Sudah lama topik jalan-jalan tidak di update, so di kala aku mempunyai mood untuk menulis maka aku ingin bercerita sedikit pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak pada hari Sabtu lepas iaitu 8/4/17 di Stadium Darul Aman. Perlawanan Liga Super yang diadakan adalah di antara pasukan Kedah FA menentang PKNS.Sudah semestinya aku merupakan penyokong tegar pasukan Kedah iaitu negeri kelahiran aku dan telah lebih 30 tahun membesar di sini. Ketika kecil aku membesar menyaksikan perlawanan pasukan Kedah dan lagu Biar Jasa Jadi Kenangan sentiasa berada di hati jika mengenangkan pasukan negeri Kedah.Zaman yang paling diingati tentulah ketika era masa aku darjah 1 atau 2 camtu kalau tak silap. Masa tu era Robert Alberts jadi coach sekitar tahun 1993 dan 1992 camtu. Yelah time tu kan, hiburan selain harap TV, Radio, dan juga majalah Gila-gila, tengok bola juga merupakan suatu hiburan yang sangat dinantikan setiap kali ada perlawanan. Dulu kalau boleh dok dengaq kat radio pun dah kira syok gila, berdebaq gila dengaq DJ radio dok mengulas secara terperinci. Aku boleh ingat sangat dan terimbau kenangan time era 1992 dan 1993 tu bukan apa, era tu macam kemuncak gila kehebatan pasukan Kedah, aku pulak time tu baru kenai dunia, yelah darjah 1 camtu pastu kawan2 sekelas dok fanatik main bola stail guna manila kad pastu lipat dua, dok follow tengok orang dan sangat meriah time tu.

Dan lepas menang Piala Malaysia tahun 1993 tu, macam-macam isu melanda arena bola sepak tanah air ketika itu, dan pasukan Kedah juga dari tahun ke tahun prestasi tidak konsisten, dan adakala naik sat, takpun jatuh sat, tak segah era 1992/1993.Sehinggalah pada era 2007, haa time tu aku kat Universiti, haaa time tu Kedah dah start menunjukkan taring dan memang Kedah time tu berada di kemuncak takhta apabila memenangi kedua Piala FA dan Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut dan di gelar juara Double Treble di bawah bimbingan coach Azraai Khor. Maka biasa lah, langit tak selalu cerah, mendung tak selalu hujan, ehhh apa betoi ka pepatah aku ni haha, main hentam ikut dan haha. So bermula pada tahun 2009, maka bermula kembali era ketidak konsistenan prestasi pasukan Kedah, naik turun naik turun dan merudum hingga ke Liga Perdana. Pendek cerita, di bawah era coach Tan Cheng Hoe (yang juga bekas pemain Kedah era 90an) Kedah mula bangkit dengan gahnya, dari Liga Perdana ke Liga Super dan mengorak langkah ke final Piala Malaysia 2015 (naibjohan) dan seterusnya menjuarai Piala Malaysia pada tahun lepas (2016). So nak cerita sejarah pasukan Kedah dan pencapaian ni, ish banyak perenggan kot nak karang, silap-silap 8 hari 8 malam tak abis hahahah. Tu belum sentuh bab pemain-pemain favorite pada era masing-masing.Tapi kalau bercerita tentang era terkini, era millenium, era kebangkitan Kedah 2000an, tentunya watak-watak seperi Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Helmi dan banyak lagi sentiasa menjadi sandaran penting peminat setia hijau kuning.

Maka takat tu ja la kot pembuka pembicara huhu, nak sembang sejarah tudiaaa, lepak kedai kopi boleh la kot pong pang pong pang hahaha. Nak tahu details pakcik Google kan ada huhu. Sapa yang mengikuti berita perkembangan bola sepak negara tentu sedia maklum tentang situasi coach Kedah sekarang iaitu Tan Cheng Hoe. Beliau dikhabarkan akan menjadi pembantu kepada National Coach iaitu Gomez. Tetapi aku pun tak sure, setakat perkembangan terkini yang aku sedia maklum, keputusan muktamad perpindahan belum dibuat dan aku cuma berharap at least coach Kedah dapat menghabiskan baki saingan Piala FA setidak-tidaknya sebelum perpindahan membantu pasukan kebangsaan menjadi kenyataan. So nak sembang panjang pun tak guna, meh kita bercerita tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.

Aku bersama 4 orang rakan aku, iaitu Mat, Mufti, Game Besa, dan juga Arn sampai di perkarangan stadium darul aman sekitar pukoi 5 lebih camtu. Orang pun dah sedikit demi sedikit mula membanjiri area stadium.Bab parking memang kena parking area-area sekitar stadium tu lahh. Kami parking di belakang bangunan yang kat dalam gambar kat atas. Ketika sampai belakang tu baru ada 2 -3 biji kereta. Menurut member aku yang sememangnya otai atau memang tegar pi stadium iaitu Mufti. Sememangnya nanti makin lama masa berjalan, kedudukan parking boleh mencecah 2 line, atau bertindan dan konpem if emergency nak guna kereta ka apa ka, memang kena tunggu perlawanan bola sampai abis la gamaknya baru boleh keluaq parking.Di sekitar kawasan stadium tu juga ada taman atau tempat beriadah.

Dari kiri, Arn, Game Besa, Mat dan juga Mufti. Aku? Aku yang tangkap gambar tu haha. Memandangkan kami dah beli tiket secara online, so segalanya mudah, takyah beratoq ka apa ka, tapi kena cepat la beli dekat stubapp. Beli tiket bola online kalu lambat saja, abis la, memang pisang goreng panas. Kena pulak musim ni pasukan Kedah tengah berada pada kemuncak Liga Super. Sampai awai bukan apa, saja boleh meronda-ronda gerai jualan di sekitar stadium.

So macam biasa lah, setiap kali ada perlawanan bola sepak. memang area sekitar stadium memang sangat meriah dengan pelbagai gerai jualan makanan dan minuman serta untuk dapatkan jersi pasukan Kedah. So meh usya-usya awek makanan ka apa sementara menunggu waktu pintu masuk stadium dibuka.

Banyak gerai jualan jersi ni, kena pandai tawaq la orang kata. Sebelum mai aku dah beli dah melalui member aku juga si Mut tu, so takdak la rasa kepingin sangat nak beli.

Semakin lama pusing area stadium tu, makin ramai orang dah start berkumpoi menunggu untuk masuk ke dalam stadium. Di mana-mana boleh kelihatan banner memperingatkan kuaci tidak dibenarkan masuk sama sekali. Maybe sebab orang dok baling kulit kuaci time score goal ka huhu, nak bersih satu hal nak kena sapu merata, besaqq kot area stadium, jenuh nak menyapu haha. Aku rasa la, sebab musabab lain aku tak sure huhu. Tapi kalo makanan lain, ayaq ka (tanpa penutup), burger ka, haa tu boleh bok masuk takdak masalah huhu.

Macam-macam adaaaa……kalau pandai cari maybe boleh dapat design jersi lama, kot2 nak buat koleksi hehe.

Antara mechandise atau mafla yang dijual. Macam-macam saiz dan harga, ikut keperluan dan bajet. Kot-kot nak buat lap peluh haha.

Dah alang-alang mai stadium, kawan-kawan aku dengan tanpa membuang masa membeli mafla sebagai kenangan dan juga sebagai buat lap peluh kat lehiaq huhu.Standard yang sempoi skit dan tebai sikit kain dia, hega range dalam RM45 camtu. Boleh tawaq lagi rasa. Dia letak ja hega camtu hehe.

Tudiaaaaaaaaaaa penyokong tegar pasukan kedah, segak bergaya dengan mafla yang baru dibeli haha.Suasana makin merenyut dengan kehadiran fans dari serata Kedah.

Awan mendung mula berarak dan sememangnya aku menjangkakan perlawanan nanti akan berlangsung dalam keadaan hujan. Mujurlah tiket online yang dibeli adalah tiket berbumbung dan bukannya kawasan terbuka. Kalau tidak lencun dibuatnya

Di belakang kelihatan awek-awek Kedah, eh silap haha, di belakang tu nak habaq adalah pintu masuk bagi mereka yang telah membeli tiket secara online. Ada banyak pintu masuk so kena tengok dan baca signboard yang dipaparkan.Apa yang perlu hanyalah perlu tunjuk QR code untuk discan penjaga tiket dan kemudian sebelum boleh melepasi tangga untuk naik ke kawasan berbumbung, anda akan dispot check dahulu kot-kot anda membawa barangan terlarang masuk ke dalam.

Kami masuk ke dalam pun dalam lebih kurang pukoi 630 lebih, ketika matahari mula dah nak terbenam. So tunggu ja la, tak buat apa. Sambil minum ayaq, usya awek gelagat penyokong dan kedudukan tempat mengikut konsep, first come first serve, sapa cepat dia dapat hehe.

Tempat yang kami pilih betoi-betoi tengah area berbumbung tu. Dari tempat duduk tu boleh nampak menara Alor Setar yang tersergam indah hehe. Masuk awai-awai ni bukan apa, nak cari tempat view sempoi hehe.

Berharap kot-kot ada gadis-gadis memilih untuk duduk di sebelah kerusi-kerusi kosong, tapi tula memandangkan, niat tak baik dari awai haha, yang mai duduk pastu adalah famili dan kanak-kanak huhu.

Tunggu punya tunggu, dapat juga lah menghayati keindahan ciptaan Tuhan, langit dan awan yang memukau suasana ketika matahari dah mula start terbenam. Surau ada disediakan di bawah, so bab nak solat maghrib sebelum nak tengok bola, tu takdak masalah, cuma mau dengan tak mau ja solat huhu.

Ketika maghrib mula menjelma, orang dah start ramai, dari view sini anda boleh lihat beberapa kali kapal terbang melepasi ruang udara.

Tadaaaa… pukoi 830 malam dah full packed puluhan ribu manusia membanjiri tempat duduk.

Kedudukan tempat yang aku duduk tu, betoi-betoi berhadapan dengan pasukan gendang yang memalukan gendang dengan ritma tersendiri dalam menyuntik semangat peminat Kedah untuk terus memberikan sokongan.Kalau takdak pasukan gendang, uiishhhh feel sangat lain, bunyi gendang ni macam lagu semangat dan perlawanan yang kita tengok rasa macam sangat mendebarkan dan dramatik sekali.Serupa filem aksi kalo takdak bunyi, mana best betoi dak hehe.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat, nak kata lebat sangat pun tidak, maybe renyai-renyai dan kadang-kadang lebat sedikit. Kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan berhati-hati ekoran padang yang lecak dan mudah terjatuh.Apa yang aku dapat bagi ulasan, Kedah menguasai perlawanan dan hanya sekali sekala PKNS memulakan serangan.

Kedudukan berakhir dengan seri, dan banyak juga isu-isu kontroversi di padang. Letih juga menjerit dan ada juga yang maki hamun hahaha.. besa la.. macam tak besa tengok bola pulak kan hehe.. adat jerit-jerit dan maki bila tak puas hati hahaha. Ada yang sesetangah over react atau emosi haha. Gol Kedah oleh Zachary Anderson minit 36, dan sebelum PKNS buboh dulu melalui gol Lucas Espindola

Melewati untuk pulang dan melalui kawasan tempat kawasan terbuka, kelihatan banyak terdapat bekas ayaq bertaburan di trek dalam kawasan padang. Ianya macam lebih kurang tanda protes penyokong dan penonton terhadap keputusan pengadil dengan membaling cup ayaq. Video berdurasi 37 saat di bawah adalah sekadar gambaran suasana dalam stadium huhu.

Harapan aku musim ini, harap Kedah dapat mengulangi juara double treble. Harap Tan Cheng Hoe terus mengemudi Kedah di atas prestasi cemerlang beliau musim lepas. Dan harap ramai pemain Kedah terpilih menyertai skuad kebangsaan. Maka itu saja entri aku pada kali ini,bertemu kita di entri lain pula. Pulun Kedah Pulun. Akhir kata, mari sama-sama nyanyi lagu tema pasukan Kedah dalam hati huhuhu.

 

Facebook comments: