Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Wah akhirnya dapat juga aku kembali menulis setelah blog ini dilanda masalah connection ke database server hampir seminggu lamanya.Dek kerana kesibukan kenduri kawin kengkawan aku jadi alpa seketika untuk update blog ini.Minggu depan dan minggu lagi sekali ada lagi majlis kenduri so keletihan lagi ke hulu ke hilir huhu.Ok mari kita masuk ke tajuk utama iaitu live blogging dengan smartphones.Aku pun taktau siapa sebenarnya pencetus idea live blogging ini tapi ianya pada hakikat membawa maksud menulis post dalam blog secara real time dan terus publish on time.

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus mencari income di alam maya ini, maka aku berjaya juga sambar Samsung Galaxy S2 yang mana ianya smartphones yang menjadi idaman aku selama ini hehe.Pada mulanya dulu awal 2010 aku sememangnya angau iphone 4.Tapi kemunculan Galaxy S2 (yang lebih nipis dan mantop performance) di awal tahun 2011 pulak menyebabkan aku angau untuk mendapatkannya dan berusaha menyimpan duit.Akhirnya pada tanggal 18 November aku terus melamar S2 di sebuah kedai tepon di Centre Square huhu.. terketaq-ketag tangan juga aku menghulur duit kepada apek tersebut kerana tidak percaya betulkah aku sudah memiliki gadget yang aku idamkan selama ini huhuhu.

So apa yang bestnya Samsung Galaxy S2 ini??? Wahhh ni kalo aku taip mau panjang bejela ni.Apa kata korang jenguk ja specs dia kat link ni Samsung Galaxy S2 i9100G.Ada banyak kisah sebenarnya di sebalik pembelian smartphones ni.Aku sebenarnya dah give up nak beli, tapi akhirnya beli jugak hehe.Sebab tak tahan.. hahaha.Aku sebenarnya mencari model bernombor siri i9100 instead of i9100G.Merata aku mencari model S2 yang non-G kat Sungai Petani dan juga Alor Setar tapi hampa.Ada juga aku riki online tapi ntah cam tak berani nak beli online yang mana sellernya berada di Kuala Lumpur.Benda-benda mahal aku salunya lebih puas hati belek dan pegang sebelum purchase.

Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara model G dengan non-G.Boleh belek dan kaji kat thread Forum Lowyat.Kang satgi aku explain panjang bejela pulak cerita hehe.Pendek kata berbeza dari segi processor CPU dan juga GPU.Versi non G menggunakan originally samsung punya processor iaitu Exynos dan versi G menggunakan processor dari third party company iaitu Texas Instrument.Hasil dari pembacaan dan research aku di forum-forum sememangnya model non-G lagi mantop performance in term of graphic dan juga CPU overclock berbanding dengan model G.Selain tu ada lagi la kelebihan lain seperti lebih banyak pilihan custom ROM, rooting yang lebih stabil dan pelbagai lagi.

TETAPI, awat aku pulun jugak amik versi G huhu.Pertama tentunya tak tahan menunggu… Hohoho.Penat aku mencari model non-G kat serata negeri kesayangan aku ini iaitu Kedah tetapi tidak ku temui model non-G.Aku ada juga suruh kawan aku usya-usya kat belah area KL iaitu Pertama Kompleks tapi dia pun hampa tak jumpa model non-G.So aku decide amik je lah model G version.Dan sudah tentunya aku tidak mahu amik model non-G second hand huhu… walaupun ada yang nak jual kat garage sales kat Lowyat.Aku suka yang baruuu.. benda sempoi kan dan kita idam-idamkan.Takkan la kita nak amik second hand tul tak.

Kedua, setelah aku baca situ baca sini.Model G ni takdak lah sampah sangat….. Masih lagi boleh rooting dan juga custom ROM.Dan juga masih boleh overclock CPU.. dan model G ni juga masih baru dan akan datang mesti akan ada penambahbaikan terutamanya apabila version baru android diperkenalkan iaitu Ice Cream Sandwich (ICS).Cuma pada yang hardcore user yang selalu kaki flash dan juga root memang sesuai pakai model non-G.Maka aku pun dengan tanpa ragu-ragu terus amik model G in spite of ramai yang masih mencari model non-G.

Hasil pembacaan aku merata forum, maka ini aku dapat simpulkan, the reason Samsung passing processor production ke third party company adalah bagi memastikan bekalan processor Exynos kekal dapat dipasarkan ke pasaran America.Ini adalah kerana Samsung baru ja lancar Samsung Galaxy S2 ke pasaran US Oktober lepas.So Samsung nak pastikan kualiti terbaik untuk pasaran US so diorang kekalkan processor Exynos dalam S2.Untuk pasaran Asia yang makin bertambah diorang menggunakan processor lain iaitu Texas Intrument.Pendek kata untuk market US diorang produce yang sempoi sikit la berbanding pasaran Asia yang sememangnya sejak bulan April lepas telah terjual berjuta unit.So untuk tambahan permintaan bagi pasaran Asia so processor yang kurang sempoi sikit digunakan.Processor sempoi sikit diutamakan pada market US.

Selain itu, Texas Instrument jugak terdapat pada banyak peranti lain seperti Motorola, Sony Ericsson, etc.Smartphone terbaru sekali dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Nexus juga menggunkan processor Texas Instrument.So the reason Samsung menggunakan Texas Instrument sebagai third party processor adalah kerana faktor android ICS yang akan diupdate nanti.Dan banyak lagi lah faktor-faktor lain.Maka aku pun akhirnya purchase jugak model G…huhu end of story.Dan aku sangatlah pelik dengan penjual-penjual handset ni.Depa ni taktau apa kejadah langsung mengenai model G dengan non-G.Yang depa tau juai jaa hampeh sungguh huhu.. tanya lebih sikit taktau hohoho.

Maka pasni bolehlah aku live blogging dan juga mengepost picture secara real time atau pendek kata ‘wordless wednesday’ pasti aku akan publish hehe.Selain itu aku juga heavy internet user, sebab tu aku sambaq smartphone ni huhuhu… senang nak dapatkan update dan notification email-email penting.Buat masa ini aku tak amik lagi pon broadband data plan.Guna ja wifi kat rumah setakat ini.. kalo pakai broadband memang syiok le kalo jalan-jalan merata hehe.Dan setakat ini aku sememangnya puas ati dengan smartphones ni.Ke hulu ke hilir tak berganjak aku pegang huhu.. Dan kalo ada mood aku akan update cerita tips-tips berkaitan dengan android dan juga S2.. antara isu hangat yang selalu diperkatakan pengguna iOS dan window phone terhadap pengguna Android adalah…. orang senang curi data penting anda melalui android market… betulkahhhhh wahai pengguna tegar iOS dan window phone hahahahah ka ampa jeles tabur cerita tak betul huhu… nanti ada masa aku ulas isu ni huhu.. kena buat research dulu hoho.

Akhir kata hayatilah video tutorial ringkas yang di embedded kat bawah ni.Enjoy huhu.. first time aku cuba saja-saja buat video tutorial hohoho…suara tersekat-sekat takla sehebat amanz dot my hahaha.Sekian.


Facebook comments: