Aku pandang kiri.. OK.. Aku pandang kanan… OK.. aku pandang atas pun OK takdak paa… tapi aku pandang bawah~ alamak.. kaki aku tak nampak abih.. just nampak jari jemari kaki sahaja.. Hohoho.. itu bermakna tahap kebuncitan aku dah melampui garis paras normal yang telah ditetapkan oleh WHO huhu.So mahu atau tidak.. satu keputusan telah aku buat.. iaitu aku mesti kerap jogging hehe.Dah lama sungguh sebenarnya aku tak jog ni.So rasanya bermula saat dan ketika ini adalah masa yang sesuai aku ‘working out’ something yang boleh mengurangkan berat badan aku.Sedari lepas raya tempoh hari memang berat badan aku naik mendadak dan disamping itu aku langsung tidak melakukan aktiviti fizikal untuk pembakaran kalori yang berlebihan.

So semalam aku telah menjalankan aktiviti jogging bersama member aku yang kebetulan juga menghadapi masalah yang serupa iaitu buncit dan berat badan berlebihan.Tapi.. ada tapinya.Tapi member aku tu dah kawin lain cerita dah haha.. bini hari-hari masak sedap.Aku ni bujang kot lain cerita.Lumrah memang sudah kita dengar.. asal dah kawin perut buncit adalah memang sinonim huhu.Bermacam-macam teori yang keluar pasal lelaki buncit selepas kawin ni.Ada yang aku rasa cam nak tergelak pun ada.Rasa tak perlu diceritakan kat sini huhu..

Dalam entri-entri lepas, aku dah banyak kali mention atau terbitkan post mengenai Taman Jubli ni huhu yang mana terletak di bandar Sungai Petani.Hampa leh la jenguk-jenguk kembali entri lepas untuk mengetahui lebih lanjut hoho.Aku suka jog kat sini sebab track jogging dia sangat luas dan santai.Kiranya sambil jogging sambil menikmati keindahan alam dengan pelbagai pokok dan tanaman di tanam sepanjang track jogging.. dan disamping dapat  ‘cuci mata’ opss haha.. cuci mata tengok kehijauan pokok-pokok yang mendamaikan lah haha.

Aku pun sebenarnya dah lama tak jog kat sini.Aku salu jog dekat dengan rumah aku saja.Tapi yang tak syok area yang aku jog tu selalu banyak anjing yang berkeliaran.Tu yang menambahkan ketensionan aku haha.Dan tu juga punca sebab aku jarang jog (alasan).Aktiviti jogging kat Taman Jubli ini sama ada time pagi-pagi atau petang-petang memang orang ramai tidak putus-putus.Cuma kalau time tengah hari panas-panas kalo ada jugak orang jog tu memang pelik la haha.Memandangkan aku dah lama tak pi, banyak jugaklah perubahan yang dilakukan oleh pihak yang berwajib dalam memastikan taman ini sentiasa segar dan tampak lebih mesra dengan alam sekitar.Dari segi landskap sudah agak banyak berubah.. banyak pokok-pokok sebesar pemeluk atau lebih besar satu dua pemeluk telah ditebang.Track jogging juga kini lebih cantik.Untuk mengetahui dengan lebih details sila la rujuk entri-entri aku yang lepas mengenai Taman Jubli ni.

Maka membebel panjang berjela pun tak guna meh kita layanzz gambaq-gambaq kat bawah huhu..

Sebelum jogging regang-regangkan badan dulu hohoho..

Threadmill yang jenis letak kat tempat awam atau terbuka camni memang salu berisiko untuk rosak cepat huhu.. si Mat Boleh nampaknya tak mampu nak berlari pun sebab rasanya dah longgar abih pemijak tu

Get ready nak jog.. opss bro jangan pijak rumput! huhuhu..

Memandangkan aku dah lama gila tak jogging huhu.. aku jog jap berenti.. jog sat berenti.. gila penat kot haha.. pastu cam senak perut.. sakit belakang.. padan muka aku! Sapa suruh lama tak bersenam.. yang mat ni dok ajak aku cepat.. dia takpa la hari-hari jog… hoho aku dah mengah.. yang aku mampu.. jalan-jalan sambil snap picture huhu.. next time la kot aku jog non stop.. kiranya sesi kali ni pengenalan jaaa hahahah…

Haa ini tarikan terbaru Taman Jubli iaitu Taman Kaktus huhu.. last aku mai takdak lagi hoho.. pokok ni pun rasa tak tebang lagi apa

Taman kaktus ni tak besaq.. boleh la setakat nak lepak-lepak amik angin pas letih satu round jog

Si Mat posing bajet orang bujang hahaha.. sini kalo mai ada la kot dua tiga apek atau amoi dok layan yoga takpun taichi.. bersinergi ngan alam la kot huhu

Antara jenis pokok kaktus yang ditanam bagi mencantikkan kawasan taman mini ini

Haha setelah aku penat.. aku pun hanya mampu ajak mat jalan-jalan sahaja.. aku tau nafsu dia membuak nak jog lagi tu.. tapi kesian kat aku.. maka dia pun teman saja aku berjalan hahaha..

Sebelum balik.. layan lepak-lepak tepi tasik jap.. ramai la gak yang membawa anak-anak santai duduk layan lepak tepi tasik sambil breakfast..

Akhir kata.. jagalah kesihatan dengan selalu bersenam yek.. huhu.. time muda ni lah nak berekreasi dan melakukan aktiviti fizikal secara kerap.. yelah badan tengah muda kann… semua cargas lagi.Rugi la kalo tak manfaatkan ye tak.. Aku kini pun rasa cam kembali insaf untuk selalu bersenam.. hanya dok ngadap keja saja.. otak saja jalan.. bahagian tubuh lain tak jalan.. tak lengkap juga.Your mind control your body.. so kalo body tak sihat dan cergas.. camana mind kita nak kontrol buat keja dengan lebih efisien dan efektif hehe.So sekian saja entri kali ini.Buat mereka yang duduk kat SP dan rajin datang ke sini jogging.. kalo teserampak dengan aku.. tegoq-tegoq la noh hahaha…

 

Facebook comments: