Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar dah seminggu aku tak update blog huhu..sebab aku kena outstation pegi KeyeL selama seminggu so keja blogging terstop terus selama waktu itu.Sekarang dah pulang ke rumah so boleh la beraksi kembali dalam arena blogging.Alamak pejam celik pejam celik nampaknya sudah masuk minggu akhir bulan Jan 2011.Sekejap sungguh masa berlalu.Tak lama lagi hari tua ku akan tiba huhu.

Pada tengah hari tadi (24/1) aku dan mut telah berjaya merakamkan detik-detik pelumba basikal Le Tour De Langkawi yang kebetulannya melalui depan rumah aku huhu.Mut selaku hero Bedong reporter Bedong cam besa la melaporkan kat aku tentang sekatan kat jalan utama Bedong yang tiba-tiba telah diblock oleh pihak polis.So dengan pantasnya aku grab video cam kecik molek cute aku tuh terus ke tempat kejadian.Sampai ja simpang utama jalan utama makk aiih orang kg, orang taman pakat suma dok besidai tepi jalan menanti kedatangan pelumba Le Tour De Langkawi 2011.

Seingat akulah dah lama benar aku tak pi usya pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi ni.Rasanya last event ni diadakan pada tahun 2007.Dan seingat akulah last aku saksikan Le Tour De Langkawi secara live masa zaman sekolah menengah.Sebab sekolah aku tepi jalan besaq.Adala dekat 7 8 tahun dulu pa.Lama dah.Penah gak time kecik2 masa sekolah rendah dok bekumpui ramai2 tepi jalan besorak sakan huhu.Happening sungguh time tuh.Masa zaman kanak-kanak kandos~

So sesungguhnya Le Tour De Langkawi 2011 yang sempat aku rakamkan mengembalikan nostalgia time aku kecik-kecik dulu hoho.Masa tuh gigih nak naik basikal la pusing-pusing kampung ramai.Bajet nak tiru stail Le Tour De Langkawi.Huhu besa la budak-budak suma nak tiru huhu.Lama jugak aku dok menunggu kedatangan pelumba-pelumba handalan dari seluruh dunia tapi yang dok nampak moto besaq polis ngan keta escort ja.

So mari kita saksikan video di bawah yang sempat aku rakamkan bersama saudara reporter Bedong iaitu Encik Muftif~ Dulu aku pernah juga melaporkan kejadian kebakaran kat Bedong bersama Mut kat blog ni.Anda boleh baca laporan kebakaran tu kat sini kalo anda belum baca lagi.SILA HAYATI VIDEO DI BAWAH.. nantikan part yang seterusnya..

Facebook comments: