Yaa salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Dah lama aku tak menulis mengenai makanan yang best-best.So kali ini aku nak becerita mengenai Restoren Taulat Mee Thajudeen yang terletak di bandar Sungai Petani.Restoren ini sama ja cam konsep restoren mee mamak yang lain termasuk lah Mee Abu yang aku penah cerita di entri yang lepas.Juadah mesti basic ada 3 jenis. Mee goreng, mee rebus dan juga pasembor.Selain tu boleh jugak tukar kepada bihun, kueh teow ataupun maggie samada rebus atau goreng.So mari kita singkap sejarah mee tajuddin..

Suasana agak lengang di bila mana kedai baru bukak kot lerah kui 10.30 camtu

Menurut pak sedara aku, mee thajudeen ni dah lama dahh, ianya dibuka sekitar zaman 60an ke 70an.Tapak gerai atau premis asal terletak berdekatan dengan stesen bas Sungai Petani dan juga bertentangan dengan gate check point keretapi Sungai Petani.Aku berkesempatan beli banyak kali jugaklah sebelum premisnya berpindah.So sekarang ni restoren ni terletak tak jauh jugak dari gate kereta api dan terletak betul-betul bersebelahan dengan roundabout paling busy sekali kat bandar SP tuhh terutama time kemuncak.Sapa yang tak dapat tangkap kat mana lokasi meh aku cerita sedikit sebanyak.Lepas saja exit tol Sungai Petani Utara, ampa amik kiri pastu straight sampai jumpa Penjara Sungai Petani sebelah kirinya dan akan ada traffic light. So straight lagi sampailah jumpa roundabout maka terus nampak restoren tu belah kiri.

Ada 2-3 orang tukang goreng,ni salah sorang, ada sorang pakcik otai tak duty pulak hari ini

Apa yang bestnya mee goreng ni? Sebenarnya orang-orang lama kat sini terutama ketika zaman muda mereka dulu-dulu pada era 70an sangat menggemari mee goreng ini kerana ianya resipi turun-temurun.Pak sedara aku pun tak ketinggalan sama.Macam aku generasi muda maybe takla gemar sangat mee goreng ni cuma makan jugak tapi hanya sekali sekala.Kadang-kadang bila aku pi saja nak singgah restoren ni maka ramai geng-geng orang lama beratur membeli.Pendek kata sapa orang lama SP ni kalo taktau mee thajudeen memang saja sangat.Kawan-kawan aku tak bapa gemar sangat bila ajak lepak makan sini maybe sebab citarasa depa dah suka kepada mee yang pedas-pedas.Ohh yaaa mee thajudeen ni trademark dia memang tak pedas.Hanya light-light saja pedas malah kalo orang biasa makan pedas conpem kata mee ni tak pedas langsung hhuhu.Sebab tu lah kot warga-warga emas suka makan hehe.

Dah nama pun mee mamak so anda boleh bayangkan sendiri noh resipi camna hehe.Mesti ada cucoq udang, ubi, tokua, taugey, dan taboq daun bawang.Time aku amik gambar ni restoren baru sahaja bukak, so tak ramai orang, bila mana time petang-petang, erkhh tak menang tangan juga depa ni dok bising sebut order kuat-kuat huhu! Memang ramai terutama bila weekend.Anda pun sendiri tau camana suasana dalam kedai mamak, pelayan jenis malaih nak pi abaq pastu jerit kuat-kuat mintak order huhuhu! So bagi aku lain orang, lain lidahnya.Sapa penggemar mee pedas-pedas serupa boleh nangis kalo makan maka, mee goreng ni tak sesuai untuk anda huhu.. Aku rasa standard semua seluruh malaysia mee mamak bukannya pedas sangat pun.Rasa light-light camtu ja kepedasan kat lidah.

Pasemboq yang kuahnya agak manis-manis pedas gitu huhu

Tapi aku kalo singgah aku suka makan pasemboq dia.Memang best.Taktaulah bagi aku lah kan.Harga masih di tahap normal iaitu RM3.00 bagi setiap jenis makanan.So bila anda berkesempatan ke SP maka singgahlah dan nilailah sendiri. Kalo tak kena dengan selera lidah maka takyah mai dah kui kui kui… dan mee thajudeen ni memang sinonim di kalangan orang-orang lama kat SP ni.Tapi dulu-dulu (lama dah) aku dok dengar jugak macam-macam cerita tak elok kadang-kadang, biasalah dunia bisnes memang begitu, kalo setakat dengar cakap-cakap orang takyah la.Kang nanti orang balas kat kita balik baru tau bila bisnes kita maju.Yelah biasanya bila bisnes kita ramai pelanggan tak henti-henti maka mesti ada cakap-cakap belakang yang kurang enak.Itu memang normal masyarakat kita memang begitu.Kadang-kadang bila bisnes tak laku pun dikata jugak.Lumrah mulut manusia.Apa-apa pun bersangka baik sudah.Itu yang terbaik..walaubagaimanapun aku tengok pakcik makcik dan geng-geng orang lama memang selalu lepak restoren ni hehe…termasuk juga pelbagai bangsa.

Akhir kata, jika anda berkunjung ke SP, bolehlah cuba-cuba pekena mee thajudeen untuk dijadikan santapan time petang-petang hehe.Setakat ni ianya termurah iaitu hanya sepinggan RM3.00 berbanding harga standard sekarang iaitu RM3.50 kalo usya mana-mana kedai mamak di sekitar SP.

Sapa penah minum teh stail camni? Hehe

Facebook comments: