Yaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Kembali kita pada final part jalan-jalan Padang Besar.Kepada yang mungkin baru singgah entri ini dan taktau kepala ekoq pasai blogpost ini so elok bacalah dulu Jalan-jalan Padang Besar Part 1 ngan Jalan-jalan Padang Besar Part 2 untuk mendapatkan gambaran sebenar sebelum baca final part ini.Mula aku bercadang nak buat 4 bahagian tapi ntah camna aku gabung ja part 3 ngan 4 jadi final part hehe.So entri kali ni memang agak panjang.

Pasar Padang Besar

So abih ja shopping kain baju kat area Kompleks Arked Niaga Padang Besar, masa untuk tengok-tengok barang basah pulak yakni buah-buahan tempatan, kekacang, dan pelbagai lagi.Aku sebenaqnya tak beli apa pun.. Huhu cam takdak benda aku nak beli kat bahagian ni.Si mut ni ja sakan membeli buah tu buah ni.Aha! dalam part lepas Mut cuba nak cari buah bidara tapi tak jumpa.Sebab apa ek?? Nak tau sebab apa sila tengok video kat bawah untuk dapat jawapan hahaha!

Dalam video di atas menunjukkan bahagian kedai-kedai yang menjual pelbagai aneka buah-buahan, kekacang, kurma, pokok-pokok bunga.Mut juga telah membeli satu buah yang maybe anda semua jarang dengaq.Maybe la. Hahahha..Dan anda tahukah apa itu buah nau? Err cane ntah spell ngan sebutan, nouw? now? nau? Haa.. si mut beli buah nau.. nak tau cara sebutan dengan lebih detail.Sila tengok video kat atas sekali lagi.. (Err secara jujurnya aku pun taktau mula-mula buah nau ni.. maybe sebab aku budak taman kot hahaha.. sapa budak kampung mesti tau).

Photobucket

Langsat? Dokong? Alamak aku tak pandai teka

Photobucket

Nak makan kurma kena bisik dulu haha~ (hanya yang paham akan tau)

Photobucket

Biji gajus.. seplo hinggit sepeket

Photobucket

Sapa nak beli banyak terus boleh ja huhu

Photobucket

Kalo pandai cuba cari kacang cerdik huhu

Photobucket

Durian pun ada tapi tak tanya la harga

Photobucket

Manggis, rambutan, haa sapa tau buah apa dalam beg merah jarang tu?

Photobucket

Mut tengah deal nak beli macam-macam buah

Pokok Bunga

Pokok-pokok bunga pun ada jual

So setelah penat beli belah, dengan cuaca pulak panas kering.Biasa le dekat dengan Cuping (kawasan paling panas kat malaysia).So kami pun singgah pekena ayaq kelapa.Nahai 4 ringgit sebijik kelapa.. rasa tak manis sangat pun.. boleh la nak bagi hilang dahaga sebelum nak berangkat pulang.Sambil tu dok belek-belek baju yang dibeli kot la ada tercarik kot mana-mana ka.Dan aku belek-belek tanda harga makanan kat kedai makan ni nampaknya semua harga standard cam kat tempat besa.Ingat dok kat sempadan harga makan murah hahaha..

ayaq kelapa

Takla manis sangat, isi pun tak tebai, sekadar penghilang dahaga

Gerai Makan

Pandangan dari gerai makan, kat depan tu kompleks

minum ayaq kelapa

Mut dapat pekena ayaq, lupa abih memba nak ajak menyembang barang yang dibeli

Belek Baju

Baju becorak gitar yang dibeli

So selesai saja menghilangkan dahaga kat gerai pa nama ntah haha aku pun tak ingat sebelah kompleks ni saja.Maka kami pun bergerak ke kereta untuk meneruskan perjalanan pulang.Tak ronda-ronda abih pun.Sebenarnya terlalu banyak sangat gerai-gerai, lot-lot kedai baru di kawasan ni.Kami hanya singgah masuk ke dalam kompleks semata-mata.Malas pulak nak ronda segenap inci di kawasan ni.Semua sama ja rasanya kalo bab harga.Kalo kurang pun tak banyak mana.Dan dapat aku katakan 99% peniaga di sini terdiri dari orang siam.Cakap pelat siam utara ada, pelat siam kelantan pun ada huhu, ada la sorang dua owner kedai cakap pelat utara pure.

So menaiki turbo kancil mut, kami pun bergerak keluar dari kawasan sempadan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jitra.Dalam on the way balik cam biasa melalui jalan yang sungguh panjang sekitar Cuping.Di kiri dan kanan dipenuhi dengan ladang tebu dan kami juga sempat singgah di menara Cuping.Sebenarnya aku taktau nak bagi nama apa.Aku buh ja menara Cuping haha.Sebab aku tak nampak signboard pun.So agak ja la ianya menara Cuping.Menara terletak kat sebelah jalan, kalo ampa mai Padang Besar konpem boleh nampak punya huhu.

Menara Cuping

So apa yang best sebenarnya yang ada kat menara Cuping ni.Kat atas menara anda boleh view satu kawasan yang unik lah orang kata.Ya lah kan ke Cuping ni kawasan paling panas kat Malaysia.Tiba-tiba kat tengah ladang ada….. hehe…Tak surprise abaq.. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan detail maka silalah tengok video kat bawah.

So ada pa ek kat tengah-tengah ladang tu? hahaha… hanya orang view video kat atas ni ja akan tau.Saja nak bagi ampa tengok jugak kalo nak tau.Daripada kajian aku, hanya 20% saja pengunjung blog ni yang baca sampai abih dan view video sampai abih.Yang lagi 80% tuh hahaha, besa la, separuh terdiri dari bloggers yang nak rush letak backlink je kat komen.Sebab terlalu banyak blog la katakan ratus-ratus mau lawat.So baca sikit2 lebih kurang yang penting tinggalkan komen pastu chow haha.Hanya  perlu 1-2 minit.Yang lagi separuh pengunjung tersesat dari search engine.Keyword yang dia cari ada kat blogpost, tapi sebenarnya bukan info berkenaaan yang dia nak huhu.Camna aku tau semua ni hoho.. Google Analytics membentangkan segalanya huhu.

atas Menara cuping

Pandangan tepi dari atas menara

Ladang tebu cuping

Pandangan hadapan dari atas menara, ladang tebu yang menghijau

Kontrol Macho

Mut cover macho.. sebelah menara ni aku tak pasti apa, nampak macam surau

Menara Cuping Perlis

So abih ja sesi lepak-lepak kat menara, kami pun bergegas pulang ke Jitra umah kawan aku sorang lagi si Arn (bassist sayugia).Dalam kul 5 lebih tu dah sampai dah Jitra.Pastu kami tetiba rancang nak pi melawat Lye Huat Garden.Haa pasai tempat ni aku cerita len di entri akan datang kalo aku rajin ler haha.Sebab tempat ni tengah renovate ada la benda sedikit yang mengecewakan aku.Huhu.Maybe time bulan posa ka.Tengah boring-boring tunggu berbuka boleh siapkan entri mengenai Lye Huat Garden.

Pemeriksaan UPP

Sebelum pergi dan balik, diwajibkan untuk melalui pemeriksaan UPP, mana tau ampa beli berkilo-kilo beras siam, haha.. masa lalu kat sini, pengawal yang bertugas akan tanya barang yang dibeli, si Mut boleh pulak lupa pakai seatbelt, so kena sound sedas, selalu pembeli amatur cam kami (setakat beli untuk diri sendiri dan keluarga sikit-sikit) depa tak pulun check abih-abih.Jangan ampa buat muka ketaq sudah.. sahih dia syak bukan-bukan huhu.

Akhir kata sungguh banyak kenangan dan memori menyingkap dalam jiwa ini apabila berkunjung je Padang Besar.Aku penah datang Padang Besar dengan arwah mak aku.Time tu aku kecik lagi.Taktau apa sangat haha.Aku pun dah tak ingat ade ke tak gambar untuk diceritakan.Pastu time belajar berapa kali mai dengan kengkawan.Masih ingat lagi la memori dengan kengkawan time belajaq dulu.Masa aku mai ni pun ada 2-3 biji bas UiTM bawak student beli belah kat sini.So Padang Besar dah jadi cam kawasan wajib singgah jika melancong ke Perlis.

So orang kata kalo pi jalan-jalan kat Perlis tu, kalo tak singgah Padang Besar kira cam tak lengkap la jadual lawatan.Padang Besar mesti ada mau selit dalam tentatif lawatan huhu.Dulu orang kata, asal nak cari barang murah pi Padang Besar, tapi tu dulu, bagi aku sekarang dah banyak berbeza sangat-sangat terutama dari segi harga.Takla murah sangat seperti yang disangka.. kalo beli dalam kuantiti yang sangat banyak boleh dapat murah,tak caya ampa semua mai la riki sendiri tengok-tengok camana dan bandingkan.Tapi jangan la dok bandingkan contohnya jersi ori ngan jersi beli kat Padang Besar hahaha.Memang jauh beza kualiti dan harga.

Tapi ada jugak yang beli borong banyak helai jersi contohnya.. Pastu jual balik kat Mudah ke, kat member opis ke, kat kengkawan dengan penaik harga suka hati.Kadang-kadang aku rasa kain baju celup yang dok jual kat pasar malam takpun road walk amik dari sini ja haha.Apa-apa pun orang kata alah membeli menang memakai.Setengah orang tak layan barang Siam, sebab faktor kualiti.Terpulang pada duit poket masing-masing.

Dan akhir kata jangan lupa berkunjung ke Padang Besar jika melawat Perlis.Owner atau pembantu kedai ramai comey-comey belako dan tak lekang dengan senyuman dan layanan mesra hehe.Biasa le natural pelaris kena ada hahaha.Dan pesanan untuk kaum wanita, sila bawak duit yang cukup (sebab aku tak nampak pun ATM kat area kompleks tu) kerana mungkin nafsu shopping anda akan meningkat bila berkunjung ke sini dan mana mungkin anda window shopping saje.

 

Facebook comments: