Baru-baru ini aku dapat komen yang membina dari seorang pembaca blog ini mengenai Sayugia iaitu dari Cik Liza.Mengenai vokal tu sudah lama diperkatakan dan hampir 90% komen yang datang dari semua pendengar memperkatakan tentang vokal in spite of idea dan penulisan lagu huhu.Nak buat camana tak ramai sudi nyanyikan lagu-lagu sayugia.Ada juga kawan yang berbakat, tapi bila suruh datang studio nak rekod, macam-macam alasan bagi dan ada juga rekod separuh jalan, sebabnya proses rekod suara sangat ‘renyah’ dan rumit dan memang take time.Maklumlah studio homemade saja.Macam-macam kekurangan hehe.

So hendak tak hendak tuan punya lagu gak yakni komposer jugak kena nyanyi sendiri hehe.Sememangnya dari dulu tengah mencari vokal yang agak lantang dan boleh high note tapi belum ketemui yang sesuai.Dan yang paling penting secara sukarela.Sebab takut orang yang bersuara sedap ni tentunya akan kenakan bayaran atau upah atas kapasiti beliau sebagai vokalis dalam lagu tersebut.Mungkin pihak sayugia akan sediakan bajet untuk itu bila tiba masanya nanti.Kalo tak, cam biasalah, tuan punya lagulah nyanyi even ramai yang kata tak sedap hahaha… Alasan yang selalu Sayugia bagi apabila ditanya mengenai vokal, biasalah group ‘indie’ haha.. maka suara pun tak mampu untuk ke ‘mainstream’, dan ‘indie’ band bawah tanah rata-rata (tak semua) standardnya memang cenggitu huhu..

Walaubagaimanapun, terima kasih tidak terhingga kepada cik liza kerana begitu concern dengan masalah yang dihadapi oleh sayugia iaitu mengenai ‘vokal’.So untuk next karya, akan diperbaiki lagi mutu vokal dan juga akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan vokalis yang bersesuaian.

Kepada siapa yang sudi/atau berminat untuk menjadi vokalis SUKARELA sayugia bolehlah antaq minus one huhu..kalo sesuai dengan muzik dan tone sayugia kita proceed. Sayugia belum ada bajet untuk bayar upah untuk vokalis huhu.

Facebook comments: