Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Hari ni iaitu 3/2/11 aku berkesempatan jalan-jalan ke Alor Setar sempena cuti Tahun Baru Cina.Sebenarnya niat nak pi Aloq Setaq adalah nak pi settle hal camera si Arn (bassist sayugia) pastu bila hal tersebut dah settle takkan le nak balik awal ye tak.So kami pun (aku, arn dan palie) mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar Alor Setar.Alang kepalang dah sampai sini maka boleh r jalan-jalan dulu hehe.So tempat pertama yang dituju adalah Stadium Darul Aman Kedah.

Percaya atau tidak nama ja aku ni dok kedah dari kecik tapi sekali pun tak pernah tengok perlawanan bola live kat Stadium Darul Aman ni.Dari kecik sampai le ke besaq kalo team Kedah lawan mana-mana pasukan aku dok umah ja tengok kat TV.Aku ni spesis rimas sikit bila bergelumang dan bersesak dengan orang ramai nak menuju ke Stadium Darul Aman bila adanya sesuatu perlawanan.Rimas satu hal yang aku takleh blah sambil bersesak-sesak tu bau pulak asap rokok perghh naik ponin.Aku ni alergik sikit asap rokok.Tak tahan bau.

KBS Kedah terletak depan Stadium Darul Aman

Tapi apa-apa pun aku teringin la jugak kan nak tengok perlawanan kedah lawan live kat Stadium Darul Aman ni huhu..cuma taktau bila aku rasa nak pi.Mula-mula sampai ingat nak pi tinjau kot belah dalam sekali tengok tutup daa haha cuti..dan aku rasa mana la open to public.Aku penah masuk dalam stadium dulu bila mana ada Sure Heboh waktu dulu.Depa buat kat Stadium Darul Aman.Lama dah.. time sekolah menengah kot.Takpun time kat U.So mai ni saja-saja la nak tangkap gambaq apa lebih kurang.

Landskap yang cantik sekitar Stadium Darul Aman

Masuk ja kawasan stadium tu diaaa aman.Maksud aman bagi aku bila mana lengang dan lapang kawasan tempat letak keta.Nak men drift kot lerah tuh pun boleh hoho! Kalo tidak ka ari nak perlawanan perghhh! Beriban-riban kenderaan membanjiri kawasan tapak parking.Dan cam besalah time-time cuti umum ni.Kawasan sekitar stadium darul aman yang kaya dengan landskap natural mampu menggamit kapel-kapel untuk lepak bersidai membawa pasangan masing-masing.Sama ada dah kawin ke belum tu aku tak pasti huhu.

So cakap banyak takmau hayati video di bawah yang mana dihoskan oleh pengacara Bedong iaitu Palie Si Kalut.SAKSIKAN LAH!!! Nantikan part yang seterusnya…

Facebook comments: