Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tanpa membuang masa lagi mari kita sambung part akhir entri ini.Kalo anda yang masih ketinggalan tak  tahu hujung pangkal apa jadi kat depan umah aku ni sila baca part 1 dulu kat sini.Tunggu punya tunggu akhirnya sampai juga deretan pelumba-pelumba LTDL atau Le Tour De Langkawi.Aku punya la dok cari kat mana pelumba kita iaitu Anuar Manan dalam ramai-ramai pelumba tuh.Susah la pulak basikal laju-laju suma.Memang tak perasan langsung.

Apa-apa pun satu kepuasan bagi aku dapat tengok LTDL ni setelah beberapa tahun lamanya tak dapat tengok secara live.Tu dia penduduk kg ngan taman pakat dok besorak abih time depa pelumba ni suma lalu.Patut nak lagi best aku patut pi amik video kat area sekolah ka huhu.Boleh tengok budak-budak sekolah pakat dok beratoq tepi jalan suma bagi sokongan.Suasana hingaq tu yang best tuh hoho.Aku tak pasti sapa dua orang pelumba yang leading tinggai beghelung kelompok ramai-ramai pelumba yang lain (rujuk video kat bawah), Andrea Guardini la kot.Dia juara dapat jersi kuning untuk peringkat kedua ni.

Sesungguhnya LTDL dapat menggamit memori yang sungguh indah ketika aku sekolah rendah dan menengah dulu bila mana aku bersama kawan-kawan sekolah time tuh besorak sakan bila lalu tepi jalan.Diharapkan pelumba kita dapat juara untuk edisi kali ni walaupun pada hakikatnya ramai pelumba handalan lain dari seluruh dunia.

Sedikit info mengenai pelumbaan peringkat kedua ini yang berlangsung semalam (24/1).Dipetik dari sumber berita harian.

PELUMBA Farnese Vini-Neri, Andrea Guardini menguasai perlumbaan peringkat kedua jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL) yang berakhir di Butterworth, semalam.
Selepas memenangi peringkat pertama di Pulau Langkawi kelmarin, Guardini, 20, sekali lagi membuktikan kehandalannya ketika memecut pada jarak 200 meter terakhir untuk mencatat masa 2 jam 26 minit 26 saat bagi kayuhan sejauh 145.5 kilometer dari Kangar itu.

Begitupun, perlumbaan sengit itu menyaksikan sekelompok 10 pelumba mengalami kecederaan apabila terbabit dalam kemalangan kira-kira satu kilometer dari garisan penamat, antaranya pelumba Korea Selatan, Park Sung-baek dan pelumba Jepun yang mewakili Europcar, Yukiya Arashiro.

Dalam perlumbaan itu juga menyaksikan pelumba negara yang mewakili Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), Anuar Manan merampas jersi putih dari Sung-baek selaku pendahulu kategori.

“Sasaran saya ialah cuba mengumpul mata bagi jersi biru tetapi saya fikir memenangi gelaran Asia adalah bonus,” kata Anuar.
Tanpa zon pendakian pada peringkat itu, gelaran Raja Bukit (jersi merah) kekal milik pelumba Skil Shimano Cycling Team, Koen De Kort.

Yaa mari kita lihat video di bawah.Aku minta maaf la kalo aku tersembang ‘kemas’ dalam video di bawah.Tiba-tiba naik syeh huhu..aku hanya menggunakan loghat kedah yang simple.Harap ada yang paham.

Facebook comments: