image

Salam semua.. ya sudah lama aku tak post mengenai live blogging.Ya entri kali ini mengenai post yang aku buat secara live ketika menunggu ikan memakan umpan aku huhu.. wahh bosan kot menunggu.. so tetiba aku terfikir sudah lama aku tak buat mengenai live blogging.Maka sekarang ni aku berada di bawah jambatan Pulau Pinang untuk melakukan aktiviti memancing.Buat pengetahuan semua.Inilah kali pertama dalam hidup aku menceburi aktiviti memancing ini.Member aku si arn dan mat terus tetiba bawak aku ke sini untuk belajar memancing haha.. so apa lagi aku sebagai orang baru tak melepaskan peluang menimba ilmu dari otai pancing macam depa ni hehe..

image

Otai si mat boleh.. tok guru yang ajar aku pancing huhu.

image

Tengah pilih umpan..

image

Menunggu umpan dimakan sampai terbaring nak lena haha.

image

Joran aku huhu.. perlukan kesabaran weh nak mancing ni..

Nak mai sini kena sewa boat iaitu kos 15 ringgit sekepala.So aku rasa aku akan cerita detail mengenai aktiviti memancing aku ini di entri yang lebih tersusun infonya.Nak mengharapkan live blogging kan susah.Takleh taip panjang-panjang.Lagipun aku tengah menunggu pancing atau mata kail aku dingap ikan.Baru sebentar tadi aku dapat ikan gelama huhu… excited betul.Aku akan ceritakan di next entri.Dan apa yang best lepak kat sini angin sangat best dan juga terasa gegaran kenderaan di atas berdentum dentam menghentam ruang diantara konkrit huhu.. ook setakat ini dahulu entri live blogging.Sekian.. masa untuk port lain lak huhu.. lama aku menunggu kat port ni tak dapat2 lagi ikan.. huhu.

Posted from WordPress for Android

Facebook comments: