Kompleks Niaga Padang Besar

Yaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.. Kembali kita pada bahagian kedua Jalan-jalan Padang Besar.Untuk mendapatkan gambaran jelas boleh la baca part 1 dulu ya.So setelah Mut meletakkan kereta turbo kancilnya kat kawasan parking di sekitar Kompleks Arked Niaga Padang Besar, kami pun mula bergerak-gerak mencari arah tuju kedai mana yang hendak di singgah.Masa time kecik-kecik aku dah penah mai, banyak la beza 10 tahun dulu dengan sekarang. Ada tambahan ruang-ruang parking dan juga penambahan lot-lot kedai baru yang berlambak-lambak.

Untuk gambaran yang lebih jelas dan jitu sila tengok video kat bawah jap hehe..

Masa sekolah aku dah penah mai, masa dok U pun penah mai dan masa keja pun penah mai.So perubahan dari zaman ke zaman dapat dilihat di mana kawasan persekitaran dah renovate atau dinaik taraf bagi menjamin keselesaan pengunjung.Dulu-dulu mai ada Kompleks Arked yang tingginya 2 tingkat, bangunan ni lah menjadi tumpuan dengan berpuluh-puluh lot kedai yang menjual pelbagai barangan.Pastu sekarang mai di sekitar bangunan ni belambak-lambak lot-lot kedai baru bercambah.Pastu ada jugak yang stail gerai berpayung ala-ala pasar malam.Time aku mai orang takla ramai sangat biase la mai tengah bulan.Kalo le time nak raya ramai kot hehe.

Pasar Sehari Terbuka

So barangan apa yang dijual sebenarnya di Padang Besar ni sampai disebut-sebut dan juga menjadi bualan hangat makcik-makcik kg dan juga anak-anak muda untuk singgah beli belah.Erkkhhh kalo nak tau lebih detail kena mai sendiri tengok hahaha.Tapi aku sebagai anak muda, Padang Besar adalah port terbaik nak cari jersi-jersi pasukan kegemaran sama ada tempatan atau oversea.Pastu kalo nak cari t-shirt dengan design-design pelik/baru/stylo.Seluar-seluar jeans, Dockers, kemeja, tali pinggang, wallet dan macam-macam lagi.

Photobucket

TETAPI.. mesti ada TAPInya.Semua barangan ni tak ori ler.Dengan ayat mudah barang Siam beb! So paham-paham ler.. Mana mungkin nak jumpa seluar Dockers 50-60 je.Jeans Levis 35 je dan macam-macam lagilah barang-barang yang menepati citarasa muda mudi hehe.Buat makcik-makcik takpun kaum hawa ada la section dan kedai tertentu untuk diorang.Kain, baju, gelang, kerongsang, teddy bear saiz gedabak, selimut, sarung kusyen, cadar dan macam-macam lagilah.. huhu well you know selera pompuan camne kalo shopping.. nak tulis kang sampai tahun depan lum abih hahaha!

TETAPI.. hehe TAPI lagi, ni pendapat peribadi aku ja lah.. tengok harga takla murah sangat.Biasa ja.. tak macam dulu-dulu 10 years ago.Yang mana barang-barang Padang Besar digilai ramai huhu.Barang-barang mudah transfer dari sempadan, potong kos cukai itu ini, so jadilah murah.Tapi bagi aku taklah murah hyper mana pun, camtue la harga die.Aku beli t-shirt yang ada design pelik-pelik sikit pun RM18 gak.Minta kurang takleh.Baik aku pi SP Walk.Lebih kurang la gak huhu.

Kedai Sukan Padang Besar

Salah satu kedai yang menjual baju/seluar sukan yang terdapat di sekitar Kompleks Arked Niaga Padang Besar

Yang si Mut pulak gila jersi huhu.. Mai Padang Besaq nak mai cari jersi yang kononnya murah.Harga standard dari RM25 hingga RM35,ikut kepada kualiti kain serta saiz, beli banyak maybe ada la kurang 2-3 ringgit.Standard la tu tambah-tambah sekarang bola sepak Malaysia dah mantap.So member si Mut dok pesan belambak-lambak jersi.Si Mut ni siap standby list order masa berjalan dari satu kedai ke satu kedai.Letih jugak la tawaf ke sana ke mari.Pusing-pusing dalam bangunan tu.Tu baru dalam bangunan (Kompleks Arked Niaga) belum lagi lot-lot kedai di luaq kompleks dan gerai-gerai berpayung kat luaq kompleks.

Aku pun sound kat Mut letih seot pusing-pusing.Last-last aku lepak sat kat tempat duduk bawah.Mut pi settle pasal nak beli jersi.Banyak gak pilihan kedai-kedai jual baju-baju sukan.Kena pandai pilih dan pandai nego.Mut pulak kerap mai sini.Dia ada la kot kenai-kenai dealer-dealer penjual jersi ni.Pusing pi pusing mai, aku cuma beli t-shirt ja 3-4 helai hehe.Sebab cadang nak buat videoklip Sayugia nanti.Nak le kena pakai T-Shirt sempoi2 sikit hehe.Lupa nak abaq sekarang kan musim Angry Bird hahaha tu dia belambak-lambak tshirt Angry Bird.Selai dalam 15 hingga 20 ikut pada saiz.

Gapura Padang Besar

TETAPI.. ada TAPInya lagi hehe.. buat para wanita yang mungkin baca blog ni, aku takla survey harga blouse ka, cadar ka, gelang ka kat sana hahaha..so aku taktau sangat harga pasaran masa sekarang hehe.Tapi aku nampak la makcik-makcik dan akak-akak berpusu-pusu dok pilih kain baju, tudung,handbag dan kerongsang hehe.. situ la port depa.Susah kot nak nampak depa lepak kedai sukan hehe..Pastu satu lagi port depa kat tempat barang-barang basah.. haa ni aku cerita kat part 3.Hehehe..

Padang Besar

Padang besar perlis

Padang Besar Arked

Arked Padang Besar

So cerita ni tak abih lagi… ada sambungan lagi! Nantikan part yang seterusnya.. dimana si Mut cuba cari buah bidadara tapi tak jumpa hehe.. anda tahu apa itu buah bidadara?? sebab pa lak Mut tak jumpa?? so nantikan bahagian yang seterusnya…. tunggu!!!

 

Facebook comments: