live konsert metallica stadium merdeka

Salam.. yaa sepatutnya aku update cerita ni bulan lepas lagi hahah.. ni dah terlambat gilos dah dekat sebulan dah pun hahaha.. what ever.. apa pun.. better late than never huhu.Sebenarnya aku pun tidak sangka dapat menghadiri dan enjoy konsert band Metallica ni yang pada mulanya aku tak bajet pun depa nak mai Malaysia.Pada mulanya depa memang dah update mengenai konsert jelajah asia di official website yang mana menyatakan akan membuat konsert di Singapore haha.Aku pun pikiaq 50-50 jugak lah nak pegi sebab jauh haha.. tup-tup tiba-tiba ada update mengenai konsert yang akan diadakan di Kuala Lumpur.. perghh pucuk cita ulam mendatang la kann.. Hahhaha.Kesian jugak lah pada mereka yang dah beli tiket kat Singapore.. then angin takdak ribut takdak tiba-tiba kat tanah air sendiri pun ada rupanya hahah.. aku pun apa lagi terus kontek cousin aku kat KL suh belikan tiket VIP.Bagi aku ni rasanya once in lifetime kot depa nak mai Malaysia.. maybe la.. rata-rata bandmate Metallica sememangnya dah umoq 50.Memang dah tua dan keberangkalian nak buat konsert memang berkadar terus dengan umoq laa huhu.. energy pun dah tak selincah time muda-muda.

Sebenarnya band Metallica memang memberikan kesan impak memori dan juga nostalgia time kecik sampai lah besaq.Sedari aku kecik lagi time tu abang aku dok pasang lagu metallica kat mini compo atau time tu radio kecik yang boleh buh kaset aku tak ingat apa brand apa lupa dah.Metallica ditubuhkan pada tahun 1981 so sebelum aku lahir lagi haha.. you know what.. time era 90an dan 80an, hiburan masa tu bukan macam sekarang dah ada internet segala bagai.Hiburan dulu sekadar berharap pada radio dan TV serta permainan outdoor.So disamping mendengar lagu-lagu local.. sememangnya pengaruh muzik dari luar turut masuk ke Malaysia.Lagu-lagu band Metallica juga popular pada budak-budak yang ada disekolah asrama.. yang mana didengar sewaktu kelas prep atau time dalam hostel bersama dengan walkman sambil membuat kerja sekolah atau tugasan yang diberikan guru.Pendek kata ianya mencerminkan memori yang signifikan pada mereka yang kini dah berumur 40an dan lewat 30an yang mana mengimbau kembali pada era mereka belajar di sekolah asrama, atau di kolej atau universiti Amerika Syarikat.Ianya sama seperti golongan 50an atau 60an ke atas yang maybe lagu yang mengimbau kenangan mereka time muda adalah maybe dari band The Beatles, Led Zeppelin, Scorpion, dan sebagainya.Dan ianya juga mengimbau kenangan aku juga time sekolah menengah dan rendah.Dan antara lagu pertama yang aku main sejak mula-mula pegang gitar adalah Nothing Else Matters huhu.

So.. ketika mana aku menghadiri konsert ini.. kebanyakan yang berada area aku duduk tu..  kebanyakan golongan lewat 30an dan sekitar 40an.Dan ada juga yang membawa isteri masing-masing sambil sing a long.Ianya bukan something konsert sambil teguk arak atau konsert sambil berkepit berzina melalak atau orgy di tengah padang.Of kos ada  mat salleh dan juga pelancong asing yang datang.. biarlah mereka yang terhenjut2 layan kepala bukak baju macam orang hilang akai haha.. Sememangnya ramai yang mengutuk dan mengeji konsert ini.. yes aku paham.. salah tetap salah ye tak.Ada yang perli aku jahil taktau pasal agama semua.. yes i know what i have been through.. why not dakwah sekali pada mereka yang duduk sekali dengan area aku tu.. malah area2 kat kat tempat duduk lain stadium..pakcik-pakcik area umoq 40an.. brader2 dah nak masuk umoq 40 yang bawak bini.. dan why not ini saja korang nak keji dan mengutuk.. konsert-konsert seblum ni yang mana ada campur juga laki dan pompuan.. drama-drama kat TV.. filem-filem kat wayang yang melibat kan orang melayu Islam dedah aurat, buat maksiat terang-terang (belakon adengan tu adengan ini).. dan seumpama lagi.. so aku malas argue bab-bab ni sensitif.. yang penting aku tahu apa yang aku buat dan aku pegi konsert ni just untuk enjoy-enjoy pastu balik haha.. takdenya tiba-tiba akidah aku terpesong ka apa ka.. huhu.. i know.. setengah orang apabila melalui school of thought yang tak penah terdedah pada hiburan sememangnya akan mengeji.. and i really respect them.. the thing is.. i know what i am doing and what i’ve been through.. what is right what is wrong.. cukup bab ni full stop haha.

stadium merdeka metallica

Seumur hidup aku ini sememangnya mega konsert pertama aku mai.. Konsert yang dijadualkan pada pukul 9 malam rupanya bermula awai sikit haha.. dalam 845 camtu.Senarai lagu yang dimainkan bolehlah rujuk official website Metallica.. dan sememangnya lagu-lagu lama menjadi pilihan mereka iaitu since Album Kill Em all.. perghh mantap dan nostalgia abih pabila semua pakat sing along dan layan kepala hahaha.. pakcik belakang aku dok pegang tangan bini sambil nyanyi-nyanyi hahaha.. padahai bini dia dok cam blur-blur takleh follow bait-bait lagu haha.. maybe jarang dengar kot hahah.Aku sempat juga merakam video dan juga snap gambar apa yang patut.. sememangnya malam tu full of flash haha.. aku just amik-amik camtu ja gambar dan beberapa lagu yang top sempat la aku rakam.. tapi itulah.. bila duduk dekat sangat dengan pentas utama.. bila rakam memang teruk kualiti video sebab dia detect bunyi bass ja lebih haha.. kalo aku dok area tempat duduk stadium clear la kot rakaman haha.. dok area ni memang kena berdiri memanjang.. letih gak la beb aku dengan bawak beg galas.Cam biasa bila sat-saat akhir.. abam Ku Hamid yakni Kirk Hammet hahaha mula melemparkan pick gitar kat penonton haha.. tapi aku duduk agak jauh la kan haha.. memang sah-sah tak dapat.. aku nampak memang Kirk amik pick dalam segelas gak la.. dia bubuh pick gitar dalam satu bekas macam gelas…pastu main lempar random kat penonton hahaha.. dah macam merenjis pengantin aku tengok dari jauh hahaha…..dan pada meraka yang bertuah maybe dapat la meloncat amik drum stick Lars huhu.. kalo nak lempaq gitar tak logik la haha kang ada yang berdarah kepala huhuhu…

Konsert berakhir dalam kot lerah pukul 11 lebih.. pertama kali mai konsert mega cam ni.. sememangnya kena bawak ayaq.. perghhh.. penat dan dahaga gila.. bajet minum ayaq sebelum konsert boleh bertahan.. sekali memang takleh blah.. terpaksa beli juga ayaq mineral.. mahal pun mahal lah.. sebotoi air 500ml 2 hinggit.. bukan air mineral pun haha.. air osmosis saja.. besa la time ni nk buat bisnes hahaha… so abih tu.. nak beratur kat LRT lagi bapa lama.. so lepak jap luaq.. sembang-sembang ngan abang aku.. pastu dok sat tengok t-shirt jual kat luar stadium.. pastu calooo~~~ Akhir kata hayati gambar dan video kat bawah hehe.. enjoy.Kualiti video aku amik memang agak teruk la hahaa.. nak saja-saja layan boleh la huhu.. nak kualiti masuk official metallica punya youtube.. takpun tengok orang yang rakam dari jauh.. kualiti sikit hahaha.

kauter metalica

Metal fans beratur untuk masuk.. pintu dibahagikan kepada jenis-jenis tiket sama ada vip atau biasa.

tiket metallica live in KL

Bersedia nak masuk.. posing jap dulu ngan tiket.. sebelum tiket ni kena amik terus ngan penganjur.. ciss aku ingat dia nak koyak dan tinggal bahagian resit untuk buat kenangan.. sekali dia amik semua terus satu tiket.

metallica stadium negara

Orang dah berpusu-pusu ke pintu tiket masing-masing..

stadium merdeka live metallica

Suasana dalam stadium sebelum konsert start..

metallica live KL konsert

Posing dulu haha..

live konsert metallica KL

Kualiti sound superb haha.. dia punya bass bunyi dengaq sampai ke jantung aku hahahah

metallica live konsert KL

Sewaktu konsert dah abih.. posing jap..ada advertisement mengenai filem muzika Metallica yang bakal ditayangkan tak lama lagi haha..

Akhir kata hayati video yang aku amik guna smartphone S2 hahaha.. audio pecah beb! hahaha.. saja rakam kenangan huhuhu~~ apa-apa pun persembahan memang mantop.. high class punya performance haha.

Facebook comments: