Bazar Raya

Salam semua dan selamat berpuasa kepada pembaca aimannajmy dot com.Nampaknya Raya Aidilfitri 2011 makin dekat dan sudahkah anda membuat persediaan sewajarnya huhu.Sudahkah anda membayar zakat fitrah? Kalo tak cepat-cepat noh sebelum terlambat.Baru-baru ni aku jalan-jalan window shopping tengok baju raya kat Bazar Aidilfitri Sungai Petani.Tapi aku tak beli pun hehe.Nindia baju tahun lepas dok merelit lagi button, kain dok shining lagi huhu, so aku takmo membaziaq so tahun ni raya aku pakai baju tahun lepas ja la.

Bazaar Raya

So apa ada kat bazar ni? Erkhh cam biasa la baju raya, tudung raya, pendek kata sumalah brand name ‘raya’.Sebenarnya kalo sapa orang Sungai Petani sejati, memang tiap-tiap tahun kawasan di sekitar Jam Besar Sungai Petani memang sungguh sesak dengan kereta dan umat manusia berpusu-pusu ke Bazar Raya SP ni.Berderet-deret khemah sepanjang jalan dan memang kelabu mata kalo nak mai pilih-pilih baju raya yang berkenan.Aku pun naik penin tengok.Selalu kalo nak beli dengan harga murah sikit so mai la dekat last-last minit, nak sempoi esok nak raya malam ni dah pi usya tengok.Gerai-gerai akan buka hingga lewat pagi so time-time last minit memang ramai la.Aku memang tak pi dah time-time camtu.. erkhh penin nak berhimpit huhu.. bau macam-macam hehe.

Bazar Aidilfitri

Bagi aku ntah la.. raya ka tak raya memang sama ja bagi aku.Takdak langsung kemeriahan di hati ini.Nak beli baju lawa-lawa pun memang dah takdak mood.Tak macam dulu 5-6 tahun dulu.Time zaman belajar terasa sungguh kemeriahan tambahan arwah mak aku still ada time tu.Sekarang everything changes.Nak rasa meriah balik maybe la aku kena kawin, ada anak, ada umah mak mentua untuk balik kampung huhu maybe la.Kalo tak raya sebagai anak yatim piatu versi dewasa ni takdak la memberi satu kemeriahan sangat di hati ini.Aku just menumpang kasih abang-abang aku je huhu.Time raya balik umah depa sambil tengok gelagat anak menakan.Terhibur sikit hati hehe.

Kedai kasut

So apa tema baju raya anda tahun ini? Beli baru ke atau pakai tahun lepas punya haha.So akhir kata kalo anda berpeluang balik beraya di Kedah jangan lupa untuk shopping baju raya di Bazar Aidilfitri Sungai Petani.Mai la tengok-tengok kot ada yang berkenan hehe.. lokasi senang ajer.Notice mercu tanda Sungai Petani iaitu menara Jam Besar yang tesergam indah di tengah-tengah bandar SP.Kiri dan kanan jalan memang penuh dengan deretan khemah dan gerai yang menjual baju-baju raya, kuih raya, serta kelengkapan raya lain.Kalo cam dah penat shopping boleh la lepak-lepak kat Dataran Jam Besar tu amik angin hehe.Dan satu lagi nasihat, pastikan anda letak kenderaan di tempat yang betul kalo tak nanti kena saman hehe.Happy shopping!

Beli Baju

Gambar : SMS on BAJU MURAH hantar ke 88888 (bajet leh dapat murah huhu)

Beli Air

Gambar : Aku mai sini semata-mata nak beli ayaq kelapa ja haha

Pilih Baju Raya

Gambar : Erkkhhh cam tak kena ja kalo aku pakai baju batik time raya huhu

Facebook comments: