pintu masuk pameran

Semalam 15/3/2016 aku berkesempatan  mengunjungi pameran kesenian atau perjalanan hidup seniman negara iaitu tak lain dan tak bukan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.Pameran ini membawa anda menyingkap keperibadian dan titian hidup beliau sebagai anak seni yang termahsyhur di Malaysia.Pameran ini berlangsung pada 9 Mac hingga 20 Mac atau senang cerita sepanjang cuti sekolah la orang kata kalau belek kalender tu.Aku berpendapat bahawa apa yang dipamerkan di pameran ini tidaklah begitu teliti atau banyak bahan untuk dipamerkan seperti mana galeri beliau di Pulau Pinang atau di Setapak.Tetapi hakikatnya apabila melewati segenap sudut ruang pameran sudah cukup untuk mendapat gambaran atau setidak-tidaknya memberikan satu rumusan lengkap tentang liku-liku hidup beliau sebagai seorang seniman.Tambahan pula Nu Central merupakan tempat tumpuan orang awam.Di situ lah nadi utama pengangkutan awam atau pusat pergerakan orang awam ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.Maka orang ramai yang mungkin sedikit sebanyak mula melupai beliau bolehlah refresh kembali aktiviti seni beliau ketika beliau masih hidup.

Sebenarnya umum sudah tahu kisah hidup beliau atau apa saja hasil kesenian beliau yang sering ke udara di kaca Tv atau pun internet.Sudah banyak buku autobiografi, atau buku-buku yang menceritakan perjalanan hidup beliau.So, rasanya buat letih kot kalau aku nak taip cerita balik fakta yang sama haha.Atau bagi mereka yang lebih suka kepada visual learning, history channel sudah terbitkan dokumentari lengkap tentang beliau boleh lah search kembali di alam maya ini.Cumanya apabila bercakap soal P Ramlee, secara umumnya orang akan terus terbayang filem-filem lakonannya dan lagu-lagu beliau yang sememangnya tak luput dek zaman.Terutama filem-filem beliau yang sarat mengandungi kritikan sosial dan pandangan sinis terhadap pelbagai perkara.Selain itu lagu yang beliau hasilkan telah sedikit sebanyak mencorak pemikiran komposer-komposer selepas beliau untuk mencipta lagu berciri kemelayuan.

Ketika P Ramlee meninggal pada tahun 1973, aku belum lahir lagi masa itu (aku lahir 12 tahun kemudian).Aku mula tengok filem-filem P Ramlee atau mendengar lagu-lagunya, mungkin sekitar umur 6 tahun.Yelah umur macam tu rasa dah boleh paham apa orang cakap atau dah boleh tangkap melodi.Setiap julat umur yang aku lalui, pandangan aku terhadap filem P Ramlee sememangnya berbeza.Ketika kanak-kanak, aku tengok filem P Ramlee hanya part lawak sahaja, ketika remaja dah mula paham sikit-sikit apa pengajaran yang nak disampaikan, dan ketika dewasa pandangan aku juga sudah lain, setiap filem beliau sentiasa beliau fikir tentang ‘perangai orang Melayu’ atau perangai rakyat Malaysia atau budaya orang Melayu yang sedikit demi sedikit telah ditunjukkan dalam situasi semasa.Kritikan sosial dan sindiran pedas beliau terhadap isu-isu tertentu menyebabkan aku berfikir. “Ish rupanya P Ramlee masa buat filem ni dia dah fikir terkehadapan dan dah tunjuk sesuatu untuk kita fahami..” Kadang-kadang bila aku mengharungi hidup ini dan bila aku berhadapan dengan situasi tertentu.. “ehh rupanya P Ramlee bagitau awal dah perkara ni” (tentang sikap orang Melayu).

Berkenaan lagu ciptaannya pula, memang aku tak dapat nafikan. MASTERPIECE! atau karya agung yang mana setiap melodi yang dihasilkan unik dan akan sentiasa kekal sepanjang zaman.Selalunya orang hebat-hebat ni takkan ada macam beliau lagi dah.Atau sapa-sapa yang nak klon macam beliau.Orang yang hebat ni akan mai setiap zaman atau setiap abad sahaja.Aku pun takmau ulas panjang, semua lagu-lagu dia umum semua orang tau dah.

Ok andai aku diberi pilihan untuk memilih 3 filem terbaik beliau dan 3 lagu terbaik beliau.Sememangnya sukar untuk aku buat pilihan.Sebab majoriti banyak best-best belaka dan aku buntu mana satu yang boleh dikategorikan legend dan mempunyai nilai yang tinggi.So rasanya untuk filem tak best pulak kalau aku pilih semua filem lawak atau humor saja, filem serius takdak.Untuk filem, 1 filem lawak, 1 filem sedih, dan 1 filem serius… huhu.Ntah apa kategori aku pandai-pandai buat.Untuk lagu pulak, 1 lagu slow, 1 lagu rancak, 1 bercirikan kemelayuan atau tradisional.

3 Filem Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman

  1. Tiga Abdul
  2. Anakku Sazali
  3. Ibu

3 Lagu Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman

  1. Getaran Jiwa
  2. Bunyi Gitar
  3. Joget Si Pinang Muda

Ok pilihan tersebut adalah pilihan peribadi aku sendiri ek, setelah aku nilai dan kaji bertahun-tahun lamanya huhu, so ianya layak, tetapi secara fundamentalnya, banyak juga layak untuk aku pilih tetapi dah kata kena pilih 3 sahaja. So itulah keputusannya.Perlu diingatkan sudah hampir 25 tahun aku mendengar dan menonton karya P Ramlee huhu..So pemilihan di atas memang bukan tangkap muat.Nak tau sebab apa alamak kang nanti panjang berjela pula kena taip entri ini haha.Tetapi secara umumnya ianya menepati segala ciri-ciri yang aku nak yang merangkumi segala elemen kritikan, sindiran, kualiti susunan, originality melodi, skrip asli, dan banyak lagi.

Makin panjang menaip pun kang lagi melalut mai kita tengok gambar-gambar kat bawah.

ruang pameran p ramlee

Ruang legar pameran, dilihat dari jauh seperti gulungan filem dan setiap maklumat atau fakta dipaparkan sepanjang gulungan filem untuk pengetahuan pengunjung.

alat muzik p ramlee

Antara alat muzik yang pernah dimainkan beliau.Tak pasti lah pulak sama ada original atau replika.Maksud original, memang P Ramlee pegang dan main.

anugerah p ramlee

Antara Anugerah termahsyur yang pernah beliau menangi, festival filem asia menerusi ‘ibu mertuaku’, piala pelakon terbaik Asia, iaitu filem ‘anakku sazali’. Dan ada lagi yang aku tak bapa ingat huhu, ampa kena pi tengok.

baju saloma

Seperti dalam keterangan bergambar, boleh baca ka haha.Tak silap baju merah tu baju Saloma.

basikal p ramlee

Basikal legend! Banyak filem guna basikal ni.. cer teka apa?? Huhu

beca p ramlee

Beca ni pun familiar dalam filem P Ramlee, yang ikoniknya tentu filem Penarik Beca.

costume p ramlee

“Mintak tuan kidnap sama sayalah! Hari ni public holiday tak boleh lahhh…” Haa yang baju hitam putih tu baju ketua penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok.

fakta madu tiga

Ada juga video bergambar selain dari hanya paparan fakta sahaja.Antara filem kegemaran aku juga. “Hai pak nak pergi mana tu Asar dah abis..” “Jamil jamil.. kusangkakan dua…”

fakta menarik p ramlee

P Ramlee lahir di pagi raya hehe.

kerusi pengarah p ramlee

“Aku suruh kau cakap, kenapa kau tak cakap bahlul..” “Tuan suruh saya action, tuan tak suruh saya cakap..” Ehhh tu director Ahmaf Nisbu haha.. silap! Huhuhu.

kotak filem lama

Dulu gulungan filem sangat besar, ianya disimpan di kotak ini.Sekarang era digital simpan dalam poket pun boleh hehe.

nota lagu p ramlee

Nota nota lagu hasil ciptaan beliau.

pelancong asing

Terdapat juga ruang untuk mereka berminat dengan seni karikatur.

pingat kebesaran p ramlee

Antara pingat kebesaran yang diterima beliau, yang kotak merah tu pingat Ahli Mangku Negara.

piring hitam p ramlee

Piring hitam atau omputih panggil vinyl.. mengandungi lagu-lagu ciptaan beliau.

poster filem p ramlee

Antara poster asli filem-filem beliau, dulu mau tak mau kena pi pawagam juga nak tengok hehe.

potret kenangan p ramlee

Gambar-gambar yang memberikan nostalgia dan memori kepada para peminat beliau.

potret pelakon wanita p ramlee

Gambar-gambar pelakon yang terlibat bersama P Ramlee.Sometimes i wonder takdak ka pihak-pihak yang berminat untuk buat dokumentari pendek setiap pelakon yang pernah bersama P Ramlee.

replika rumah lama p ramlee

Replika rumah lama P Ramlee di Pulau Pinang, beliau juga ada rumah di Setapak yang kini dijadikan galeri.

vespa p ramlee

Motor vespa ini juga banyak digunakan dalam filem-filem beliau.Antara yang melucukan ketua penyamun (Ali Baba Bujang Lapok) naik motor ini haha.

tayangan filem p ramlee

Sementelah penat membaca fakta-fakta pameran, para pengunjung boleh lah bergelak ketawa atau berduka lara dengan tayangan filem-filem P Ramlee, ketika aku sampai filem Ibu Mertuaku sedang ditayangkan.Ramai juga yang melepak tengok.Hakikatnya, semua yang tengok tu dah berpuluh kali sudah tengok, haha.Tapi tetap dok melayan jugak hehe.

Kesimpulannya? Huhu dah macam karangan SPM nak kena ada kesimpulan haha. Apa pun setiap negara mesti ada lagenda pelakon yang tersendiri yang sentiasa di kenang sepanjang zaman.Karya yang beliau hasilkan sepanjang beliau hidup sama ada lagu atau filem, akan kekal relevan dalam sejarah lipatan negara.Ya mungkin ada kurang atau negatifnya dalam karya beliau, tetapi normal manusia mesti ada positif dan negatif.Apa perkara atau pengajaran yang baik, kita ambil sandaran untuk sampaikan kepada anak cucu cicit piut miut.Mereka yang menonton dan memahami filem-filem¬† P Ramlee bolehlah diibaratkan seperti membaca buku teks tentang kehidupan dan sosio budaya masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.Segala-galanya telah disampaikan secara berhikmah atau sinis untuk kita fahami.Setelah aku meningkat dewasa ini, baru aku faham dan menilai apa yang hendak disampaikan beliau.Di atas layar mungkin gelak ketawa kosong atau sekadar lakonan berskrip, tetapi tersiratnya elemen yang perlu kita sendiri berfikir.Dalam ruang lingkup negara ini, boleh la aku menggelarkan beliau sebagai “Einstein” dalam dunia seni perfileman dan lagu (Ni aku yang saja bagi gelaran huhu).

Akhir kata hayatilah kata-kata dari beliau apabila ditanyakan soalan ketika di era penghujung karier beliau..

Mengapa abang Ramlee tidak mahu berlakon lagi?

“Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang..”

Dan apabila beliau sudah tiada, baru beliau disanjung-sanjung.Itulah fakta. Boleh baca banyak buku-buku berkaitan beliau dan video dokumentari.

Facebook comments: