Salam semua kepada aimannajmy pembaca dot com…yaaa kelia (clear).. kelia kelia kelia…apa dia kelia kelia kelia tuhhh?? Rujuk video kat bawah huhuhu!!  Ya sekarang mari sambung part yang kedua yang juga part terakhir.Sapa-sapa yang belum lagi baca sila baca part 1 dulu kat sini mengenai kunjungan aku dan kawan-kawan ke stadium darul aman. Landskap nya yang natural dan suasana yang aman damai (kalo ada bola tak aman le) menyebabkan ramai-ramai pasangan bercinta bersumpah setia kat situ (dating).Mai time tak kena bila mana banyak kedai makan tutup huhu! Nak mai cari cucoq udang stadium takdak pulak.Besa la time cuti umum depa pun nak beraya jugak hoho!

Kat sekitar area tuh terletak Taman Merdeka yang mana dihadapannya terletak tasik.Tapi tasiknya takla besaq sangat macam Tasik Taman Jubli Sungai Petani.Kalo sapa-sapa yang taktau tasik Taman Jubli tang mana apa suma.So boleh lah baca mengenai tasik Taman Jubli tu kat sini.Baca dan bandingkan dengan landskap yang ada di kawasan Stadium Darul Aman.Part 1 kat sini dan part 2 kat sini.Jauh berbeza beb huhu.Tasik taman merdeka ni nampak cam hambar ja hehe.Orang Aloq Setaq jangan marah aku lak huhu.Bagi aku mercu utama kawasan ni adalah Stadium Darul Aman bukannya tasik.

So hajat di hati nak mai cari cucoq udang stadium tapi tak kesampaian so kami pun ronda-ronda sat keliling Taman Merdeka tuh sambil amik gambaq pa lebih kurang pastu blah.Panaih pun panaih.Kalo mai petang-petang kui 6 takpa gak.Errr sapa sokong Kedah akan menang tahun ni Piala Malaysia angkat tangan?? huhu aku orang kedah konpem le aku sokong hehe…So cakap banyak takmau HAYATI VIDEO DI BAWAH!!

Kelia kelia kelia……tu diaaa Palie Si Kalut menghoskan rancangan.

Facebook comments: