image

Yaaa salam semua. Dah lama aku tak buat post secara live huhu. Tiba-tiba sekarang teringin pulak huhu. Ketika ini aku tengah pebaik moto kesayangan aku ni di salah sebuah kedai pebaiki moto di pekan Bedong.Sebab apakah aku sangat sayang moto ini huhu.. Sebabnya inilah moto pertama aku yang dibeli pada tahun 2001 dan ketika itu aku Form 4.Baru dapat lesen la katakan. So arwah mak aku yang aku sayangi pun membelikan moto kriss ni untuk aku sekolah.Time tu kriss ni kira 1st edition camtu. Asal moto ni kaler hitam.So dah banyak kali tukaq warna dan sekarang warna cam ala-ala kamen rider kabuto takpun ironman.Apa-apa pun aku bukan jenis mat rempit.Pi sekolah balik sekolah saja.Lagipun time tu istilah mat rempit belum mendapat tempat di hati masyarakat.

image

image

So sekarang si apek ni tengah dok peketat rantai sambil buat servis biasa.Aku jarang dan tak suka bikin-bikin moto ni.Moto aku standard saja.Bawak pun biasa-biasa saja.Aku bukan kaki race pun.Takla mengebat cam orang lain.Bagi aku asalkan dapat maintain servis berkala sudah.So agak lama masa diambil pebaiki so aku mengambil kesempatan untuk postkan live blogging.Lama sungguh ya aku tak aktif mengupdate cerita kat blog ni hehe.Tunggu pasni aku akan kembali bercerita hehe.. Nampaknya si apek ni dah bagi isyarat ngan memek muka menandakan moto aku dah siap servis.Ok sekian saja.Jumpa di lain entri.Salam

Posted from WordPress for Android

Facebook comments: