Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Miss A.T.Mari kita ikuti penulisan beliau mengenai kasih seorang bapa.

Minggu ini saya memilih tajuk kasih seorang bapa. Tanpa bapa, tidakkan wujudlah kita di dunia.  Dua buah cerita di bawah sebagai teladan untuk kita.

Seorang kenalan keluarga saya, seorang lelaki berusia awal 60-an. Pesara kakitangan kerajaan. Dahulu, saya ingat pak cik ini memang dibuang oleh keluarga tapi saya mendapat tahu kisah pak cik Z ini bermula apabila dia berhajat untuk berkahwin lain. Kekasih pak cik ini yang berusia lewat 20-an telah memberi pilihan kepada pak cik ini untuk memilih dia atau keluarga pak cik ini. Dek amukan cinta kedua, dia menceraikan isterinya dan meninggalkan anak-anak seramai tiga orang yang meningkat remaja. Setelah hampir belasan tahun, pak cik Z tidak dikurniakan anak melalui perkahwinan keduanya. Hubungannya dengan bekas isteri dan anak-anak kembali pulih setelah anak-anak mereka berkahwin. Namun, anak-anak masih terasa dengan perbuatannya.

Daripada kisah pak cik Z, saya dapat merasakan bahawa anak-anaknya masih kecewa dengannya. Anak-anak mana tak sedih kalau bapa mereka meninggalkan mereka setelah berbelas-belas tahun hidup bersama.

Kisah kedua pula, saya mengenali pak cik ini kerana isterinya rakan ibu saya. Saya kasihan melihat isterinya sibuk mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Suaminya pula sibuk lepak di kedai makan atau rumah rakan. Bukan saya ingin mengaib dia tapi saya sedih melihat dia mengabaikan tanggungjawabnya. Anak-anak pula terpaksa berkerja semasa cuti sekolah untuk mencari wang untuk persekolahan. Kasihan mereka. Kadang-kadang terfikir saya, tak malukah dia makan hasil kerja anak isterinya sedangkan bapa lain bertungkus lumus menyara keluarga masing-masing???!!!

Apa yang saya boleh rumuskan daripada pemerhatian yang saya lihat berkenaan cerita di atas, anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku bapa mereka. Jika bapa mereka tidak bekerja serta mengharap si isteri bekerja, anak-anak akan hilang hormat kepada bapa.

Tugas seorang bapa ialah memberi kasih sayang sewaktu anak-anak kecil dan bersahabat dengan anak-anak ketika mereka sudah besar. Memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak. Apabila memberi anak-anak sesuatu, usahakanlah agar sama rata dan jangan membeza-bezakan antara anak yang satu dengan yang lain.

‘sesungguhnya seseorang mendidik anaknya itu lebih daripada bersedekah satu sha’

~ Rawahul Tirmizi~

Facebook comments: