cpudesktoppc
Salam semua kepada pembaca setia aimannajmy dot com huhu.. Nampaknya banyak kerja aku dah terbantut dan apa yang aku rancangkan bulan lepas tidak dapat dilaksanakan pada bulan ini.Sangat la mengecewakan dan menggeramkan hawa nafsu kemarahan aku ke tahap HULK disebabkan hard disk aku tetiba rosak dengan erti kata lain tak dapat read data-data.Yang paling tak best banyak data-data penting aku simpan dalam C drive yakni dalam hard disk partition system hilang begitu sahaja bak angin yang berlalu.Sebelum berlakunya kerosakan ini, aku ada la backup sikit-sikit data-data yang agak penting dan berkaitan ke dalam DVD.Ketika itu pada bulan puasa lepas.. aku rasa tetiba ja aku nak backup sedikit sebanyak gambaq-gambaq yang aku dah amik sepanjang 2 tahun yang lalu yakni semenjak PC ini dibeli dan dicustom pada tahun 2010.Tup- tup perkara ni berlaku…

Yang aku dah backup adalah gambaq-gambaq tapi data berkaitan keja IM aku takla backup aduiii la.Biasa la kan.. selalu standard bila save document word atau document microsoft office memang klik saja ‘tab save’ tu konpem otomatik ke folder dokumen dalam drive C.Time aku backup gambaq bulan puasa lepas.. aku dah niat nak backup dokumen penting berkaitan keja sekali tiba camna ntah aku leh ralit terlupa pastu tak backup lak.. last tangguh punya tangguh maka terima balasannya.. padan muka.Huhu mula-mula aku menyesal gak la.. pikiaq balik, dah salah aku.. buat apa aku nak sesal dulu kemudian tak guna ye tak… kira balasan lah terhadap perbuatan procrastinate aku tu.Tuhan nak tunjuk.. moga aku insap dan pasni lebih berhati-hati memikirkan backup plan if something happen. I learnt from the lesson now.. what ever you do.. always have backup plan.

Rasanya pasni aku akan lebih mempraktikan atau membiasakan diri save data ke pengkalan data online sama seperti dropbox.Lebih secured for the future mistake that i maybe make.. dan aku rasa nak custom PC baru lah.Dah tension tengok PC lama ni haha.. sebenarnya bukannya aku take for granted berkenaan hard disk aku tu.. dah macam-macam cara aku buat kot.Dah rongkah abih semua dah cpu aku tu.Macam-macam cara aku dah retiaq (bahasa kedah) tapi dah buntu sekali huhu.. aku bukannya pakar hardware atau pakar penggali data yang hilang huhu.

Segalanya bermula begini, atau rentetan berlakunya kejadian hard disk aku rosak pabila aku menyedari ada sedikit kelembapan atau kelampian ketika menjalankan aktiviti browsing, typing, dan kliking.Mula tu aku suspek… “Eh ni sebab virus kot pc aku lembap gilosss ni…” Ataupun maybe sebab aku tak restart pc sebab lama guna huhu.. dah jadi habit aku on pc sampai 2-3 hari.Aku pun takpa la.. biaq ja la.Dalam hati berkata.. maybe just minor kot.. esok-esok lusa ok la kot.. Hurmm… tetiba dari hari ke hari makin ketara kelembaban atau ke’slow’an pc aku ni.. nak tab dari browser ke browser jadi cam stuck between 2-3 second camtu.. patut nak tekan tab browsing.. sepantas kentut je.. ni tidak.. pastu dah mula nak masuk ‘my computer’ pun jadi lama dia nak loading.. masuk folder apa sahaja jadi cam agak lampi dia nak open.. aku dah mula curiga.. dari sikit-sikit slow terus jadi segenap segi slow pulak dah..

Atas sebab ke’slow’an itu.. aku pun try and error.. scan virus semua folder dan drive la.. defrag semua hard disk la.. restart 2 -3 kali lah.Pastu tetiba sekejap cam ok lepas defrag.. sekali pastu nahaii.. aku nak on terus tak leh dan kuaq message CHKDSK cam kat bawah..

CHKDSKerrorDah sampai jemu aku restart asyik dok kuaq mesej ni dan lepas dia abih checking apa¬† kebenda ntah.. pastu masuk balik benda yang sama dok check balik.. dok ulang-ulang.. window takleh masuk.. uhhh aku pun tension.. arghh ye la sampai bila nak masuk start up window pun tak boleh-boleh asyik dok CHKDSK ni saja.. maka aku bertekad.. baik aku format saja lah senang.. atau repair the window.So aku pun tekan delete time restart pc dan setkan dvd sebagai prioriti untuk boot supaya leh aku masuk cd window nanti.Maka nak repair window pun takleh… aku pun format sahajalah.. gamble.. nak format buh window baru pun problem.. file window takleh copy.. copy sekerat pastu dah takleh.. sampai aku biar semalaman.. esok pagi tengok mak aihh tak abih lagi window file dok copying.. apa kejadahnya format pc semalaman huhu.. aku pun off pc.. pastu biar kemarahan aku redha esok tu aku format tetiba berjaya.. wah lega aku data drive lain boleh selamatkan ye tak.. drive C dah selamat abih…sekali ku sangkakan hujan sampai esok pagi rupanya tak sampai-sampai.. aku saja-saja restart balik makk aihh.. mesej yang sama dok kuar dan window pun takleh masuk walaupun aku dah format window baru… memang sah hard disk ni problem!

Aku pun takleh nak buat ape dah.. nak masuk balik pun takleh.. satu cara yang boleh aku buat untuk grab data balik adalah beli cable yang leh cucuk ke laptop ke untuk try tengok amik balik data kot-kot la dapat kan.. macam-macam software yang member aku suggest.. tengok nanti camana aku cuba.. walaupun C dah selamat takleh nak buat apa.. drive lain pun masa aku bukak (time masa berjaya format kejap) pun masih hang dan juga dah terabih format sekali.. walhal patut drive C je efek bila format window baru.. ni dekat drive D pun bersangkut jugak.. drive E aku selamat la gak… yang tak best drive E untuk entertainment… movie, lagu apa semua.. aduii yang drive pasal berkaitan kerja yang tu nak jahanam.. erkhhh!!! however.. past is past kan, nak wat camne.

connectionhddkecpu
So sebagai solution aku grab hard disk laptop aku dan test tengok kat cpu desktop aku.. kot la kan… bukan sebab masalah hard disk.. maybe cable ke mother board ke huhuhu.. sekali bila mana aku test guna hard disk laptop… sekali sahaja dah boleh masuk window baru tanpa sebarang masalah… memang sah-sah hard disk pc desktop aku berjuta bad sector ada dalam tu.Dan rasanya tak perlu ragu lagi aku perlu beli baru hard disk SATA 3.5.Hard disk cpu aku tu western digital kaler hijau.. depa kata.. taktau la kan.. depa la kata.. kalo beli hard disk WD kaler hitam tahan lama sikit.. waranti 5 tahun.. yang WD kaler hijau ni dan juga satu lagi kaler biru.. waranti dia 2 tahun ja.. aku pun tak pasti la aku dok dengaq orang pandai bab hardware kepiter dok sembang haha..taktau la kot depa pun sembang kemas kaa.. member aku cakap ada orang buat repair servis selamatkan data hard disk.. hurmm buat masa ni takpelah kot.. aku pasrah je lahh.. sebab keja IM tu keja aku sendiri.. lain la kalo dokumen keja tu melibatkan syarikat rugi juta-juta.. takpun melibatkan kepentingan syarikat lain ler huhuhu…

hurmm
For what ever reason past is past k… huhuhu mari bina hidup baru dengan cpu baru haha.. aku bercadang nak tukaq cpu baru dengan lebih laju sebab nanti aku nak buat rendering video banyak nanti.. laju la sikit kan.. yang cpu lama aku ni.. memang sangat menyedihkan bila buka after effect nak render.. slow gila tahap cipan huhu… pastu kalo bukak 2 serentak adobe after effect ngan adobe premier.. terus lag dan hang huhu.Tengok nanti camana aku tengah kumpui bajet.. buat masa ni stay dulu apa yang ada.. banyak benda nak kena buat balik berkaitan keja IM aku ni.. dah tu material sayugia juga habih punah ranah.. nasib baik dalam kepala otak ada ingat juga sikit-sikit..

Aku baru sahaja nak bergiat aktif balik dengan blog personal ni.. tiba dugaan datang menimpa.. tapi takpa.. aku terima sebagai satu cabaran dalam hidup ini.. segala yang berlaku ada hikmahnya.. berjumpa ni next entri.. tapi slow sikit kot aku update huhu.. tengah setting balik keja-keja IM aku sat.Sekian saja.. wassalam.

Facebook comments: