Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Moga sihat-sihat belaka dalam meniti hari-hari untuk menuju ke tahun baru yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi.So apa azam anda tahun 2011.Adakah anda sudah sematkan di jiwa dan sanubari anda itu? Err adakah azam tahun lepas anda sudah tercapai dan berhasrat untuk extend azam anda itu untuk tahun yang berikutnya? So walau apa pun azam anda sama ada capai atau tidak apabila menjelangnya tahun baru umur kita pun makin bertambah dan melewati usia di waktu muda ini (kalau anda masih golongan muda) apakah yang anda inginkan dalam kehidupan.So sama-samalah kita mencapai hasrat dan impian masing dengan keazaman yang sungguh tinggi menjelang tahun baru ni.

Seperti biasa pendahuluan coretan aku mesti akan out of topic dulu pastu baru masuk bab tajuk utama hehe.So aku berhenti sekejap dari berkarya mencipta lagu kerana untuk memberikan laluan kepada renovation sayugia studios.Sayugia studio kini dalam proses baik pulih dan pembinaan semula interior design serta penstrukturan semula susun atur gadget-gadget yang ada dalam studio ini.Banyak benda dalam proses on-going sebenarnya.Mengecat,mengetuk, menampal, menempek, melahap dan sebagainya.So makan masa untuk disiapkan segalanya itu.

Kalau mereka yang pernah mengikuti perkembangan sayugia, setiap sebulan atau paling koman 2 bulan sekali mesti perasan aku akan muncul dengan karya terbaru.Sama seperti tagline blog ni dulu (skang dah di ubah) kalau anda perasanlah.So sekarang stop kejap nak bagi laluan kepada renovation studio.Senarai lagu-lagu baru ada banyak lagi yang belum rakam so sabar ye huhu.The renovation maybe take a little time.So layan dulu lagu-lagu sayugia yang ada.Maybe lepas ni aku and the crew nak tumpu bab penghasilan videoklip pulak kot.So the timeline yang aku rancangkan adalah seperti berikut sebelum karya terbaru lain release..

First siapkan sepenuhnya renovation studio dulu, kemudian teruskan dengan dua projek videoklip, kemudian dah release videoklip barulah start a new material means rakam karya terbaru.Mengikut timeline harap bulan ni jugak dapat siap renovate studio sepenuhnya serta release satu videoklip dulu (pra produksi dah siap).Kemudian maybe next year tuh muncul dengan videoklip seterusnya dan karya terbaru.So ni apa yang aku rancangkan je lah.Kalau kontraktor buat hal delay lagi projek so terextend masa lagi.Aku malas nak cerita pasal kontraktor buat hal walaupun aku rasa nak lepas geram cerita kat blog ni.Alamak aku termelalut pulak.. Tutup topik pasai kontraktor..! kang termelalut susah.Sensitif issues.

Ok bagi yang ternanti-nantikan karya aku yang seterusnya (err ada ke…) besabarlah ye.Senarai menunggu lagu-lagu baru yang akan masuk studio untuk dirakamkan sudah ada.Keadaan seperti yang telah diterangkan di atas tidak mengizinkan.Apa-apa updates terkini akan diberitahu melalui blog ini.So nantikan yaaaaa…!!

Facebook comments: