Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tiga empat hari lepas aku banyak becerita mengenai dunia sayugia studio yang tengah dalam proses naik taraf.So entri kali ini nak becerita lain dari aspek muzik huhu.So sejak kebelakangan ini ramai la pulak aku dapat invitation di FB atau secara personally chat mengajak untuk join bisnes MLM ni dan juga ada risalah-risalah yang diletak kat moto atau keta.Ampa semua pun sedia maklum mengenai konsep bisnes MLM ni.Multi Level Marketing atau pemasaran beperingkat atau bahasa orang upline “Makan Lepak Minum” (MLM).So sapa yang taktau mengenai apa tu MLM sila spend sedikit masa berdating dengan pakcik google untuk bertanyakan mengenai MLM.

So aku takkan bercerita panjang mengenai MLM ni apa konsep dia..bagaimana MO..apakah hukumnya apa suma.Sila google sendiri info berkaitan.Cuma coretan ni hanya luahan aku dan dari perspektif aku mengenai MLM ni.Aku penah join MLM dulu 2 3 company gak la. Ada company aku men follow ja.Ada jugak company aku memang serius follow keluaq duit apa suma (time tu aku kat U).Ada juga aku saja ja nak ikut nak makan free kui kui kui..sebab upline akan turun bagi penerangan dan memang akan belanja makan punyalah.So secara totally hakikatnya yang aku dapat bagi kesimpulan…tanpa downline siapalah upline.

Ya upline boleh survive dengan jual sendiri produk tapi banyak mana sangat override bonus yang depa dapat.Takleh angkat BMW beb.Nak tak nak kena berharap penyertaan downline.So downline nilah penyumbang terbesar income upline.Maka berpusu-pusu lah downline berusaha nak menjadi upline sehinggalah sanggup SPAM kotak message emel aku.Tu belum berselindung letak gambaq pompuan cantek pastu add secara membabi buta kat FB dengan niat untuk mendapatkan downline.Awat tak letak ja identiti sebenar.Business hape lagu tuh.Pastu ada jugak yang jujur pakai nama sendiri dan juga gambar sendiri.Tapi bila sekali approve mak aiiihhh tak abih-abih nak tag aku dengan gambar kipas duit, rumah besar, keta besar huhu.

Dan ada gak kengkawan lama tiba kontek balik huhu nak ajak buat bisnes.Tiba-tiba ja huhu…bila tanya bisnes apa takmau jawab.Kena jumpa.So sebagai rakan yang kita kenali maka pegi jugalah kan.Sekali tooodiaaa pembentangan bajet 2010 huhu takdak aiihh gurau ja..apa lagi dah jadi pembentangan oleh upline.Maka dengan gaya tutur sopannya upline menyusun ayat dengan berhati-hati sambil membuka helaian gambar yang jugak mempunyai gambar upline-upline lain yang bekereta besar, rumah besar dan sebagainya.Apa pun sambil aku mengunyah makanan sambil tu aku hangguk ja.(makan free beb upline banja)So cam besa lah pas pembentangan maka upline pun hulur tangan nak bersalam dan seraya berkata “marilah join team kami!” sambil tangan sebelah menghulurkan borang. Aku pun err dengan nada perlahan aku bercakap elok-elok lalu aku tolak pelawaan upline itu.Pastu di raut wajahnya terpancar kekesalan dan maybe dia berkata dalam hati  ” deyumm rugi aku belanja makan budak gemok ni..makan banyak pulak tuh..dah tu tak semawa pulak dah tu join pun tak…” (huhu aku agak ja dia cakap camni).

Mengikut perundangan Malaysia memang belambak company berorientasikan MLM ni layak dan perfectly legal practice.Ada jugak yang diharamkan sebab berunsurkan money game dan tiada langsung produk.So persoalannya mengapakah aku tak join MLM ni walaupun kita semua sedari sebab MLM lah ramai yang jadi jutawan, yang pakai keta besar, dan paling best kita dimomokkan oleh company-company MLM ni dengan ayat “biarlah duit berkerja untuk kita..bukan kita kerja untuk duit” “pencen di usia muda” dan pelbagai lagi lah.TAPI kita jangan lupa…ramai lah yang lingkup terpaksa pinjam duit bank, terpaksa tahan malu mengadap saudara mara (nak pinjam duit). Anda baca paper Metro baru-baru ni? Yaa ada lagi kes mengenai scam MLM ni.

So bagi  aku ramai orang kat Malaysia ni memang dah terjebak dengan MLM atau maybe yang sedang baca blog aku ni pun mungkin upline yang berjaya.Sapa takmau beb hidup senang keta besaq rumah besaq apa suma ye tak.Sampai satu level takyah keja dok rumah goyang perut kaki.So why aku tak join…first aku sememang bukan jenis insan yang tebal muka dan cuba sedaya upaya untuk menyakinkan orang supaya join downline aku dan kuarkan puluh-puluh ribu.Maybe Tuhan taknak buka pintu hati aku langsung kot nak menerima konsep MLM ni.

Yelaaa kalo semua berfikiran sama macam upline nak pencen awal je taknak keja makan gaji sapa yang nak jadi engineer, jadi doktor, jadi nurse, jadi cikgu.So orang yang reject pelawaan nak join MLM ni lah membahagiakan hidup upline yang senang lenang tuh.Upline nak pakai keta besaq..sapa buat keta tuh beb? pekerja kilang operator, engineer dan sebagainya yang makan gaji.So Tuhan itu Maha Adil.Aku tersangatlah anginnya bila ada insan dari company MLM ni kondem orang keja makan gaji.Ya aku akui graf orang makan gaji sampai mati pun takkan jadi exponen macam pendapatan MLM, tapi sedarlah orang yang ajaq anak-anak (upline)ang bagi pandai dan orang yang jaga keselamatan negara bukankah mereka itu makan gaji.

So jika anda baru nak berjinak-jinak dengan MLM ni kalo ada orang tolak taknak join bawah anda janganlah keciwa dan kondem mereka.Hakikatnya hidup kita ni saling memerlukan.So alasan kedua yang menbuatkan aku takmo join MLM adalah jeng jeng… Aku sebenarnya tak pandai langsung bab agama ni.Aku dulu sekolah biasa ja.Amik kos pun bukan bidang agama.Cuma aku ada terbaca artikel dari Ustaz Zaharrudin ni mengenai hukum MLM.Sapa beliau? (bagi yang taktau).So silalah jenguk website beliau.So ada satu topik yang dibincangkan mengenai MLM yang menarik minat aku untuk mematuhinya tanpa banyak cakap sebab ianya dihuraikan dengan terperinci sekali dari sudut agama.Sila baca kat sini. Ada banyak lagi topik berkaitan dengan MLM ni so aku tak letak link kesemuanya rajin-rajinlah godek ye website beliau

Ada satu point yang beliau nyatakan yang menyebabkan aku malas nak join  MLM huhu.Tengok ayat kat bawah aku dah quotekan

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Adakah ampa paham point yang hendak di maksudkan beliau itu?Kalo tak paham baca banyak kali ye huhu.. Ada banyak lagi point yang berkenaan tapi aku hanya highlight yang berkenaan dengan diri aku ja..Dari perspektif kebolehan aku.What if aku punya downline dah beranak-ranak tanpa aku sedar.Yela ianya beranak-ranak dan beranting-ranting dan bercabang-cabang.Takkan le aku nk join separuh je.Maybe aku mampu kenal dan jaga 1000 orang ja pastu stop sebab nak elak sampai maybe jadi puluh-puluh ribu orang punya downline.Boleh ke nak stop? Sistem makin berjalan mesti nak lagi dan lagi dan lagi huhu..

Maka nanti mereka yang dah berjaya dalam MLM mungkin akan berkata ” sebab itulah kita kena ada team, kena ada perjumpaan, kena ada meeting, kena ada kursus, kena ada seminar, dan bla bla lagi untuk sesama ahli” Apa-apa pun depa cakap aku tetap takmo kerana aku tak suka sangat style bekerja macam itu.Memang tak terbuka hati langsung.Aku sesungguhnya sangat tidak berminat menjadi full time MLM marketer.(bila dah terjebak larat ke balik keja pastu malam nak kena kluar pulak nak meeting..di kotak fikiran anda nanti conpem fikir nak buat full time punyalah)

Walau apa pun ianya terpulang pada diri anda sendiri.Kalo anda ingin hidup seperti itu dan mampu mengenali dan mengawal dan mendidik kesemua downline anda maka ceburilah bidang tersebut.Nak tak nak pecaya atau tidak apabila anda menjadi upline maka fikiran pertama terlintas di fikiran anda adalah bagaimana untuk menarik golongan pekerja gomen terutamanya sebab senang approve loan.Dah tu katakan sistem MLM anda tak pakai modal banyak maka tepaksa pulak anda pkiaq nak cari downline seramai mungkin..maka ramailah yang suka SPAM kat FB terutamanya.Ramai orang memang sangat teruja bila tengok upline dah start pakai keta besar..pastu upline dijadikan idola.

Apa pun aku tetap respek the real business.Macam contoh orang jual kepek dari jual tepi jalan sehinggalah dapat buka kedai besaq dan eskport ke luar negara produk mereka sendiri.Kepada mereka yang mungkin dah menceburi bidang MLM dan menerima orang seperti aku ini yang merejek untuk menjadi ahli, maka janganlah mengkondem dan mengutuk dan sebagainya.We have our own reason.Aku dah lepak dan join banyak company MLM dan walaupun company tersebut legal dan sah disisi undang-undang aku tetap takmo join.Sebab tak kena dengan jiwa aku..ibarat seorang yang tak minat main bola tetapi dipaksa jugak bermain.

Dalam berpuluh-puluh ribu orang yang join sistem MLM hanya beberapa kerat saja yang muncul jadi jutawan malah boleh bilang ngan jari.Tanyalah diri sendiri.Perlukah kita di dalam dunia fana ini  merasai semua kemewahan itu (keta besaq, rumah besaq, dan lain-lain kemewahan).Kalo anda rasa perlu sebelum anda menutup mata.Maka go for it.

Yaa sapa yang taknak jadi kaya jutawan duit riban-riban dalam bank. Rumah banglo dan aset belambak-lambak hasil kegigihan mengembangkan downline. Bukanlah menjadi impian aku nak jadi jutawan itu suma…cukuplah mencari rezeki yang halal dan mampu hidup senang dan damai dengan hati yang tenang.Tuhan nak bagi rezeki hidup senang lenang tak semestinya melalui MLM sahaja.Banyak lagi cabang bisnes yang boleh diceburi.

Minta maaf banyak-banyak kalo aku ada menyinggung mereka yang mungkin terasa.Yang baik itu datang dari Allah dan yang tak baik itu datang dari kelemahan aku sendiri.Dan akhir kata aku akhiri luahan hati aku dengan sedikit ulasan dari ustaz zaharrudin.Aku quotekan dekat bawah ni.Sila baca.Nak baca lebih lanjut kat sini.

Mana MLM alternatif??

“Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna” Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai ‘suruh’, ‘arah’ dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia ‘viable’ untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.

Facebook comments: