Aku tidak tahu hendak mulakan bagaimana penulisan aku kali ini atau blogpost ini.Sedar tak sedar.. sudah 5 bulan.YA 5 BULAN blog ini terabai tanpa sebarang update huhu.Memang cepat sungguh la hai masa berjalan.Dah tu buat apa ntah aku bayaq hosting dan domain tiap-tiap tahun beratus harganya tapi takdak update pun.Haiya aku rasa macam baru ja semalam aku update post lepas… sekali.. tup tup tup… tadaaaaaa… dah 5 bulan woiii tarak update.Sikit ja lagi bulan lagi sekali pecah rekod setengah tahun lamanya blog ini tak berupdate.Aku rasa… inilah kali pertama aku pecah rekod sejak penubuhan blog ini.. abih kuat dulu paling lama.. 3 ke 4 bulan la.. ini aku sikit lagi nak masuk setengah tahun..kalau tidak.. bolehlah aku ucap tahniah kat aku diri sendiri kerana berjaya bayar ratus-ratus hosting dan domain tapi habuk tarak update hahaha.

Tajuk blogpost ini dah macam lagu Raihan la pulak.Sori la kepada visitor yang tersinggah blog aku ni niat nak cari lirik lagu Raihan kat Google tetiba tersinggah blog aku haha.Bercerita mengenai masa… masa itu bersifat relatif.Seseorang itu mampu memanfaatkan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti padat dan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada diri sendiri.. manakalanya ada manusia yang satu habuk apa pun tarak yakni masa berlalu begitu sahaja begitu cepat tanpa disedari.So manusia yang aku terangkan dalam ayat last tu bermakna manusia tu sudah hilang keberkatan masanya yang mana manusia itu tidak sedar langsung apakah perkara yang dilakukan tatkala masa berlalu dari hari ke hari.Hilangnya keberkatan masa itu disumbangkan pelbagai faktor.Antaranya melakukan perbuatan lagha, maksiat, atau masa itu digunakan ke jalan yang tidak diredhai Allah.Ibarat seperti selalu orang berkata.. “rezeki tidak berkat”.Harta atau kekayaan bertimbun pun.. still kadang-kadang rasa tidak cukup.Manakala rezeki yang penuh barakah selalunya ditahkikkan seperti.. walaupun hanya berkehidupan sederhana tapi segala makan pakai cukup.Makan sedikit sudah terasa kenyang.Untuk menjelaskan sebab musabab konsep keberkatan rasanya aku tak perlu hurai kot hehe..rujuk saja pelbagai pandangan yang ada dalam dunia internet (tapi pastikan dari sumber sahih)… saja ja lepas geram ni nak menaip.. lama betoi tak taip kat blog sendiri.

Picard 30

Cepatnya masa berlalu.. aku sememangnya tidak sangka atau sememangnya rasa sangat terkejut..tiba2 sahaja aku sudah melangkau ke era 3 series..so aku ingin jujur kepada pembaca blog ini sekalian bahawasanya kini usia aku adalah 30 tahun.Terasa macam cepat gilos la hai masa berlalu.. terasa macam sweet-sweet awal 20an.Tiba-tiba…. tadaaaaaaaaa anda sudah 30.Umur hanya angka… perangai dan cara kehidupan aku tetap sama.Aku tetap yang dulu… so katakan ada member aku yang dah kawan aku sejak 1o tahun lepas.. tiba-tiba dia kena culik dengan alien.. tapi time sekarang baru dia dibebaskan.Kemudian dia datang jumpa aku dan persahabatan terjalin semula.. dan secara pantas kilat dia akan berkata…“10 tahun aku tak jumpa hang… perangai hang tetap sama macam aku mula-mula kenai hang dahulu!” So lebih kurang camtu la analogi nak aku hujahkan huhu.Apa pun sememangnya aku sungguh tidak percaya langsung kini aku sudah mula memasuki era 3 series.. ntah semua perasaan bercampur baur..yelah kadang fikir.. ahh impian aku belum tercapai lagi….. adakalanya aku tak kisah sangat pun bila fikirkan.. ahhh life is to short… just enjoy life.. live life to the fullest… selagi masih ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.. manusia itu boleh dikatakan dapat live life to the fullest.Kiranya berpada-padalah menikmati kehidupan di alam fana… mahu tidak mahu.. kita ada kehidupan ‘kedua’ yang kekal abadi..

eha14

Aku tak mahu bercerita mengenai azam tahun baru… huhu rasanya semua sama sahaja macam tahun-tahun lepas.Banyaklah kekurangan dan perangai tidak baik aku sendiri yang menyebabkan azam dan impian aku tahun-tahun lepas terus terencat.Apapun goal dan impian aku tetap sama… apa yang dapat aku katakan pada diri aku.. destinasi atau sasaran yang aku tuju tu terlalu slow untuk aku gapai.. contohnya sasaran untuk sampai ke Sungai Petani nak cepat perlukan naik kereta atau bas… tapi berjalan kaki sahaja.. hakikatnyan aku menuju ke destinasi yang sama… cuma cara aku yang agak slow untuk capainya dek kerana banyak benda-benda negatif yang melanda diri aku yang mana takkan aku ceritakan kerana ianya ibarat membuka pekung di dada yakni membuka aib sendiri.Aku sebenar-benarnya yakin bahawa suatu hari impian aku tetap akan tercapai.. sama ada cepat atau lambat sahaja.Kiranya kalo nak dianalogikan dalam situasi terkini… pernah main COC tak? alah Clash of Clan.. kalo tak penah takpelah.. sila Google tengok haha.. ok pada sapa yang paham atau yang penah main COC.. ada orang cepat dapat naik level base atau kubunya dengan membeli germ.. seseorang player dapat capai level 5 Town Hall dalam masa seminggu dengan membeli Germ untuk mempercepatkan proses penantian.. tapi ada orang memerlukan masa sebulan untuk capai level yang sama tanpa membeli sebarang Germ.. hakikatnya target yang sama iaitu untuk upgrade Town Hall level 5.Apa pun aku sememangnya sedar.. aku kini berada di saat yang genting.. terlalu genting dan terlalu menyesakkan pabila umur aku dah cecah 30.. patut aku perlu pantas dan tuntas sebelum usia aku capai 30 lagi..yelah di kala umur begini kawan-kawan sebaya aku semuanya sudah memiliki anak bini.. malah ada yang sudah menjangkau 4 orang anak.Tetapi ada juga rakan aku yang berkata… “Alah hang kan lelaki.. bukannya perempuan nak cemas bagai umur 3o tak kawin lagi.. hang bukan nak beranak..” Tapi yalah.. sekurang-kurang aku nak la anak aku membesar sampai masuk U ketika usia aku masih kuat dan bersemangat…mestilah aku nak lihat dia membesar dengan hensem seperti aku dan menjadi manusia yang berguna… kang nanti orang pakat timbang cucu.. aku pulak still dok hantar anak pegi sekolah huhu.

Sebenarnya banyak sungguh perancangan untuk blog personal aku ni… komik lah… nak buat lagu baliklah.. nak update post kerap lah.. nak menulis mengenai dunia IM lah… semua ini aku tetap aku akan buat percayalah huhu.. cuma kekadang masa mencemburui dan juga ada faktor lain yang tidak boleh aku ceritakan di sini kerana ianya sangat sensitif bagi aku.. apa pun dalam dunia Facebook dan Instagram.. aku tetap aktif macam biasa.. hari-hari ada  update.. tapi kadang aku fikir… apa aku post dan update kat facebook bukan ada bagi apa pun kat aku.. sekadar untuk melepaskan segala yang terbuku di hati atau sekali sekala bagi nasihat.Blog picisan ini… blog yang dah nak berusang aku tinggal ini jugalah bagi something kat aku.. walaupun passion come first money come later.. tapi at least duit tahap ciput celah gigi ada jugak masuk every month melalui nuffnang.. dah berbulan.. atau lebih tepat dekat 5 bulan aku tinggal blog ini tak update apa langsung.. duit nuffnang masuk dekat belas-belas ringgit jugaklah hahaha…andai kata aku ni seorang blogger yang aktif… pendek kata…. aku jadikan blog ini sebagai facebook kedua aku.. takpun apa-apa update kat sini then masukkan link kat facebook.. at least bulan-bulan bagi lepas bayaq bil jadilah haha… yerlah dari hang update kerap kat facebook habuk apa pun tak dapat.. kat sini kerap update ada la sikit habuannya… aku sememangnya fikir 8000 kali gakla nak letak iklan adsense ganti nuffnang.. katanya blog berbahasa Melayu paling senang kena banned kalo letak adsense… tapi bila aku tengok balik bersepah blog picisan atau blog ala2 buat berita lucah nak tarik visitor letak iklan adsense still leh survive.. tu yang kadang aku berbelah bahagi.. sebenarnya akaun adsense aku tu khas untuk blog English sahaja.. aku malas nak campur aduk… kadang terfikir nak buat satu lagi akaun khas untuk blog melayu.. kiranya kalo kena ban.. taklah sedih sangat sebab ada backup akaun haha… sebab jaringan adword sangat meluas ketika ini.. bermakna kesedaran orang ramai atau netizen untuk menggunakan platform adword untuk mengiklankan produk mereka sudah semakin meningkat dari tahun ke tahun.So dari situ adsense mampu mempamerkan iklan-iklan yang relevan dengan content berbahasa Melayu.

Ramai yang bertanya aku… komik mana komik.. lama tul tinggal… tak buat langsung dah ke.Jawapan ada buat! tapi lakaran asas.. takdak inking.. takdak shading.. takdak frame haha.Demi masa….Sesungguh manusia itu dalam kerugian……… lagi lagu Raihan haha.Aku sememangnya tidak memanfaatkan masa yang ada untuk menghabiskan segala komik-komik aku yang tertangguh…sebenarnya pelukis amatur seperti aku ni bila melukis sememangnya akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya.Ada satu hari tu sehari suntuk aku abihkan masa dengan melukis saja.. pastu masa nak tidur aku terfikir… ohh tidak dalam sehari aku tak buat apa langsung yang produktif atau mendatangkan keuntungan sebaliknya abih masa melukis… pastu bermula episod sifat bertangguh aku… bila pegang sahaja stylus nak lukih… mesti otak berkata… ahhh benda ni makan masa berejam-rejam… tangguh jap la buat benda lain yang boleh mendatangkan income.. then seterusnya… dan seterusnya sehingga aku tak sedar dah berbulan-bulan lamanya aku tidak tinggal tidak lukis komik… sungguh kejam masa huhu… masa pulak hendak dipersalahkan… bukan diri sendiri tak pandai arrange masa.. tu salah satu kelemahan aku… malah hobi aku yang lain jugak terabai.. yakni main muzik.. ya sudah bertahun lama jugaklah aku tak post pasal seni muzik ni.. dan yang lain juga seperti post2 yang aku nak tulis mengenai dunia IM juga tergendala akibat kelemahan aku sendiri.

Aku rasa dengan berbaki lagi 3 bulan sebelum hosting dan domain aku expired… maybe aku akan cuba sedaya upaya untuk kembali dan mencari kekuatan dan semangat yang hilang untuk kembali update.. walaupun sekarang ini.. ada musibah yang melanda diri aku… dan juga banyak jugakla masalah hidup yang melanda aku… yang mana kalau fikir boleh terbeban dengan pelbagai seribu persoalan…yang aku takut la jugak untuk menghadapinya…. apa pun aku akan cuba kembali update dan aktif berblogging dengan harapan dapat melupakan segala masalah yang menimpa diri aku……. huhu sepatutnya berblogging dilakukan pada ketika fikiran tengah bebas… jiwa tengah tenang tanpa sebarang masalah…..hidup tengah hepi…. tapi kali ni aku pelik sikit…… aku berblogging pada saat dan ketika.. pelbagai masalah menimpa hidup aku…yelah bukan nama manusia kalo tiada masalah…asam garam kehidupan… aku cuba berfikiran positif… yang mana aku fikir kemudian akhirnya akan ketemui jalan penyelesaian juga….cuma masih belum jumpa…. andai kata aku terus fikir dan terus fikir tentang segala musibah dan masalah melanda diri aku… rasanya tambah lagi 5 bulan blog ini takkan berupdate……takpun blog ni akan tutup terus disebabkan sedar tak sedar pihak hosting dah delete data huhu……. bila fikir umur aku dah jangkau usia 30.. aku perlu kental.. aku berjiwa positif.. ramai lagi yang diluar sana menghadapi seribu macam masalah dan musibah lagi teruk dari aku… takkanlah aku tak mampu survive andai Tuhan cuba menguji hambaNya dengan secebis ujian.. “Allah takkan menguji atau memberi ujian jika hambaNya tak mampu menanggungnya..” masih teringat kata-kata sedemikian yang mana diungkapkan oleh sahabat aku masa aku belajar di Universiti dahulu… ketika itu aku dilanda ujian kehilangan arwah ibu aku yang tersayang.

Akhir kata…… ini lah post aku yang pertama untuk tahun 2015.. aku mintak maaf andai post ini bersifat agak peribadi dan personal huhu.. dah nama pun blog personal.. blog atas nama aku.. takkan aku nak bercerita pasai Rajinikhan pulak huhu…ok listen very carefully……this is internet.. i will be your guide.. the proper guide… there is pangkah button on upper right of your browser.. if annoying dengan luahan hati blog personal… pangkah ja la beb… yang hang pulun baca buat pa hahaha.. ni cerita pasai hidup aku haha.Oklah sekarang jam sudah pun menjengah pukul 4 pagi… aku pun taktau mai kot mana tiba-tiba angin takdak ribut takdak.. ditambah musim panas pulak… aku boleh plak pi update blog time lewat pagi buta ni huhu…adiosss gracias~~~

 

 

Facebook comments: