Memancing di pulau bunting yan kedah

Jambatan Pulau Bunting yang terletak di Yan Kedah merupakan tempat yang menarik untuk lepak-lepak amik angin dan juga melakukan aktiviti santai sambil memancing.Aku ingin membuat pengakuan ikhlas bahawa, ini lah kali pertama aku sampai ke jambatan ini walau pada hakikatnya aku duduk saja kat Kedah tapi tak penah mai pun jalan-jalan haha.. Selalu dok dengaq saja kawan-kawan cerita mai jambatan ni memancing, amik angin petang, dan bosan-bosan ronda ngan moto bawak awek ka bini ka anak-anak ka.Apa yang dapat aku katakan jambatan ni cam agak terbiar la.. terbiar tu maksud bukannya suatu jalan yang sememangnya digunakan oleh pengguna jalan raya.Nak mai sini pun jalannya agak berliku dan bersimpang siur.Better mai sini dengan moto sebab kalo bawak kereta jalannya agak sempit.Lagipun bila sampai ja check point masuk dekat jambatan tu, tiada laluan kereta.Hanyalah laluan moto sahaja.

Aku pun mulanya terfikir gak apa motif jambatan ni di bina.Nak kata kat Pulau Bunting tu ada penempatan tak pun.Kot la macam Pulau Aman ye tak.Nak kata kat pulau tu akan dibina resort ka tak pun chalet ka dak pun.Aku pun tak tanya lak kat penduduk tempatan apa motif jambatan ni dibina.Maybe depa ada la cerita yang tersendiri.Takkan la nak bina semata-mata nak bagi orang memancing.. tak logik kot haha.Sebab nak mai kat jambatan bukan leh mai menderu ngan keta camtu jaa.. jalannya memang sempit.Mesti nak kena mai ngan moto.Maybe orang Yan yang terbaca entri ni boleh bagi jawapan yang tersendiri hehe.Aku dok agak la.. ni firasat aku ja hehe.Ada 2 kemungkinan la kan.. satunya maybe projek ni terbengkalai.. sebab maybe kat pulau tu nak buat something untuk pelancongan, lepas tu terbengkalai camtu ja.Satu lagi aku rasa untuk future atau backup plan jika berlaku darurat ka apa ka.. makna kata kapal terbang leh landing, atau pasukan tentera leh gunakan sebagai penghubung ngan tanah besaq.Kira macam strategi peperangan la kan.. hahaha~ aku saja terfikir benda ni.. Dan satu lagi aku terfikir, ni macam agak fantasi la kan huhu.. jambatan saja dibina dan terbiar maybe sebab kat pulau tu ada bunker atau bangunan rahsia atau lokasi rahsia untuk something yang menjaga keselamatan negara hahaha.. Eh ni fantasi aku saja ok… diulangi FANTASI atau khayalan semata-mata, jangan dok pi percaya lak hahaha..

Pada hujung minggu memang sini penuh dengan orang dok lepak-lepak amik angin laut sambil memancing.Tidak ketinggalan juga yang bawak anak bini, keluarga dan tentunya ramai juga yang bawak pasangan masing-masing jalan-jalan kat sini.Dari segi panjang jambatan apa semua, haa tu aku tak pasti, tapi memang panjang, lebih 5KM rasanya.. rujuk la Wikipedia haha…aku dok pikiaq malam-malam tentu jadi port mat rempit test power moto huhu.Aku sembang panjang lebaq pun tak guna.Apa kata hayati saja video kat atas dan gambaq yang aku tempek untuk gambaran yang lebih jelas suasana jambatan ni hehe.

udang umpan pancing

Guna umpan udang jaaa huhu… mula-mula duduk bawah jambatan tapi dok asyik tak dapat pindah port mai atas jambatan lak

umpan memancing

Si Mat Boleh.. sifu yang mengajar aku tentang dunia pancing hehe

umpan udang

Dah settle ikat perambut.. maka apa lagi.. masa untuk lempaq humban masuk laut haha

memancing ikan

Time ni agak panas la., walau pun dah kui 4 lebih.Maybe angin laut sama panas kot.. memang dok lepak sejam dua leh terbakaq gak la kena sun burn

memancing atas jambatan

So pemilihan ladung amat penting jugaklah.. tinggi juga jambatan tu.. so kena pandai la agak-agak nak pakai ladung apa

memancing ikan di atas jambatan

Dok tunggu lama… tak kena-kena umpan haha.. apa boleh buat.. memang mancing memerlukan kesabaran

aktiviti memancing ikan

Last dok asyik tersangkut ladung sajaa.. aku pun malas.. aku dok amik gambaq ja.. teruih takdak mood memancing huhu..

Memancing di pulau bunting

Dah dekat sejam sengah.. pun tak dapat lagi.. langit kat belakang dah mendung menandakan satgi nak balik rumah konpem basah lencun

lepak atas jambatan

Mat Boleh posing gaya model boleh.. buat kemas sepam

Jambatan Pulau Bunting

Ohh mendung awan sudah berarak ke utara

Memancing di jambatan

Tunggu punya tunggu umpan tak kena-kena.. dekat 2 jam dahh kot

Aktiviti memancing

Last semua fed up.. bungkuih joran bok balik haha.. hujan dah mula turun sikit-sikit

Laut mengadap pulau bunting

Cantik pemandangan ciptaan Tuhan.. last shot gambaq sebelum balik hehe.. Kesimpulan sekoq ikan pun tak dapat. Huhu.. mai saja-saja menyembang buang masa haha.Tak kena hari kot.. takpun ikan tak selera dengan umpan udang.. maybe ada umpan lain ka dia teringin haha.. tapi ok la daripada dok mai menyembang kosong amik angin, boleh juga selit-selit memancing ye tak.Rezeki ada boleh la dapat huhu.Sekian saja entri kali ini. 🙂

 

Facebook comments: