Salam para pembaca sekalian.Dah lama aku tak becerita mengenai aktviti jalan-jalan aku huhu.Last time aku update mengenai aktiviti jalan-jalan aku adalah mengenai destinasi Kolam Air Panas Ulu Legong Baling Kedah.Silalah baca kalo tak baca lagi hehe.So aktiviti jalan-jalan aku kali ini takdak tempat baru.Tempat dekat-dekat dengan umah aku jugak iaitu Titi Semeling.Sebenarnya aku dah cerita panjang lebar mengenai destinasi Jeti Semeling pada entri yang lepas.Entri kali ini adalah tambahan je kawasan atau area yang aku tak pegi lagi di sekitar Jeti Semeling ni.So untuk mendapatkan gambaran mengenai Jeti Semeling ni maka eloklah anda semua baca dulu entri terdahulu iaitu Jalan-Jalan Jeti Semeling.

Bot Jeti Semeling

Cerita sebenar di sebalik kunjungan aku dan kengkawan ke jeti ini adalah untuk mengambil angin petang sebelum member aku iaitu En Game Besa (nama samaran, nama sebenar Zam) yang bermurah hati untuk belanja kami semua ikan bakaq sempena farewell beliau meninggalkan zaman bujang dan memasuki fasa baru dalam hidup berumah tangga.So darah manis pengantin yang mengalir menyebabkan beliau amat berbesar hati untuk belanja kawan-kawan rapat.Aku dengan Game Besa adalah kawan rapat masa sekolah menengah dulu.Dia satu kelas dengan aku malah masa form 5 dia dok sebelah meja aku.Ramai jugak kawan-kawan yang hadir.Semua member baik time sekolah dulu.

Antara yang hadir Mat N8 (nama samaran), Arn (bassist Sayugia), En Muftif, Mat Lone, Game Besa dan aku.Sepatutnya ramai yang hadir tapi Game Besa mengambil langkah bijak dengan hanya memspesifikan kepada geng lelaki sahaja.Kalo tak jenuh Game Besa nak banja kalo semua pakat bawak bini hahaha.Kecuali aku dan Arn saja belum berbini.Mula-mula cadangan open table ini hendak diadakan di Tanjung Dawai.Tapi dah memandangkan restoren di Tanjung Dawai banyak tak bukak dek kerana cuti raya haji.Maka kami sepakat memilih untuk makan ikan bakaq di jeti semeling sahaja.Dekat pun dekat.15-20 minit saja dari umah aku bergantung kepada keadaan traffik.Traffik di Titi Semeling selalu jammed pada waktu puncak.Terutama time pas balik keja.

Jeti Semeling

Encik Mat N8 selaku pakar flash custom firmware hehe 😀

Gaya Shoot Gambar

Encik Antera cuba untuk mengasah bakatnya

Time kami mai Jeti Semeling ni pun restoren ikan bakaq yang menghadap jeti tak bukak.Maybe mood raya haji masih membara tokey malas nak bukak kot.Nasib baik tak mai time weekend.Kalo mai time weekend for sure akan ada pasangan pengantin yang akan mengambil port-port yang menarik untuk shoot wedding.Time-time petang camni biase le ramai yang bawak anak-anak bejalan, bawak awek, lepak-lepak amik angin dan ada juga photographer yang training shoot panorama yang cantik di kawasan ini.So aku explain detail pun tak guna.Lihat dan tengok serta hayati video dan gambar yang dilampirkan.Enjoy!

Boat Jetty Semeling

Dulu Jetty ini pernah dijadikan pelabuhan feri ke Langkawi, pastu atas sebab-sebab tertentu perkhidmatan feri ke Langkawi dibatalkan

Signboard Amaran

Haaa jangan dok buat mandrom tak tak tentu hala woii bedosa

Sampan Nelayan

Bot-bot para nelayan tersadai di muara

Panorama Sungai Semeling

Pemandangan yang sungguh mengasyikkan dengan angin sepoi-sepoi bahasa 😀

Facebook comments: