Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Yaa tak abih dengan entri jalan-jalan lagi huhu.. Baru ja entri lepas cerita mengenai jalan-jalan.Sebab aku suka berjalan-jalan hehe. Hari tu aku bekesempatan lepak-lepak di Taman Perbandaran Sungai Tukang bersama-sama dengan rakan lama time U iaitu Husnul.Bersama-sama Husnul ada member aku si Arn (bassist sayugia) dan tunang si Husnul.

Kami datang ke sini untuk tujuan shoot and snap gambaq yang sempoi sempena majlis pertunangan si Husnul.Siapa penah dengar Sungai Tukang? Terutama orang Kedah mesti jugak ada yang taktau hehe.Orang-orang Bedong ngan SP mesti tau punyalah.Sungai Tukang dari rumah aku dekat saja.. 5-10 minit sampailah kalo pecut naik moto atau kereta.

Nak pi Taman Perbandaran Sungai Tukang ni senang saja.Dari Sungai Petani guna jalan lama menuju ke belah utara pastu tengok signboard hehe.. tak jauh dengan masjid Sungai Lalang.Sesiapa yang sudah lama menetap di kawasan ini mesti akan perasan tahap kemajuan kawasan Sungai Tukang ini.Sedari dari kecik ianya bermula dengan hutan-hutan pokok getah dan kelihatan agak scary

Pecaya atau tidak ayah sedara aku dulu time zaman 60-an naik basikal je pegi Sekolah Menengah Ibrahim melalui jalan Sungai Tukang ni lahh.. Jauh tu.. Entah le betul kot.. Maybe aku salah dengar hehe.. Tapi tak heran dulu mana nak ada pengangkutan sangat.Nak ada keta susah.Basikal je lah mampu.

So zaman makin berubah, kemajuan dan kepesatan penduduk memaksa kawasan sekitar turut sama berubah wajah.Dari hutan belantara pastu bertukar menjadi jalan raya.Masa jadi jalan raya aku time tu sekolah rendah lagi pastu naik aku sekolah menengah jalan raya area Sungai Tukang terus berubah dengan pelebaran dan penambahbaikan.Pastu zaman aku kat U lagi berubah banyak.Terdapatnya pembahagian 2 jalan.1 jalan utama dan 1 jalan lama.

Jalan lama menuju ke Kilang Thong Guan 888 dan juga Taman Perbandaran Sungai Tukang dan kawasan perumahan baru.Dah lama tak mai kawasan ni makk aiih cantek juga landskap taman ni rupanya.Hehe amat sesuai untuk shoot wedding dan panorama yang penuh kehijauan.

Taman ni memang sesuai untuk port jogging.Pagi-pagi memang ramai le.Kedudukan Taman ni yang agak terpencil dan terperosok menjadi tempat pasangan bercinta memadu kasih huhu! Itulah hakikatnya time aku mai ramai kapel-kapel duduk berdua-duaan di penjuru pondok yang agak jauh dari pandangan orang ramai.Tapi aku ni bersangka baik.Mungkin depa ni suami isteri hehe~!

Tapi aku sangat respek dari segi penjagaan dan tahap kualiti persekitaran taman ni.Memang terjaga sungguh dan nak nampak sampah bertaburan pun susah.Taktau le mungkin aku dah lama tak mai.Memang sejuk mata memandang kehijaun persekitarannya.Trek jogging masih lagi dalam keadaan baik dan playground ada yang ok dan ada yang ko hehe.Tapi overall tempat ni best!

Paling best lepak dekat rumput karpet tu huhu.Nak berkelah ke nak lena pun layan.Dan sapa-sapa nak shoot wedding aku memang syorkan! hehe..so para kaki pengukir cahaya DLSR.Tempat sini juga terbaek anda untuk mendapatkan mood kehijaun yang terserlah.Pokok-pokoknya merimbun dan dahan-dahan pokok yang beselirat maybe boleh dijadikan background.Terpulang pada kreativiti masing-masing.

So untuk mendapatkan gambaran yang jelas maka hayatilah video di atas dan gambar yang dilampirkan. 🙂

Facebook comments: