image

Yaaa salam semua kembali lagi ke entri live blogging hehe.. Sejak dua menjak ini cuaca sangatlah panas dan kering tui dak.Maka untuk melegakan tekak yang kering, aku ngan member aku (si kuzik) telah singgah di gerai Cendol Wahab di pekan Bedong bagi menghilangkan dahaga atau melegakan tekak yang sangat kering hehe.Sebenarnya panas-panas camni lagi elok minum air kosong banyak takpun nak lagi menambahkan effect ayaq kelapa ka, ayaq barli ka, ayaq sengkuang cina ka, atau ayaq cap badak hehe..

image

Sebenarnya gerai cendol wahab ni dah bertapak lama di pekan Bedong sejak zaman aku kecik lagi.Kiranya uncle Wahab ni bukak gerai atau tapak meniaga cendoi ni sejak dia bujang sampailah ada anak.Dan aku juga merupakan pelanggan yang salu jugaklah beli since dari zaman kanak-kanak kandos sampailah tua bangka sekarang ni hehe.Dulu time kecik-kecik sanggup naik beskal pi ke

pekan.Time aku dulu keta tak bapa.banyak.So pi dengan basikal pun takla risau sangat mak aku dulu.

image

Kira cendol ni dah sampai tahap legend bagi penduduk pekan Bedong since ia dah bertapak hampir dua dekad.Dari segi harga takla tetap dari dulu sampai sekarang..bungkus le jawab si wahab ni kalo tetapkan harga.So sedari dulu aku kecik-kecik semangkuk cendol pulut berharga 5 kupang (aku rasa rate awal pembukaan lagi murah 3 kupang pa) meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan keadaan ekonomi semasa dan kini berharga RM1.30 semangkuk.. Dan kalo bungkus RM1.50. So tempat anda semua berapa harga semangkuk cendol pulut? Hehe leh kongsikan kat ruangan komennkat bawah.

image

So menaip banyak pun tak guna meh makan dulu bagi perabih hehe.. Jemput hirup! Slruppp… Ohh ya lupa.member aku si Zik pekena ais kacang.. Semangkuk RM1.50. Hahaha dia dok tension ngan aku.. Sat sat belek henpon. Live blogging beb.. Sambil hirup sambil taip haha… Ok sekian saja..aku nak menikmati kelembutan pulutnya..

Posted from WordPress for Android

Facebook comments: