Berita baik kepada semua pencinta kucing sekalian alam huhu.Aku kini tengah develop satu komik bersiri baru berkaitan dengan dunia kekucingan.Dan komik Leman Kelolo dan juga komik lawak-lawak biasa tetap berjalan seperti biasa huhu.Ok pada yang tiba-tiba hairan kenapa dok tak dok aku gila buat komik ni??? Hahaha… Aku penah cerita dulu.. dalam entri-entri lepas kalo ampa rajin sila lah baca balik entri-entri pada masa awal-awal blog ni ditubuhkan.Ringkas kata.. since aku sekolah rendah lagi kot aku minat melukis… pernah memasuki pelbagai pertandingan time sekolah rendah la.Aku pun penah buat komik aku sendiri dulu untuk kawan-kawan baca huhu.Dan pada ketika aku di matrikulasi.. aku penah memang tempat ketiga dalam cereka kartun.Pendek kata sapa sapa yang pernah rapat dengan aku bertahun-tahun lamanya memang sedia maklum aku jenis camana.. pantang ada kertas kosong ngan pensil atau pen.. mesti tangan akan gatal-gatal lukis objek.. Then apabila aku memiliki gadget S2 dan kemudian Note 3… why not aku sambung kembali hobi aku melukis komik ni

Minat melukis kartun dan komik ni memang tak penah padam since aku umoq 6 tahun kot.. aku cuma suka lukis kartun saja.. bab-bab melukis potret sebijik macam dekat Pasar Seni tu makk aihh tu aku belum penah explore atau cungkilkan dalam diri aku.. maybe ada kot.Cuma nak kena asah sikit-sikit biaq tajam haha.So there’s nothing to do.. dok tak dok angin takdak ribut takdak.. tiba-tiba aku dok suka lukis kartun haha.Benda-benda seni ni memang dah sebati dalam jiwa aku.Mencipta lagu dan melodi juga adalah salah satu cabang seni.. begitu juga dengan ‘art’ atau lukisan yang memberikan satu nilai seni kepada mereka yang memahaminya.Dua-dua cabang seni itu sememangnya juga sudah sebati dalam hidup aku huhu.

Dan berkaitan tentang topik-topik dunia internet marketing dan seumpamanya.. aku terpaksa stop sekejap menulis.. ada perkara sangat penting dan juga job yang perlu disettlekan.Huhuhu.. recently kembalinya hobi aku suka lukis kartun ni bila mana aku tengah tunggu segala project aku running dengan sempurna.. bila aku on semua project aku serentak.. maka internet memang jadi lembap sebab terpaksa berkongsi bandwith dan speed.Sebabnya aku running 3 serentak.. PC dengan 2 biji laptop.. so bila internet slow.. mula la malas nak update blog.So bosan-bosan aku main jugak android game.. pastu dah abih bosan.. maka aku pun apa lagi MELUKIS lerr!! So lantaran dari itu tiba-tiba terhasilnya banyak komik yang aku muat turun kat blog aku huhu.Dan perancangan aku.. bila mana project aku dah smooth dan properly organize dan tersusun dengan elok tanpa perlu running 3 komputer serentak.. maka pada waktu itu maybe aku akan menulis balik macam biasa huhu.. especially topik internet marketing haha.

Makk aihhh tiba-tiba aku terpanjang la pulak membebel kan haha.. asal topik utama mengenai komik yang aku bakal buat huhu… so komik yang bakal dikeluarkan ini berkisahkan dunia kekucingan huhu.. maybe ianya keluar by mingguan kot.. sebab nk sketch tu memang senang.. tapi bab nak outline.. nak framekan.. nak masuk dialog.. pastu nak color lagi.. agak take time.Melainkanlah ada pembantu khas buat outline dengan coloring haha.. cepatlah keluar..

Maka…………….. nantikan komik berkaitan dunia kekucingan haha yang bertajuk ABANG LONG MOMOT. Poster komik ini rujuk kat bawah.. ianya cerita bersiri! Nantikan setiap episod! Nak tahu kisah bagaimana dan apakah cerita yang ingin di sampaikan?? Tungguuuuuuuu… dijangka release minggu hadapan atau selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Kucing Abg Long Momot

Facebook comments: