Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Moga semua sihat-sihat belaka di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini.Ok mari kita sambung kisah sambutan tahun baru di penang yang mana ianya berlangsung minggu lepas.Kepada sesapa yang baru mengetahui kisah ini.Maka bolehlah baca part yang sebelumnya untuk dapatkan gambaran hehe.So anda semua boleh baca part 1 kat sini dan part 2 kat sini.So part 3 aku dan kengkawan begerak ke tapak yang bertempatnya pentas untuk acara countdown.

So lepas pusing sana pusing sini abih sahaja lagu Dragon Red didendangkan di atas pentas.Aku pun berlegar-legar mencari tandas.Mak aiih takdak beb tandas pompuan ja.Todiaa sekali tengok tandas pompuan tak hingat orang dok beratoq serupa orang beratoq nak beli nasi lemak kukus.Sapa yang rasa nak buang ayaq besaq taktau la camana azab huhu.Rujuk video di bawah huhu.Sambil-sambil aku pusing keliling mencari tandas maka kedengaran KM Penang menyanyikan lagu Rasa Sayang huhu.Ayat yang aku tetarik “Amar makruf nahi mungkar..” Huhu layan je janji bunyi drum best.(blog aku ni bukan blog politik huhu so kalo sapa-sapa nak bagi komen berunsurkan politik kepartian tu simpan le komen bernas anda tu kat blog politik laen)

Pikiaq pi pikiaq mai last-last aku tahan la kejap nak membuang dek kerana countdown pun tinggal beberapa minit saja lagi.Rugi la tak dapat tengok bunga api hehe.So di celah-celah lautan manusia tu aku menyusup best spot untuk aku rakam percikan dan pemandangan cantek bunga api nanti.So cam biasa lets the video tell a thousand story..hayati video di bawah

Facebook comments: