Pada setiap tahun sememangnya geng Bedongan akan mengadakan aktiviti bersuka ria dan gathering sekali sementelah persahabatan yang terjalin sejak zaman sekolah rendah lagi.Apa dan siapa sebenarnya geng Bedongan? Untuk menjelaskan dan menakrifkan istilah Bedongan dengan lebih jitu dan tepat.Izinkan aku singkap kembali sejarah pembentukan geng Bedongan yang mana ianya bermula pada akhir-akhir atau fasa akhir abad ke 20.Bedongan bermaksud mereka yang lahir di Bedong dan menetap di Bedong dan bersekolah di Bedong.Bedong adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Gurun dan Sungai Petani.Better check sendiri Google Map huhu.So sememangnya kesemua ahli geng Bedongan penah menetap dan bersekolah di Bedong sama ada rendah atau menengah (vice versa).So persahabatan yang terjalin since sekolah rendah.. sedari dari kecik cinonet sampai ke alam tua bangka sekarang.So kesemua geng-geng Bedongan melalui fasa-fasa kehidupan bersama-sama yakni zaman kanak-kanak kandos… ke zaman akil baliaq.. ke zaman dewasa.. then ke zaman hampir penghujung lewat 20an.Dan lantaran dari itu aktiviti gathering kerap dilakukan bersama demi menjamin ukhwah yang telah terjalin sekian lama sehingga ke akhir hayat.

Sebenarnya trip percutian ni dah lama.. iaitu 2 Mei lepas iaitu mengambil kesempatan bersempena dengan cuti hari pekerja.. tapi tulah.. aku dok tangguh.. dan tangguh.. nak up post.. then tetiba malam ni rajin pulak nak menulis hehe.Kalo disingkap kembali.. kali terakhir aku berkunjung ke Cameron Highland ini pada ketika aku darjah 4.Lama tu beb.. dekat 20 tahun~!! haha.. aku ketika itu mengikuti rombongan sekolah dan aku masih ingat lagi memang 20 tahun dahulu punya persekitaran tersangatlah sejuk gilosss.. cakap sampai kuar asap.Trip aku kali ini setelah 20 tahun nampaknya takla begitu dasat sangat kesejukannya.. taktau la kan maybe ada time-time tertentu yang sememangnya cuacanya begitu sejuk dan cakap kuar asap haha.. apa pun time aku pergi haritu memang hujan tengah lebat.. berkabus jugaklah kawasan berbukit bukau tu.Bertolak pada pagi 2 Mei tu.. makan masa sekitar hampir-hampir 3 jam la jugak.Bertolak dari utara ni sudah tentunya kena melalui Simpang Pulai berbanding kalo datang dari arah KL yang mana ikut melalui Tapah.

Secara ‘pukui rata’nya.. percutian kali ini hanyalah 2 hari 1 malam dan tidak banyak destinasi yang sempat dikunjungi.Matlamat utama hanyalah berkumpul ramai-ramai.. sembang gelak-gelak santai sambil menikmati kesejukan dan feel berada di banjaran Titiwangsa hehe.So untuk olahan dengan lebih jitu.. maka biarlah gambar di bawah yang bercerita huhu..nak karang panjang-panjang takdak gambaq bukti tak syok pulak kan hehehe..

lelaki berkumpulan

Waktu jam 8 pagi.. 2 May. Jumaat.. semua berkumpul di stesen minyak Caltex dan berbincang segala gerak kerja atau jalan yang perlu dilalui dan seorang marshall perlu berada di hadapan sekali untuk ‘lead’ kereta lain di belakang.

Happy family bedongan

And……….. amik gambar dulu sebelum bertolak.. masing-masing bawak bini dan anak-anak.. hanya aku dengan memba aku belakang sekali tu ja bujang trang tang tang puihhhh~

Jalan ke cameron highland

Dalam menelusuri jalan yang berbukit-bukit dan berbengkok-bengkok… dapat kelihatan kabus tebal menyelubungi bukit bukau.. time ni bawak keta tak payah pasang aircond pun dah syiokk dah.. angin sejuk kot luaq mai.. cuma kadang-kadang tu.. besa la.. ada sikit tekanan dalam telinga bila naik tempat-tempat tinggi ni.. dia berdengung semacam huhu.

landslide cameron

Jalan yang berbukit bukit dan bersimpang siur ini pada satu tempat.. maybe beberapa belas kilometer sebelum nampak signboard Cameron Highland.. terdapat sedikit naik taraf dan pembinaan di area situ.. so hati-hati ek jangan dok bawak laju sangat noh.. dan dalam gambar di atas.. terdapat hakisan atau tanah runtuh yang dapat dilihat tak jauh dengan jalan yang dilalui.. tak pasti la kan sama ada purposely ditarah untuk naik taraf atau sememangnya musim hujan sedikit sebanyak menyebabkan hakisan tanah.

cameron highland signboard utama

Kona pi kona mai.. pusing pi pusing mai… ada sedikit pening-pening lalat dan akhirnya ketemu dengan signboard di atas.. so bermakna sudah sampei ke destinasi hehe

kelapa afrika cameron

So on the way ke Tanah Rata.. sememangnya jalan sesak.. biasalah musim cuti lagi kan.. tentu ramai yang pakat amik kesempatan.. nak syok pi cameron depa kata mai hari biase.. mean not weekend or cuti sekolah.. kalo nak mai jugak kenalah bersabar menahan jam yang boleh kata lama jugak lah kan sebelum sampai ke tempat penginapan masing-masing.So homestay yang kami akan duduk berada di Tanah Rata dan takjauh mana pun dari Taman Mardi.

Polis trafik malaysia sikh

Memandangkan jalan yang sedia dah sesak.. so dinasihatkan jangan buat pala tau ek double parking konon berenti jap beli buah strawberri ka.. sayur-sayuran ka.. polis traffik sentiasa menjalankan tugas huhu… ha sempat aku snap polis traffik sedang menulis untuk saman la kot agaknya hehe.. jarang dapat jumpa polis traffik berbangsa sikh hehe..

Taman Agro teknologi mardi cameron highland

Memandangkan homestay dekat sahaja dengan Taman Agroteknologi Mardi.. maka destinasi pertama setelah sampai adalah mengambil aroma sayuran-sayuran dan bunga-bungaan yang ditanam di sini sambil melayan kesejukkan yang mana ketika kami sampai.. hujan yang sangat lebat baru sahaja berenti.

Mardi cameron

Dalam taman Mardi cameron highland ini.. biasalah.. pelbagai jenis tanaman.. sayuran.. bungaan.. ibarat FarmVille yang dulu famous tu hoho.. bagi budak-budak. pelajar sekolah.. pelajar U dalam bidang pertanian ka.. memang ada something valueable bila berkunjung ke sini untuk belajar something yang baru.. bagi aku yang dah tua bangka ni hahaha.. banyak bergambar je lah.. then tengok pokok-pokok yang jarang nampak kat kampung halaman aku huhu.

Famili gathering photo Mardi camaeron

Bergambar sefamili beramei-ramei.. huhu.Time mai ni pun dah dekat pukul 5 petang.. pak guard dah sibuk-sibuk dok tunggu kat gate depan nak katop haha.. tapi takpa dia considerable person.. takdak masalah huhu.. ohh terlupa.. bayaran masuk untuk Taman Agroteknologi Mardi ni sebanyak Rm3.00 dewasa dan budak-budak RM1.50 kot.. lupa dah haha.. pasai aku mana ada bawak budak hahaha.

Teko Mardi agrotech

Terdapat juga replika Teko yang sangat besar.. maybe skala 1:100 bagi Godzilla kot haha.. boleh la jengoi kepala untuk rakamkan gambar kenangan huhu..

cameron jump

Lompat jangan tak lompat kehkehkeh~~ tak sangka di kala perut aku yang semakin bertambah dengan dasatnya.. aku mampu lompat setinggi itu haha.. lagipun aku kan ex skater.. konpom lah boleh loncat tinggi-tinggi ni haha

cameron bharat tanah rata

So selesai aktiviti melompat di Mardi.. sampai lenguh kaki (nak bagi jadi lompat tinggi).. maka destinasi seterusnya di Cameron Bharat kat Tanah Rata juga.. tempat untuk minum-minum teh sambil menjenguk ke persekitaran ladang teh yang berbukit bukau seperti merujuk kepada gambar di atas hehe.Boleh la kan…pi kat sini.. cari tempat atau sudut tak ramai orang.. sambil minum teh.. sambil lihat pemandangan hijau.. sambil berangan belakon dalam Ombak Rindu haha…tapi bila time weekend dengan cuti sekolah ni.. jangan haraplahhh nak dapat seat senang-senang.. kena Q tunggu orang beredar dulu baru leh amik seat.. takleh noh nak feeling-feeling tengok pemandangan huhu.

cameron valley tea time

Tapi seriously diingatkan.. lepak minum teh.. kat Teh Bharat Centre ni.. atau jenamanya Cameron Valley Tea.. bawaklah duit yang mencukupi haha.. ini bukan lepak minum teh kedai mamak.. boleh tambah-tambah 2 3 gelas haha.. harga segelas teh kosong pun dah mahal.. around 3.50 ke atas dan ke 5 hinggit ke atas ikut pada jenis Teh dan aroma.. dan kek-kek nya jugak mahal.. tapi orang punya la ramai mak datuk kalo time cuti.. besa la.. suma orang nak rasa feel minum teh sambil tengok ladang Teh yang membukit bukau haha.. hakikatnya rasanya takdak something yang special.. sama je macam teh kedai mamak tu.. taktau la kan lidah aku ni camana.. tapi rasa sama je haha.. cuma maybe pengalaman yang mahal adalah lokasi cafe ni terletak betul-betul berhadapan dengan ladang teh.

cactus farm cameron highland

Setelah melawat area Bharat Tea.. so destinasi seterusnya cari makan malam kata pekan Tanah Rata.. then balik lena.. letih driving saja huhu.. keesokkannya pulak.. pada sebelah pagi.. aktiviti pertama atau destinasi pertama dikunjungi adalah Cactus Farm.. yang terletak hmm alamak aku tak pasti le pulak.. area Tanah Rata la kot.. sebab tak jauh dari homestay……haha cerita pasai Cameron Highland ni apa yang aku ingat sama ada Tanah Rata atau Brinchang haha.. maybe ada lagi nama tempat yang lagi spesifik huhu.

alia cameron comel

Suasana dalam Cactus Farm… budak comel ni nama die Alia hehe.. anak kepada member aku huhu.

cantus farm

Haa ini adik alia dan bapak alia huhu.. actually boleh jugak beli2 cactus.. buat souvenir atau letak kat umah huhu

Cactus farm cameron

Bersama dengan Enchik Mufti.. tokan numismatik atau.. tokan pencari dan penjual duit-duit lama… beliau sangat otai area utara.. nak apa barang-barang rare hubungi beliau haha… apa pun member aku ni si Mufti aku dah berkawan since darjah 1.. DARJAH 1 beb.. lama tu hhaha so bertepatan dengan konsep pemahaman geng Bedongan hahaha.

cameron highland cactus farm

Selfie bersama dengan famili Enchik Ahmad.. atau senang dipanggil Mat Boleh haha.. ni pun kawan aku sejak sekolah rendah lagi.. since DERAJAH 1 haha.

cenderamata cameron highland

Haa dekat Cactus Farm ni jugak ada juai pelbagai barangan SUBINIA lain.. (souvenir saja buat pekat utara haha) key chain, teh boh.. magnet freeze dan macam-macam lagi lah… ada seketui singgit kebanyakkan.. yang besaq atau design cantik mahal sikit.. haa kalo nak beli bok balik kat tuk nek tuk wan.. pak mentua mak mentua.. anak-anak menakan.. pak2 menakan.. better amik sebakul terus haha.. takpun ceduk pakai penyeduk hahaha.

Ladang strawberi cameron

Setelah puas ronda-ronda di Cactus Farm.. masa untuk merasai pengalaman memetik Strawberi di ladang.. banyak sebenarnya strawberry park cameron highland yang menawarkan servis memetik sendiri.. farm yang aku pegi terletak dekat Brincang.Harga untuk 500 gram Strawberi adalah 30 ringgit.. masuk ke situ pandai-pandai lah cari yang beso-beso atau secara spontan rasa pun takpa aihh haha.. pekerja jaga situ tak elok skit dia dah suh buang.. hampeh.. bek makan je ye tak hahaha.

Ladang strawberri cameron highland

Pilih jangan tak pilih.. hakikat sebenarnya.. beli yang dah ready made petik lagi murah.. tapi tulah.. kalo pengalaman 1st time nak try why not hahaha… pasni kalo pegi aku tak try dah kot.. dah rasa dah haha.

strawberry farm cameron

Wowww ini yang masak ranummm hehe.. kena pandai cari.. mata kena leliaq sikit perati merata haha.. ada banyak section.. section yang kena block tu baru nak tumbuh.. kalo nak senang cerita.. suh pekerja tu guide tang mana section baru buka.

Strawberry park cameron highland

Hohhh posing le jugak.. pengalaman pertama gituuuu haha… pasni tak mai dah hahha.. beli yang dah ready made cukup hahaha… mahal tuuuuu 500 gram 30 hinggit…

kutip strawberi di ladang

Haaa lebih kurang banyak ni saja kalo 500 gram.. plus minus gitu hahah… buat orang perak buihh macam aku ni… tak penah try petik.. leh la kan.. rasai pengalaman pertama hehe

jalan tea boh centre cameron highland

Setelah abih aktiviti petik Strawberi aktiviti seterusnya tentunya melawat Teh Boh Centre Sungai Palas… DIINGATKAN DI SINI…… jalan menuju ke Teh Boh Sungai Palas ni sememangnya mencabar… kalo tak yakin takyah naik.. kerana dengan jalan yang sehala anda terpaksa berselisih dengan sempitnya.. ya DENGAN SEMPITNYA.. dan terpaksa tunggu giliran nak lalu.. tapi kalo dah pro dan yakin nak menyelit dengan jalan yang sangat sempit ok je beb.. haha.. member aku kereta dia dah kena senerih sikit haha.. so jaga-jaga ek hhaha.. nampak tak dalam gambar tu.. haa tu gambar tengah Q la tu.. yang nak turun dengan yang nak naik.. masing-masing perlu guna deria ke enam untuk agak sapa patut jalan dulu hahaha…

tea boh centre cameron sungai palas

Gedebuk gedebak.. pusing pi pusing mai..kona pi kona mai… akhirnya sampai juga.. apa pun still kena panjat tangga sikit nak naik ke atas Boh Centre tu haha.. nampak tak anjung kat hujung tu? haaaa itu adalah sweet spot nak lepak minum teh sambil lihat pemandangan ladang teh yang serba menghijau dan menggunung haha… gila cam biase lah.. pegi time cuti makk aihhh manusiaaa punya ramai.. takdak masa la ek nak tunggu Q semata-mata nak duduk kat ‘sweet spot’ tu haha.

Tea boh centre cameron highland

Tadaaa… signboard pintu masukk hehe.. sesungguhnya aku tak ingat langsung time aku darjah 4 mai sini ada singgah ke tidak Boh Centre ni haha.

tea Boh centre factory

Apa yang ada dalam Teh Boh Centre ni? hahaha.. pendek kata kilang Teh Boh dan segala produk berkaitan.. so bagi para pelajar best la kot mai tengok segala khazanah dan history Teh Boh factory yang dipaparkan dalam bentuk video dan juga pameran bergambar.

mamat hensem giler

Di belakang aku dipamerkan gambar-gambar sejarah ladang teh Boh.. sedari dari zaman British bawak ke skang hahah.

Tea Boh Centre Factory cameron highland

Tourist juga ramai.. kelihatan abam ni tengah speaking menerangkan sejarah penggunaan mesin lama… fluent BI abam ni.. hari2 explain benda yang sama ape hahaha

Tea boh cameron

Ketika hendak nak balik tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dengan sangat lebat haha.. so apa  boleh buat.. lepak saja lah tunggu hujan berenti sambil bergambar..nak gi minum teh…… makkk aiih orang beratur hahaha.. hakikatnya sama je dengan teh yang dibeli kat kedai runcit umah aku haha.. yelah produk sama kan hahaha.. dah tu mahal le pulak secawan kecik je 3.50.. len kalo mai honeymoon haa tu lain la kot.. maybe minum jugak la berdua kan.. romantik gitu hahaha.

Teh Boh plantation

Nak keadaan yang tenang.. hepi.. tak semak kepala ramai orang.. mai hari biase k.. haha not weekend atau cuti sekolah… tapi mak pak yang ada anak… memang takdak choice la nampaknya… cuti sekolah je ada kalo nak mai pun haha.. better prepare sikit dengan skill menyelit kalo nak datang Teh Boh centre ni haha.

pasar pagi brinchang cameron

Sebelum pulang.. aktiviti standard.. membeli belah di pasar Brincang.. nak beli sayoq ka.. strawberri ka.. kobis ungu kaaa.. macam-macam lah yelah beli awai-awai time nak mai tak syoq la tak segaq kan.. so better sebelum berangkat pulang baru membeli segala jenis sayoq mayoq.. dan peringatan.. jangan double parking.. mata-mata sentiasa memerhati.. tak pasal-pasal nak bok kuaq duit bayaq saman pulakk huhu.. then kadang2 nasib tak baik kena parking jauh sikit berjalan mai huhu.

lompat bergambar di cameron

Dan akhir kata berakhir sudah percutian geng Bedongan di Cameron Highland.. ianya disifatkan antara Famili Gathering yang berjaya jugaklahh.. cuma ada 2 -3 famili lagi takleh join akibat kekangan kerja dan sebagainya.. sebelum balik kita lompat dan terus lompat dan melompat dengan lebih tinggi (padahal tak tinggi tera mana pun)… opss akibat terlalu tinggi maka ternampaklah sang pusat menjelmakan diri hahaha.. maka aku terpaksa sensored hahaha.Next destinasi percutian bersama maybe selatan tanah air pulak ke haha.. apa apa pun dapat aku rasakan masa berjalan begitu sangat pantas.. sedari aku kecik cinonet kawan bersama.. pi mai pi mai.. masing-masing suma pakat menjadi bapak orang sudah haha.

Apa pun aku berharap Cameron Highland akan dinaik taraf sedikit terutama dari segi jalan.. maybe agak susah sebab yelah keliling jalan bukit.. tapi yelah who knows untuk 10 tahun atau 20 tahun mendatang.. better naik taraf bila mana kekerapan pelancong kerap datang..  orang kata better late than never.. apa pun next time kalo aku nak mai pun maybe weekdays sahaja.. tak semak kepala sangat dengan jemm semua ni.. hati pun tenang leh layan kesejukan haha.. sejuk tak sejuk sangat la huhu.. tapi still air paip rasa cam ayaq ais haha.. untuk honeymoon memang rasanya lokasi yang sangat sesuai kalo mai weekdays huhu.. leh feeling2 cintan huhu.Ok sekian sahaja entri kali ini.

 

 

 

 

 

 

 

Facebook comments: