Last posting terakhir yang aku nukilkan adalah pada bulan 7 haritu.Ntah macam mana ada masalah yang tak dapat dielakkan aku stop sebentar blog aku dan menyepi terus dari dunia online.Haa kini kembali setelah 4 bulan tanpa sebarang apa entri.Tahun 2016 adalah tahun yang sangat mencabar bagi aku.Pelbagai onak duri terpaksa ditempuhi dan aku sangkakan aku akan stop blogging sehingga waktu jangka masa panjang atau masa yang aku rasa sesuai nak start atau hilang mood terus.Tiba-tiba, Allah rezekikan dapat start balik mood berblogging.Dari bertukar nama (asalnya aimannajmy dot com) kini ke nama baru, yang perlu ada hanya semangat nak menulis.Nama domain lama aku dulu dah orang lain rembat, tak sempat aku nak amik balik.Nak amik balik boleh la, kalau dia cas 10k? Haa tak ke haru huhu.Dan sedar tak sedar, tahun 2016 dah sampai ke penghujungnya.Hanya beberapa minggu saja lagi 2017 akan muncul.Memang terasa sangat cepatnya masa berlalu.Kiamat dah nak dekat.

Tahun 2016 punya posting boleh bilang dengan jari haha.Mulanya aku ingatkan dah berkubur blog aku ini, tetapi itulah, alah bisa tegal biasa, hang dah biasa bertahun-tahun lamanya terjebak dengan dunia blogging ni (sejak 2008 tak rasmi, secara rasmi 2010), tiba-tiba hang nak quit agak sukar huhu.Sekali sekala mesti dia akan teringat, lama tak menulis aiihh.Hanya mereka yang betul-betul istiqamah saja dapat menulis dengan rasa satu kepuasan di hati instead of berblogging hanya nak dapatkan duit dari iklan.Ramai blogger kat Malaysia ni, terlalu ramai beribu maybe, cuma yang betul-betul berblogging dengan rasa penuh penghayatan atau passion di hati, tak berapa ramai pun.Ada yang blog hanya ceduk sumber dari orang lain, ada blog kejar SEO atau kejar something tengah trending, ada yang blog sekadar nak menjual barang, ada yang blog hanya sekadar nak kejar visitor, tajuk gempak content cedok orang lain.Berapa ramai yang utamakan kualiti kandungan dulu, bab nak dapat duit (dari klik iklan) itu letak tepi.Aku tak nafikan, tujuan utama blog juga nak dapat pendapatan sampingan dari PPC program macam Adsense, Nuffnang, Innity, dan ada banyak lagi.But the most important your “Ayaq Tangan” yang menulis memang dari hati ke jari jemari menaip keyboard.

Mengapa kini aku terus menulis? Haa pi baca entri lepas.Cuma dalam 4 bulan lepas aku terlibat banyak job offline dan nanti aku akan update-kan ceritanya, if ada mood.Sesiapa yang mengikuti perkembangan aku kat iG atau Facebook, haa anda akan tahu.Aku diberi kesempatan untuk menjadi trainer untuk program eUsahawan (program under MDEC), atau senang cerita iklan dalam radio atau Tv yang selalu sebut Youuuuuuu Cannnnn Duuuuuuuuu It… So aku banyak memberi talk atau train kepada usahawan-usahawan sedikit sebanyak mengenai kepentingan dunia digital bagi memasarkan produk mereka.Selain itu aku ada juga personal project yang dok buat dan tak siap-siap lagi huhu.Bila dah lama sangat tinggai dia mula dok teringat, haishh lama tak menulis ni, lama tak berblogging ni. dan aku rasa paling lama aku tinggai blog aku pun dalam 3 bulan, haa ni sampai 4 bulan ni kira rekod paling lama rasa. Huhu. Syukur Allah masih memberi kesempatan untuk aku terus menulis dan menyampaikan ilmu yang patut kepada para pembaca.

Sesiapa yang dah follow blog aku lama atau follow aku kat social media, mereka sedia maklum, antara core atau pun teras knowledge aku adalah SEO underground. Aku banyak try and error keyword dalam pasaran international atau English keyword.Underground istilah aku sendiri bagi haha.Tu bermaksud aku bukan jenis kepoh atau heboh kat orang merata dalam FB atau menaip dalam blog setiap kali dapat income melalui SEO dan SEO underground juga bermaksud andai ada dapat keyword berharga, toksah dok cerita kat orang, nanti orang balaih atau tiru sebijik! Realiti dunia SEO orang boleh copy sebijik semua sekali dengan backlink.So better buat senyap-senyap.Itulah dunia underground.Aku cuma suka sampaikan ilmu, tips, atau menulis artikel berkaitan dunia SEO.

Selain dari menulis bab online marketing, blog ni juga aku sumbat sekali dengan apa yang aku minat atau hobi aku iaitu jamming dan melukis.Bab melukis komik pun ke laut dan hatta jauh sekali bab mencipta lagu baru hahaha… haa hampa dengaq lah yang sedia ada kat ruangan sidebar sebelah tu yer haha.Lagu baru ada banyak, tapi tak sempat nak rekod huhu.Idea komik dan skrip jalan cerita semua sudah ada, nak melukis takdakkk masa huhu.(atau takdak mood). So setakat ini sahaja update ringkas aku.Ada banyak benda sangat ni nak sumbat kat blog ni, haisshhhh… moga-moga Allah merezekikan aku, kesihatan dan masa yang lapang untuk menulis benda ilmiah. Dan disamping itu 2 topik sampingan(komik dan muzik) sambil  selit-selit.Sekian.

 

 

Facebook comments: