Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Baru-baru ni aku ke Kuala Kedah untuk menikmati Laksa Telok Kechai.Dah lama sebenaqnya tak pekena laksa ni.. Last masa 4-5 tahun dulu kot.So on da way ke tempat yang dituju maka teserampaklah laksa jalanan Telok Kechai.. hehe aku taktau nak buh apa nama tapi pakcik ni antara penjual laksa yang turut mempopularkan nama Telok Kechai.Pendek kata Telok Kechai ni memang sinonim dengan juadah laksanya.. Kalo sapa-sapa mai singgah atau lalu kot Kuala Kedah mesti ada yang nak singgah makan laksa Telok Kechai.

Sebenarnya lain orang lain rasa.Ada yang kata best ada yang kata besa ja.Ada yang kata tak best langsung huhu.Sebab aku ada bawak member aku makan sana dia kata tak best.TAPI orang dok lepak makan sana serupa macam ada kenduri.Ramai sungguh peminat laksa.Lain orang lain taste.Kuahnya bukan jenis pekat tapi cair dan ada timbunan isi ikan kot atas.

Aku akan cerita detail di entri yang akan datang tunggu~ Saksikan sendiri betapa ramainya yang lepak makan laksa Telok Kechai ni… Kalo ampa semua jenis minat laksa kuah pekat dan pedas haa laksa Telok Kechai bukan untuk ampa… Laksa Telok Kechai ni ada identiti resipinya yang tersendiri dan rasa yang tesendiri… nantikan part yang seterusnya dan lihat video di bawah

 

Facebook comments: