Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Baru-baru ni iaitu cuti weekend aritu aku berkesempatan berkunjung ke Jeti Semeling.Tak jauh pun dari rumah aku.Kira-kira 15-20 minit saja sampai lah.Jeti semeling adalah kawasan peranginan atau pun port untuk lepak-lepak amik angin laut eh laut pulak.Angin sungai le lebey kurang hehe..muara sungai yang menuju ke laut hehe.

Tempat ini sangat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar atau pun kepada pasangan bercinta di sinilah tempat berjanji bersumpah setia langit bulan dan bintang huhu..Kebetulan masa aku datang ke sini musim cuti sekolah pulak.Maka ramai sungguh pengunjung dan juga pasangan pengantin yang mengambil gambar perkahwinan.Dah tau dah.. sapa-sapa orang Sg Petani atau Bedong atau Semeling atau kawasan berdekatan Jeti Semeling ni maka tempat ni lahhh depa nak abadikan gambar perkahwinan hehe..

Bagi orang luar yang berkeinginan untuk berkunjung ke Jeti Semeling maka bolehlah berbuat demikian pada bila-bila masa dan tanpa sebarang bayaran.. Lepak-lepak ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.Freelance komposer macam aku ni memang sangat sesuai nak lepak sini amik ilham material terbaru hehe.. dan tempat ni sangat perfect untuk mereka yang mendambakan kedamaian hehe.. Dan kepada kaki-kaki DLSR.. Yeahh! Sini port terbaek anda.. Highly suggested by me.. confirm no regret! huhu..

So melalui dari highway plus utara selatan.. tak kisah sama ada dari utara atau pun selatan.. anda boleh keluar melalui susur keluar Sungai Petani utara ataupun susur keluar Sungai Petani selatan.Boleh pilih mana-mana exit.So kalo dari exit Sungai Petani utara maka selepas ja bayar tol maka anda hanya perlu go straight sahaja don’t belok-belok hehe.. sampai saja traffik light yang ketiga maka turn right.. so nanti akan jumpa signboard.Kalau dari exit Sungai Petani selatan pun lebih kurang sama hehe.. lepas tol straight saja pastu nanti akan ada sign board ke kanan untuk semeling.Tengok signboard hehe..tak sesat punyalah

Selain itu kawasan sekitar ini juga terdapat Galeri Sejarah, Galeri Biodiversiti, Auditorium, Restoren 8 beradik dan lain-lain gerai minum serta Dewan dan macam-macam lagilah kemudahan.So kawasan ni memang dipantau dan dijaga dengan elok.Kawasan ni rasanya takleh nak memancing.Tapi kadang-kadang aku nampak jugak illegally orang mancing.Kena tangkap kalu pandai-pandai lah noh berjawab.

Kalo time weekend memang orang sungguh ramai tambahan lagi kalo musim cuti sekolah.Jeti Semeling ni dahulu penah dijadikan pelabuhan feri untuk ke Pulau Langkawi.Ada la aku dengar 2-3 trip pastu tengok-tengok dah cancel aku pun taktau pasai pa.. Kalo tak senang le aku nak pi Langkawi..takyah dah nak pegi sampai ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.Naik dari sini je.. dekat pun dekat dari umah aku hehe.. Aku pun taktau kenapa projek pelabuhan tu tak jadi.. maybe sebab ekosistem dia tak kena kot kalo nak bina kemudahan pelabuhan feri

Selain itu berhampiran jeti semeling terdapatnya Jambatan Semeling yang mana ianya menghubungkan di antara Semeling dan Sungai Petani (Sungai Layar pun boleh).So orang-orang belah Semeling, Merbok, Bedong atau kawasan sekitarnya ada jalan pintas ke Sungai Petani melalui jambatan ini.Satu kemudahan supaya orang-orang Semeling tak payah pusing jauh untuk ke Bandar Sungai Petani.Jalan shortcut saja.

Dahulunya masa aku sekolah menengah..aku lalu jambatan inilah untuk pergi tuisyen hehe..Boleh kata dekat atau pun nak lari dari kesibukan jalan biasa untuk ke bandar Sungai Petani.Masa tu jalan lencongan barat tak siap lagi.So kena melalui pekan Semeling dulu sebelum ke jambatan ini.Banyak kenangan sebenarnya Jambatan Semeling ni ish ish.. kalo singkap balik mesti sedih.

So entri ni akan bersambung di part yang seterusnya.. nantikan…untuk mendapat gambaran kawasan di sekitar Jeti Semeling, sila HAYATI VIDEO DI BAWAH..

Facebook comments: