Salam semua.Mak aiih dekat semnggu aku tak update blog ni huhu.Memang betul2 tersepit seperti mana sepitnya menyiapkan entry blogger tersepit anjuran rohaizad.com.Hehe 2 3 ari ni agak bz dan agak fenin memikirkan link building blog.Huhu.Belum sampai masa dan ketikanya untuk aku mengupah orang hehe.Saya budak baru belajar la katakan.Ok Jumaat lepas bersamaan dengan 6/8 aku dan sahabat aku rizhan atau arn (bassist sayugia) pergi ke Taman Jubli di Sungai Petani dengan niat asalnya nak memenuhi permintaan seorang rakan time skolah jugak iaitu Cikgu Ila Ilani supaya memantau anak2 muridnya yang mengikuti rombongan ke Taman Jubli.Rancangan bermula pada pukul 3 tapi pkul 5 lebih baru aku dan arn p sana atas2 sebab2 yang tak dapat dielakkan huhu.. Sori weh ila aku tersyahid sekejap haha (kalo dia baca).

Taman Jubli merupakan memori dan kenangan yang cukup banyak terpahat di hati dan sanubariku sebab Sungai Petani tempat lahirku hehe.Sedari kecik2 lagi tempat sini lah kalo nak bermain2 buai ke, tengok flora dan fauna yang cantik2 ke atau besantai bersama keluarga.Dan berdekatan dengan taman Jubli adanya perpustakaan awam Sungai Petani yang merupakan tempat studi group dulu time zaman sekolah.Di kawasan taman ini juga terdapat pelbagai gerai dan yang top dan selalu diperkatakan ialah laicikang.Gerai inilah menjadi tempat persinggahan ketika habis tuisyen di Hasani untuk melepaskan dahaga.Tapi itu dulu ketika era aku bersekolah dan zaman kanak2.Selepas sahaja aku tinggalkan zaman persekolahan memang Taman Jubli sangat2 berubah dan tidak seceria dan sedamai dulu dengan kicauan dan bunyi-bunyian pelbagai haiwan.Aku harap pihak tertentu dapat kembalikan era kegemilangan.Cuma yang dapat aku katakan Taman Jubli sekarang sesuai untuk berjogging dan berjalan2 melihat landskap yang dibina.Dan tempat kapel2 membuat maksiat di celah2 rimbunan pokok.Ya itu hakikatnya huhu bukan nak memburuk2kan taman Jubli…Ok lets the video below speak for a while… tunggu sambungannya~

Facebook comments: