Padang Besar
Yaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com! Dah lama tak cerita pasai jalan-jalan huhu.. Kategori jalan-jalan blog ni pun dah lama menyepi.. So kali ni aku nak cerita mengenai perjalanan aku ke Padang Besar baru-baru ini untuk membeli-belah apa yang patut sempena bulan puasa dan raya yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.Aku plan tak beli apa sangat pun.Biasalah orang bujang, nak beli apa sangat melainkan untuk diri sendiri.

Kalo dulu aku dah becerita mengenai jalan-jalan ke menara Alor Setar, Taman Perbandaran Sungai Tukang, Jeti Semeling, Penang dan ampa semua pi la belek sendiri blogpost lama aku dulu kalo nak tau hoho tak larat nak taip semua.. dan kali ini aku nak cerita pasai jalan-jalan ke nun jauh di utara tanah air kita.Iaitu Perlis dan lebih spesifik lagi Padang Besar.Apa yang ada sebenarnya kat Padang Besar ni? Huhu nanti aku ulas satu persatu ekk.. entri kali ni banyak part.. so nantikan part by part yang akan menyusul kemudian.

So plan nak pi Padang Besar ni asalnya berpakat hampir 10 orang ramainya.. tapi tiba-tiba last minit tinggal aku dengan En Muftif saja yang leh pi.. macam-macam alasan yang diberikan oleh memba-memba si Mufti ni, ada yang nak kuaq ngan awek lah, kuaq ngan bini lah, bajet lari lah.. last-last tinggal kami dua ja pi.

So perjalanan ke Padang Besar dari Bedong mengambil masa lebih kurang 2-3 jam bergantung pada speed.Aku ngan Mufti naik keta kancil ja.So bawak pun slow sambil menikmati lagu-lagu 90-an kegemaran si Mut.Jenuh dok nyanyi dalam keta.Tapi dalam hati aku bila la mamat ni nak speeding taktau.. huhu! dok bawak slow sambil nyanyi lagu tahun depan baru sampai huhuhu! Kang aku sound tak pasai-pasai aku kena balik jalan kaki satgi huhu.. So ikut ja la rentak perjalanan.Naik highway utara selatan, pastu exit ke Hutan Kampung, pastu follow ja la signboard berkenaan cam Cuping, Padang Besar, dan nak senang panduan usya ja Google Maps huhu!

Signboard Cuping

So sebelum sampai di Padang Besar kami singgah dulu di Jitra.So beli makanan apa yang patut untuk lapik perut pastu pi singgah sat bandar PJ1, jumpa sat si Arn (bassist Sayugia). So kacau sat dia tengah buat keja.. haha.. pung pang pung pang sembang pi sembang mai dalam sengah jam pastu baru sambung balik perjalanan ke Padang Besar.

So jalan ke Padang Besar memang jauh sungguh mata memandang.. (rujuk video kat bawah).Cuaca yang agak panas terik membuatkan tekak tersangatlah haus.Biasalah Cuping kan kawasan paling panas kat Malaysia.Dah tua pas singgah beli air nira nipah untuk penghilang dahaga perjalanan diteruskan.Awat ntah aku rasa cam lambat sangat sampai huhu.. Sambil-sambil tu dapat lihat persekitaran di kiri dan kanan jalan penuh kehijauan dengan tanaman ladang tebu.

Sedar tak sedar sambil melalak lagu-lagu jiwang dalam keta.. tengok-tengok dah sampai.Erkhhh jauh jugak ku rasa.. start bertolak kul 10 sampai nak dekat kui 1.Akhirnya sampai juga Padang Besar yang mana kawasan sempadan sekangkang kaki sahaja dah jejak Thailand.Last aku pi Padang Besar tahun 2009, mak aiih dah lama jugak tak mai sini.Ada la jugak nampak perubahan demi perubahan..
Padang Besar

Arked Padang Besar

So cerita ni ada sambungan lagi.. so pastikan anda singgah blog ni bila ada kelapangan hehe.. nantikan part yang seterus dan layan video di bawah..

Facebook comments: