Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Yaa kali ini kita masuk part 2 dalam edisi diari makan-makan aimannajmy.So kepada sesiapa yang ketinggalan bahagian pertama, maka boleh la baca kembali diari makan-makan aimannajmy part 1 untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengapa segmen diari ini diadakan.So seperti biasa aku rasa sudah banyak koleksi gambar yang aku dah kumpul untuk dimuatkan dalam siri kedua ini.Ada juga tempat makan yang aku pegi aku lupa nak snap gambar huhu.. Ianya berlaku apabila nafsu sangat membuak-buak untuk makan kerana kelaparan, so bila dah start suap 4-5 kali dalam mulut, mak aiih baru teringat lupa nak snap gambar huhu.. jari jemari dah belemoih so malas nak seluk poket seluar amik handset.Maka tanpa membuang  masa lagi meh kita tengok apakah makanan yang best-best yang telah aku jamah setakat bulan May 2012 ni. (Bagi aku la best huhu.. lain lidah lain penilaiannya huhu…)

Satay Ikan Stadium Alor Setar

Yaa they said satay ni sangat legend kerana ianya sudah bertapak sejak aku sekolah rendah lagi.Pakcik ni yang mana aku lupa tanya nama telah menjual satay ni di hadapan Stadium Darul Aman Alor Setar secara portable huhu.. means menggunakan motosikal yang diubahsuai menjadi port untuk bakar dan menyimpan sate.Time sekolah rendah secucuk satay ni berharga sekupang ja.. so bila zaman berganti zaman harga telah dinaikkan sebanyak dua kupang secucuk.Bagi aku harga nya masih lagi relevan dah murah sangat dengan saiz camtu.Bulat-bulat serupa cucoq kodok.Bila aku rasa ianya seperti keropok leko yang telah dibulat-bulatkan huhu.Cuma ianya dibakar macam satay ler.So luaran isinya akan rangup dan sedikit kehitaman dek kerana bara api yang memanaskan permukaan luar bebola tersebut.

Pelanggan yang tak putus-putus menyebabkan pakcik ni tak menang tangan dibuatnya

Satay ikan yang dibakar dengan bara api, satay ni dibakar tak macam satay biasa.. sekejap saja.Aku rasa macam dalam 1-2 minit camtu, terus diangkat

Hoho.. banyak stok pakcik ni reserve untuk sampai ke petang.Time aku mai baru kul 4 camtu

Hoho tengah dok sibuk amik gambar pakcik tu dah tanya.. “adik nak berapa tadi? “ aku pun abaq 20 cucuk pakcik muahaha dengaq macam banyak gila huhu, 20 cucuk dalam 5 mint dah abih telan.

Yang bestnya ada dua kuah untuk dicecah bersama satay ni.. satu sweet sour camtu, satu pedas-pedas, so nak sempoi lebih mantop celup dua-dua sekali..

Popia Kamal Sungai Petani

Popia basah memang antara makanan favorite aku sejak kecik huhu.. Ianya healthy food jugak la, sebab satunya tak bergoreng, dua, ada ada sayoq mayoq dalam intinya, ketiga, sos popia tu yang memainkan peranan yang sangat penting dan menentukan kesedapan popia tersebut huhu.Lokasi gerai popia makcik ni agak sukar untuk aku huraikan huhu.. secara umumnya terletak kat Sungai Petani lah.. secara details ianya terletak tak jauh dari Hotel Cinta Sayang, makna kata area belakang Taman Ria huhu.. aku nak abaq landmark pun susah, nak try apa kata tepon ja makcik ni, no tepon tertera kat gambaq aku attach kat bawah huhu.Overall memang sedap la popia ni, resipi dan sos tersendiri.. cuma resipinya tiada kacang di dalam inti dan kacang hancur yang ditabur atas popia.

Popia kamal, sebijik popia 5 kupang

Antara bahan-bahan untuk inti popia.. yang penting cucoq udang, takpun udang goreng yang dimampat, pastu direncik halus-halus, butiran-butiran yang dihancurkan tuhlah akan melazatkan popia huhu.. bila gigit akan terasa kruk-kruk rangup di dalam mulut huhu.

Antara bahan penting inti, iaitu taugey, direbus terlebih dahulu

Maka bermula pembuatan inti popia, mula-mula calit sos kat kulit popia, pastu letakkan taugey, sambil borak-borak..menurut makcik ni, kulit popia adalah homemade, beliau buat sendiri

Pastu langkah seterusnya diletakkan bahan kedua iaitu sengkuag yang dilemekan huhu.. err rasanyalah, ada cara nak bagi warna kuning camtu, maybe mungkin pembaca boleh betulkan huhu, bahan berwarna kuning ini.

Step berikutnya diletakkan salad yang dipotong halus, pastu bahan terpenting, udang goreng bersama tepung khas yang dimampat pastu direcikkan halus halus, pastu ditabur atas inti sebagai final step huhu

Member aku si mut nampaknya sudah mula terliur dan tak tahan melihat popia yang akan dibalut

Popia yang telah dibalut diletakkan dalam bekas polisterin dan dijual sebagai 4 bijik 2 ringgit

Hasil akhir yang dibeli huhu.. popia makcik ni style dia tak letak serbuk kacang kat atas dan juga dalam popia, dan sos/kuah popia yang dicalit pada final product adalah tidak terlalu likat.. setengah popia sosnya memang pekat sungguh

Tediaaaaaaa, apa lagi sesi melahap la pastu huhu.. satu petua popia basah ni takleh dibiarkan lama sangat, dia kena makan segera, kalo tak mau tau la kulit akan jadi lembik dan basah dek kerana inti dan juga sos yang dicalit.Aku sebagai penggemar tegar popia memang menjadikan ianya salah satu popia pilihan untuk dibeli jika ke SP.Pembuatannya simple saja dan juga intinya juga simple dan fresh huhu.

Leko-Leko – Keropok Lekor Terengganu

Yaa gerai francais keropok leko yang dipelbagaikan cara sajian ini terletak bersebelahan atau dekat-dekat area pasaraya Aneka Jitra Kedah.Standard kopok leko dicecah dengan sos saja, pemilik francais ni mempelbagaikan cara sajian kopok leko ni mengikut citarasa terkini.Bagus juga menjenamakan makanan tempatan ke arah lebih komersial dan mesra pengguna.Aku rasa jenama ni kalo dibawa ke pasaran luar negara dan jadikan sebagai produk pengganti french fries sudah tentu akan menarik minat ramai penggemar makanan ringan huhu.. ni kalo kat luar negara balik -balik french fries, takpun nugget huhu..

Selain kopok leko ada jual ice blended dan minuman ringan lain

Hoho cheezy mayo antara favorite pengunjung gerai ni

Black pepper pun sedap juga.. blend with sos, menjilat jari huhu

Keropok leko yang digoreng bulat-bulat sedia dicedok untuk dimasukkan kedalam bekas tertentu mengikut saiz

Aku mencuba sajian cheezy mayo.. brader jaga kaunter ni memang tak kedekut punya picit botol mayonis bertalu-talu untuk dimix bersama sos

Ianya diletakkan dalam mangkuk khas polisterin mengikut pilihan saiz yang kita ingini.. aku memilih saiz gedabak sekali, iaitu large muahaha.. tengok perut la beb.

Mee Udang Restoren Terapung Pulau Aman

Yaa penah dengar Pulau Aman? Pulau Pinang mempunyai pulau-pulau yang boleh dijadikan pusat pelancongan maka salah satunya sudah tentu Pulau Aman.Ianya terletak di sebelah seberang Pulau Pinang yakni Seberang Perai.Untuk lagi details.. jeti untuk ke Pulau Aman ni berdekatan saja dengan Stadium Negeri Batu Kawan dengan melalui Jalan Bukit Tambun sampailah ke jeti. So perjalanan ke Pulau Aman menaiki bot dari jeti hanya mengambil dalam 10 minit sahaja.So takla jauh sangat, dan on the way naik bot ke pulau tersebut anda boleh lihat jambatan kedua yang tengah dalam pembinaan.So Pulau Aman merupakan port terbaik bagi pemancing, selain itu ada Restoren Terapung yang menyediakan makanan laut.Untuk menikmati udang lipan yang fresh perlu datang awal pagi, pendek kata sebelum tengah hari la,memang fresh nelayan bawak mai.. sekilo seratus ringgit tengok pada hari/musim tangkapan juga.Tetapi aku dengan kengkawan aku mai hanya nak menikmati mee udang sahaja huhu.. belum ada rezeki untuk menikmati udang lipan yang mahal tu huhu…

Kat jeti untuk ke Pulau Aman, bot jalan ikut pada time-time tertentu.. dan juga tengok pada bilangan penumpang, kalo penumpang kurang hold jap sehingga agak2 ramai baru jalan

Mee udang Pulau Aman.. sesungguhnya udang laut fresh lain rasanya berbanding udang yang dibeli kat pasaraya hehe.. sepinggan mau dekat sepuloh ringgit lebih huhu..

Suma pakat makan dengan kusyuk huhu.. bukan senang nak jumpa udang laut huhu..

So sampai setakat ini sahaja diari makan-makan part 2.. edisi ini akan diteruskan seperti biasa sehinggalah koleksi gambar yang aku tangkap via Galaxy S2 cukup memenuhi kuota untuk diterbitkan satu blogpost yang berkualiti hehe.. So ada yang lapaq kaa baca entri ni hahaha… maka sekian saja berjumpa di edisi seterusnya iaitu part 3 yang akan dikeluarkan nanti. 🙂

 

 

 

 

Facebook comments: