Beg nike

Untuk mendapatkan kembali ‘aura’ menulis yang telah 3 bulan aku tinggalkan, maka aku ingin ceritakan mengenai kisah sebuah beg.Beg nike ni sememangnya mempunyai significant dalam kehidupan aku dan ianya telah berkhidmat lebih dari 1 dekad.Banyak jasa dan pengorbanan telah ditaburkan oleh beg ini.Pendek kata.. bila aku memandang sahaja beg ini telah terungkap pelbagai kisah disebaliknya.Pada pandangan orang biasa.. tiada apa yang menarik perhatian.Pada pandangan aku sahaja ianya memberi seribu kenangan yang cukup sukar dilupakan.Sehingga kini beg ini masih bertahan dan masih gagah memberikan khidmatnya tanpa putus sebarang tali galas atau terdapat kesan carikan.Mari kita ikuti kisah beg ini.

Aku lihat orang di luar kedai lalu lalang dan sekali sekala memasuki premis perniagaan di mana aku ditempatkan bersama kawan-kawan aku yang lain.Maklumlah cuti sekolah, tentu ramai sekali pengunjung yang berkunjung ke Langkawi Fair Shopping Mall.Hatiku bergusaran dan berdebar-debar siapakah gerangan manusia yang bakal memiliki aku.Kawan aku si beg sendeng baru sebentar tadi dibeli oleh remaja belasan tahun.Nasib aku belum lagi tahu.Tiba-tiba datang seorang remaja lelaki berusia yang aku rasa dalam lingkungan tingkatan 3 atau 4 memasuki premis bersama dengan ibu dan abangnya.Mereka kemudian membelek-belek rakanku yang lain.Seraya aku terdengar budak lelaki tu berkata..

“Mak.. beg sekolah eman dah carik kat tali galas.. tengok beg nike ni macam berkenan pulak.. ” berkata budak lelaki itu.

“Ohh yaka.. haa pilih la mana berkenan.. mak tengok beg tu sekolah lama tu pun cam dah teruk..” ibu budak lelaki budak itu bersuara.

Budak lelaki itu mula meminta sales girl supaya tolong ambilkan diri ku yang berada tergantung atas sikit berbanding kawan aku yang lain.Dibeleknya aku.. dipegang.. dicuba galas.. sekali-sekala dia cuba bermain-main dengan zip berulang kali sehingga aku rasa geli hendak gelak tapi aku berjaya cover.Setelah lama diriku dibelek.. ku lihat budak lelaki tu yang aku syak bernama Aiman telah berbincang dengan ibunya.. setelah beberapa lama transaksi pembayaran pun dibuat.Ku lihat sekeping note 50 dikeluarkan dan dihulurkan kepada tuan punya kedai di samping ku lihat wajah tuan baru aku tak habis-habis senyum.Yelah dapat beg baru.

Akhirnya diriku berjaya dimiliku oleh seorang budak sekolah menengah.Dari perbualan dalam kereta dapat aku dengar bahawa si Aiman ni baru abis form 3 nak masuk form 4.Cuti persekolahan akhir tahun akan berakhir tak lama lagi, maka sudah tentunya aku tidak sabar-sabar untuk berkhidmat kepada tuan aku ini.Aku sangat berharap aku mampu memberikan khidmat terbaik buatnya.Diriku terbuat daripada 100% Poliester dan dibuat di negara ini juga.Walaupun nama ku gah dipersada dunia.Tapi pembuatan diriku hanya dibuat di Malaysia.Tapi itu tidak penting.. aku tidak sabar-sabar untuk dibawak ke sekolah bertemu rakan-rakan baru yang lain.

Hari pertama aku di bawa ke sekolah terasa biasa saja.. yelah cikgu pun tak mengajar sangat aku pun tak terasa beban untuk memikul.Di sekolah aku bertemu dengan rakan-rakan aku yang lain seperti Adidas, Dunlop, beg galas kot tepi, beg custom sendiri, Kappa, dan ada juga yang berasal dari Siam seperti Adadda, Poma, Niker dan ramai lagi.Aku sangat gembira dapat bersembang dengan mereka ketika tuan masing-masing keluar pergi berehat di kantin.Masa makin berlalu, berat aku makin bertambah banyak untuk dipikul.. buku-buku teks, buku latihan dan kadang-kadang terpaksa membawa lebihan buku ketika mana tuan aku ada kelas tambahan pada sebelah petangnya.Dipendekkan cerita selama 2 tahun khidmat aku digunakan di sekolah yakni sehingga la tuan aku tamat SPM.Pelbagai suka duka aku lalui bersama dia.Pegi kelas bersama, pegi tuisyen di Sungai Petani bersama, pegi library bersama malah aku juga digunakan sebagai beg travel untuk memasukkan pakaian.

Aku juga sangat berbangga apabila tuan aku memuji aku dengan berkata aku ini tahan lasak berbanding beg-begnya yang lain tak sampai setahun dah putus jahitan penggalas.So tamat sahaja SPM aku dah mula risau.. adakah aku ini masih berada di hatinya untuk digunakan apabila sambung belajar nanti? Adakah tuan aku akan lebih trendy dengan beg baru sesuai dengan peningkatan usianya? Bermacam-macam persoalan berada di fikiran aku.Tetapi akhirnya jangkaan aku meleset.. rupanya tuan aku masih lagi mahu menggunakan aku ketika beliau melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi.Aku sangat bersyukur diriku tidak di lempaq di bawah almari huhu.. Ketika berada di alam matrikulasi.. tuan aku sedikit gila dengan menampal badan aku dengan bermacam-macam bagdes dan pelekat.Semua tertera dengan ayat semangat sukan extreme yang tuan aku sangat gemari iaitu skateboarding.Badan aku dicucuk dengan jarum badges.. dan badan aku juga dijahit dengan kain pelekat.Aku tabah menghadapinya..

Nasib tak menyebelahi tuan aku apabila tangannya patah ketika bermain papan luncur.. sungguh malang kerana diriku tidak digunakan selama hampir 3 minggu ketika berada di matrikulasi.Bukan dia tidak tahu.. dalam kuliah tu terlampau ramai awek cun, maka terlepaslah aku nak bersembang dengan beg-beg yang dimiliki awek cun tersebut huhu.. tetapi tuan aku sedikit bodoh.. ada ramai gadis ingin berkenalan dengannya tetapi dia punya buat taktau sahaja sebab terlalu asyik dengan dunia skateboard.Dipendekkan lagi cerita banyak la kenangan menarik bersama tuan aku ketika di matrikulasi yang tak dapat aku coretkan di sini.Tamat sahaja pengajian di matrik.. dan aku pun mula sudah gelisah.. kerana adakah tuan aku masih lagi kah akan setia menggunakan khidmat aku? Sebab aku ada dengar-dengar. pelajar universiti dah tak main bawak beg-beg ni.. just bawak notes dengan pen ja.Atau pun apa pun tak bawak.. pen pinjam dari kawan.. notes pun pinjam.. ahhh pedulikan segala andaian negatif dalam kepala otak aku ni.. aku masih yakin tuan aku masih setia dengan aku.

Dan.. memang betul apa yang aku rasa. Tuan aku masih lagi menggunakan khidmat aku sepanjang berada di alam universiti.Dan tuan aku tak penah tinggalkan aku ketika pergi ke kelas atau lab.Walaupun isi dalam perut aku kosong hanya ada pen sikit notes 2-3 helai.. tetapi tuan aku tetap jugak bawak aku ke mana-mana sahaja even jadikan aku sebagai beg travel untuk dimasukkan pakaian.Selama 4 tahun lamanya, yakni sepanjang tempoh pengajian di universiti sampai lah grad beliau tidak pernah tinggalkan aku.. di bawa ke mana-mana sahaja.Aku tidah penah dilupakan.. ketika kelas aku dibawa manakala ketika berpeluang balik cuti hujung minggu pun aku juga dibawak balik.Cukup panjang sebenarnya kenangan bersama tuan aku yang hendak aku coretkan ketika mana bersama beliau di alam universiti.Aku telah menjadi ‘saksi’ dan menyaksikan banyak peristiwa yang berlaku terhadap beliau sama ada sedih atau gembira.

Abih sahaja alam universiti beliau masih setia menggunakan aku.. malah ketika di alam kerja pun beliau masih lagi tidak segan silu membawanya.Dan masa berjalan begitu pantas.. sedari tahun 2001 hinggalah 2013 sudah lebih 12 tahun aku memberikan khidmat kepada tuan aku.Aku masih ingat lagi tuan aku pernah berkata..

“Selagi hang tak carik.. tak koyak.. boleh galas tanggung beban.. selagi tu aku akan guna hang sampai bila-bila…”

Nampaknya sehingga kini setelah 12 tahun tuan aku masih mengotakan janjinya.. aku masih lagi digunakan.. dan tuan aku TIDAK LANGSUNG membeli beg baru sepanjang 12 tahun lalu dan masih setia menggunakan aku.Dan sekali sekala fikiran aku menerawang mengenangkan perisitwa yang berlaku ketika bersama tuan aku.. ada tikanya aku tersenyum sinis dan adakala aku menangis sendirian.. terutama sekali bila mana tuan aku tidak lupa membawa aku ketika ibunya sedang sakit tenat.. dan kemudiannya dijemput Ilahi.Aku berada bersama tuan aku ketika itu dan aku dapat lihat air matanya deras turun laju ketika dia memelukku di dalam bas ketika dalam perjalanan untuk melihat ibunya.Aku juga bersamanya ketika dia gembira menerima keputusan SPM, keputusan matrik dan majlis graduasi universiti.

Sampai di sini sahaja aku mampu coretkan.Tempoh 12 tahun memang lama dan makan masa berhari-hari andai kata aku ingin singkap semua kenangan bersama tuan aku.Tetapi.. itulah……Kadang-kadang fikiran aku berkecamuk juga.. adakah aku mampu lagi memberikan khidmat kepadanya? Jawapan aku.. YA! selagi aku mampu!.. selagi jahitan di penggalas masih utuh tidak tercarik.. maka aku akan tetap setia berkhidmat kepada tuan aku selagi mana dia masih setia pada aku.. We share the moment of joy and sadness together.Sekian sahaja nukilan ku.

Yang Benar,

Aku Beg Nike

 

 

Facebook comments: