Yaa salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com hehe… Jauh di sudut hati, aku sememangnya ingin menumpukan sepenuh jiwa dan raga dalam memastikan blog ini sentiasa berupdate selain menambah koleksi entri yang aku rasa best untuk tulis.Andai kata sumber income solely datang dari blog ni kan ke best hoho! Tapi aku sememangnya tengah berusaha untuk mengemaskini blog kerja lain yang mana lebih penting untuk sumber income mendatang.Atau dengan lebih tepat lagi untuk hasil ‘tuaian’ di masa akan datang.. maka perlu berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang.Hasilnya akan dapat diperolehi dalam tempoh 6-7 bulan akan datang.

Bergelar sebagai internet marketer bukannya mudah.Otak hari-hari kena berfikir.Lain le kalo makan gaji.Lapang di dada tanpa serabut kepala hoho, hujung bulan gaji masuk ye tak.Tapi tengok jugaklah anda kerja apa kan huhu.Skop sebagai internet marketer dan disamping blogger sangatlah luas.Industri ni sangatlahh luas.Banyak skop kerja anda boleh buat dan juga banyak peluang tersedia depan mata.Antara mahu atau tidak sahaja.Prinsip asas kerja aku, apa-apa kerja mesti ada ‘backup’ untuk sekurang-kurangnya 3 month advance.Tetapi paling standard selalunya orang akan jadualkan one month advance hehe cuma cara aku ja berbeza sedikit.Sebab biasa la time duration 3 month advance tu lah aku berfoya-foya dengan men game PC/android/PS, masuk studio jamming, layan movie, jalan-jalan dan lain-lain aktiviti lagha huhu~! That’s the reason aku lambat berjaya, so jangan contohi aku yek.

Tentu ada yang tertanya-tanya apakah skop yang ada dalam bidang (internet marketing) ni? Mengapa aku minat sangat bidang ni? Hohoho… sila baca dan belek entri-entri aku yang lepas mengapa aku sangat jatuh hati dalam bidang ni.Skop atau prospek income terbahagi kepada dua iaitu aktif income dan pasif income.Aku takkan becerita secara detail cukup le secara umum.Nanti bila ada kelapangan dan ‘kerja-kerja’ penting aku yang lain dah siap maka boleh la kot aku menulis bab-bab ni.Aku sebenarnya lebih suka low profile… dan bila ada mood sahaja aku akan menulis berkaitan kerja aku ini.Sebab kalo takdak orang tahu pun takpe, orang tahu pun takpe… takdak sapa tahu lagi baik hehe… Lain lah kalo aku buat kerja MLM haaa tu kot la pulun nak cerita kat satu dunia takpun tempek kejayaan tak abih-abih kat wall facebook dengan harapan downline pulun nak masuk… ntah ler sejak dua menjak ni aku jadi hangat hati dengan penggiat MLM huhu terutama yang suka kondem orang makan gaji.. rasa macam nak penampaq ja.

Ok kita kembali ke topik perbincangan sebenar dunia IM (internet marketing) iaitu dari aspek aktif income dan pasif income.Aku tak akan bercerita secara details hehe.. hanya bingkisan umum

Aktif Income (kerja keras sepuluh jari menekan keyboard dan punat mouse)

–  buat servis bangunkan laman web atau blog berasaskan CMS (content management system) terutamanya WP, Joomla, dan sebagainya

–  servis menulis artikel, SEO optimized artikel paling menguntungkan, dan ada writer dari negara India mampu hidup hanya dengan menjadi penulis artikel

–  servis buat backlink, servis ni paling tip top dikalangan IM seantero dunia hehe… cara paling cepat dan buat duit kat internet  hehe.. TAPI bukan semudah itu. Untuk servis kualiti tinggi dan juga pulangan yang tinggi, anda perlu studi, studi, studi dan terus studi hehe.. ada yang mengkaji hampir 5 tahun baru berani buka servis ni di arena antarabangsa. Dan ada juga yang buat servis hanya sebagai tukang tempek backlink.. berkenaan dengan servis buat backlink sahaja kalo cerita tahun depan malam raya belum tentu abih hehe.. cukup setakat ini

–  review product, ramai yang tidak tahu potensi blog sebagai platform untuk review product, bab ni 8 hari 8 malam cerita pun takkan abih punya hehe

–  forum poster, blog commenting, proxy list dan bla bla blaaaa… banyak sangat weh. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Huhu buka minda anda, berfikirlah di luar kotak, jenguk-jenguklah pasaran antarabangsa, hoho tapi pasaran tempatan pun tak tergali ye tak peluang-peluang yang ada, manakan pasaran antarabangsa hoho

Pasif Income ( Tidoq pun duit masuk)

–  program PPC (seperti google adsense)

  affiliate network (apabila ada perkataan ‘network’ maka tentunya anda rasa ini program cam MLM tu. no way tidak sama sekali, aku benci MLM selamanya huhu! secara ringkas analogi, anda tolong promotekan barang orang, dan kalo terjual anda dapatlah komisen sedikit hasil kegigihan anda mempromosikan barangan tersebut, promosinya adalah secara online sahaja dan contoh lebih dekat seperti seorang salesman/promoter yang nak jual walkman, atau jual handset, maka pong pang pong pang si salesman tu cerita kebaikan dan kesempoian barang tersebut, maka anda pun beli, maka si promoter/salesman/salesgirl tadi dapat la komisen sikit dari usaha dia mempromosikan barang itu)

–  blog network (wahh blog pun ada leh network ke hahaha… ni nanti aku cerita lain yek di lain entri hehehe)

–  dan belambak lagi, yang aku sendiri tak larat nak tulis kang hehe

Apa yang penting kat sini ialah KAJI dan SELIDIK lah apa pun bidang kerja di internet ni… pertamanya mestilah ianya HALAL dari segi SYARAK dan tidak menganiayai pihak lain.Dan apa yang paling penting sekali ialah ILMU di dada.. jangan ceburi bidang ini jika belum cukup ilmu di dada.. Lebih-lebih kalo anda ingin jadikan satu kerjaya sepenuh masa.. Memang anda lihat seronok bila mana internet marketer ada yang menjana ribuan ringgit malahan puluhan ribu sebulan, tapi adakah anda pernah bertanya kisah disebalik kejayaan mereka itu? Kesusahan yang mereka alami dan keperitan menimba ilmu siang dan malam? Berapa kali kah diorang penah fail dan give up di tengah jalan? Maka renung-renungkanlah..

Aku bercadang bulan ni nak menumpukan hal mengenai karya terbaru Sayugia.. tiba-tiba ada lagi job baru masuk, rezeki Alhamdulillah. So aku hold jap projek Sayugia… dah lama sungguh aku tak update pasal Sayugia.. aku tak pernah melupakan minat aku yang dah sebati dengan jiwa aku itu… cuma aku perlukan masa huhu! i have to make sure 3 month advance work completed.. so after that boleh tumpu Sayugia…. Masa itu emas dan sesungguhnya manusia kerugian. Hohoho.. aku lah tu termasuk dalam golongan manusia yang kerugian sebab baru-baru ni aku jadi galak sekejap men game PC Need For Speed The Run sampai keja lain aku terabai huhu! Now let’s get back to work! Akhirnya dapat gak lepas rindu jap menulis entri terbaru.

P/S : Gambar di atas bukan workstation aku hehe.. tu bilik study member aku, saja belagak lebih hahaha.

 

Facebook comments: