Sudah sangat lamanya aku tak update blog ini mengenai topik jalan-jalan.So kali ini aku ingin bercerita mengenai kunjungan aku ke Perlis dan di samping itu menikmati keenakan Burger Rim Tayar yang hanya terdapat di Bintong, Perlis.Tujuan aku ke Perlis pada bulan lepas kerana aku telah mengadakan kelas eUsahawan, di mana aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar para usahawan mikro atau mereka yang beru berjinak-jinak menjadi usahawan tentang pemasaran digital atau internet.Maka di kelas tersebut aku telah berjumpa dengan ramai usahawan dan sedikit sebanyak berkongsi ilmu tentang dunia pemasaran online.Bab mengenai kelas eUsahawan dan dunia online haa itu kita cerita dalam posting lain, kali ni nak cerita pasai burger sajaa huhu.

Selesai sahaja habis kelas, tiba-tiba aku disapa oleh peserta dalam kelas tersebut yang aku gelarkan Kak Tini yang mengajak aku ke cafe atau restorennya di Bintong.Maka rezeki jangan ditolak, tanpa berlengah-lengah kami bertiga (bersama seorang lagi tenaga pengajar dan urusetia), terus saja menaiki kereta sebaik saja abis sessi bergambar bersama peserta.Masing-masing merasa confident dengan penerangan arah jalan yang diberikan Kak Tini, tetapi berpusing-pusing 3-4 kali juga round about Kangar tu sebab tersilap jalan haha.Hampeh punya Google Maps, tersilap suggest jalan, guna Waze akhirnya sampai juga mengikut pin point ‘Bang Pon‘ yang telah disuggest pengguna Waze.

Setelah sampai, sepatutnya cafe bukak dalam pukul 7 camtu, tetapi kami sampai awal, maka berborak dulu apa yang patut dengan Kak Tini dan juga owner dan founder cafe Bang Pon sendiri iaitu Bang Pon lah apa lagi, (maybe nama dia Saiful hehe).Sebelum itu terlupa nak bagitau, ketika dalam kelas, Kak Tini sedikit sebanyak membuat pembentangan ringkas bisnes beliau di hadapan peserta. So burger Bang Pon memang famous di Perlis dan juga menjadi santapan kegemaran Raja Muda Perlis. Penduduk setempat atau mereka yang pernah mengunjungi premis beliau mentahkikkan burger beliau dengan jenama Burger Rim Tayar disebabkan saiznya dan penampilan burger tersebut persis rim tayar.Haa burger rim tayar tulah yang bakal disajikan kepada kami.

Maka sambil menunggu kedai bukak dan persiapan penyediaan burger, berborak-borak dengan founder, bahawa dulu asalnya hanyalah stall burger biasa saja pada tahun 80an.Selepas itu dari masa ke semasa di naik taraf dan juga pengembangan idea resipi menyebabkan jenama bang pon mula berkembang sedikit demi sedikit sehingga lah burger beliau famous masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan juga viral di Siakap Keli dengan lebih 3 juta views.Termasuklah juga di surat khabar berbahasa mandarin dan media lain.Beliau sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebagai jurutera, dan tuntutan menjaga orang tua menyebabkan beliau bertawakal dan pulang ke kampung dan membuka bisnes burger.Ketika ditanya mengenai idea burger besar, beliau berkata “Bosann tengok burger kecik sahaja, nak cari kelainan burger saiz besar”. Apa yang menarik, segalanya resipi dari air tangan sendiri dan membuatkan burger ini mempunyai trademark yang tersendiri.

Ralit-ralit menyembang, nahh apa yang di order telah, ketika Kak Tini membawa talam burger dari arah dapur menuju ke meja kami, aku dah start jaw dropping, berkata aku dalam hati, “mak datuk ini burger ka rim tayar reta Dom Fast Furious..!” Memang betul-betul saiz rim tayar! Seumur hidup aku, dah 30 tahun di alam fana ini, ni lah kali pertama aku merasa burger sebesar ini.Sebelum ini dah ada penah try burger monster, atau burger roti custom sendiri, tapi ini memang gedabak betul saiznya.Memang terkesima jugalah.Teringat ayat Haji Bakhil, “Haa kalau kau nak makan kepala gajah sekalipun makan lahhh..” Haa ni tahap kepala gajah la ni hahaha. Tiga orang kami memang takleh abis haha.TETAPI kalau mai dengan perut kosong, Insya Allah, rasa macam aku mampu habiskan, bukan aku sorang la, tapi bertiga, kes sebab masa kelas tadi dah makan petang.

Gambaran saiz apabila diletakkan di meja, pada firasat yang melihat gambar ini, dengan dua orang manusia gedabak kat depan sekali tu, memang logik boleh abis la kan haha.Disebabkan baru lepas makan petang masa kelas tadi, maka nafsu makan tidak ditonjolkan dengan sebaiknya.Advice, andai nak order burger ini, mai dengan perut kosong ok, baru berbaloi menikmati!

Nervous kot nak potong besaq sangat haha, menurut Kak Tini, ramai juga orang order saiz ini untuk majlis keraian seperti birthday parti, majlis kawin dan pelbagai lagi function.Jika ada tetamu Raja Muda Perlis yang berkunjung ke istana, ini antara menu wajib yang dipesan oleh baginda untuk menjamu tetamu.Anda juga boleh custom nak tulis apa kat atas burger tu.Apabila aku melihat hiasan di atas burger tu seperti memek muka seseorang yang tengah menjelir lidah, benda pertama sekali aku terlintas adalah watak di dalam cerita animasi toy story haha.Terlupa la pulak aku nak tanya Bang Pon mana idea dia dapat nak buat hiasan atas burger tuuu.

Apabila aku menikmati, memang rasa kelainan inti burger tersebut dan mempunyai nilai trademark resepi tersendiri.Roti juga custom made dan keempukkan roti beserta daging custom made cukup memberikan satu kepuasan pada penggemar burger seperti aku.Standard yang jual kat area rumah aku burger semuanya guna daging yang dah ready made siap-siap dari kilang atau produk sedia ada di pasaran.Maka dapat rasa burger original resipi memang satu kepuasan.

So aku hanya mampu habiskan 2 slice, kalau mai dengan perut kosong, aku yakin dan penuh iltizam, kurang-kurang 4 slice mampu habiskan haha.Maka kami bertiga hanya mampu 4 slice setengah.Bahagian yang lain terpaksa bawak bekal balik.Menurut Bang Pon tak silap aku dengar time sembang, rekod 2 orang pernah abiskan burger sebesar ini dalam satu masa, tetapi seorang tak sure ada ka tak hehe.

Nak cerita lebih tak guna, nak sembang tak kena, anda patut pi sendiri tengok dan rasai sendiri keenakan burger Bangpon.Selain burger terdapat juga menu lain yang disediakan dan rasanya mostly Western Food.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai burger Bangpon eloklah anda mengunjungi laman sosial depa untuk mendapat gambaran atau komen-komen lain dari mereka yang pernah berkunjung ke cafe beliau.

Facebook – Bangpon Cafe n Bistro

Instagram – Bangpon Kingburger

Akhir kata semoga maju jaya kepada Kak Tini dan Bangpon, ada masa dan tiada aral yang melintang kami singgah lagi.Bagi mereka yang selalu ke Langkawi melalui Jeti Kuala Perlis, boleh on the way singgah atau baru pulang dari Langkawi untuk mengisi perut.Apa pun, out of 5, aku bagi 4.5! Dari segi persembahan, originality rasa, 1st impression memang superb. Niat di hati memang nak singgah lagi untuk try western food lain pula.

 

 

Facebook comments: