplah coretan yang aku garapkan mampu sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca sekalian yang singgah ke blog personal ini.Aku akan pastikan semua kandungan blog 100% ayaq tangan penulisan aku cuma kekadang passion dan motivasi untuk menulis selalu menghilang tanpa dikesan dan menjadi tunjang utama kenapa blog ni jarang berupdate haha.Itu belum ambil kira masa lapang aku untuk hobi-hobi aku yang lain lagi seperti main game PC/smartphone, tengok movie/tvseries, melukis, jamming dan bermain alat muzik.Akhir kata, ketahuilah sejak dari dulu berabad-abad lamanya manusia sudah menyampaikan cerita, cerita disampaikan sama ada dari penulisan atau percakapan turun temurun, makanya menyampaikan cerita adalah satu kesinambungan perhubungan sesama manusia dulu kini dan selamanya dan membawa kepada pembentukan tamadun dan kemajuan.Ianya adalah survival kehidupan manusia.So go telling peopla a story, any story any  topic. Story in the form of textual.Which is writing.

**Bahana secangkir kopi dan sepapan coklat, aku pun taktau lagu mana aku boleh melalut menulis sepanjang ini haha 2000 words.

Facebook comments: