Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan puasa.Sungguh sekejap masa berjalan.Pejam celik pejam celik dah hampir setengah bulan kita berpuasa.Tak lama lagi pejam celik pejam celik dah nak raya.Rasa macam masa berjalan sungguh cepat.Kejap je dah nak bulan 9 dah.Dulu masa awal tahun dulu, aku ada berazam untuk capai sesuatu dalam hidup ini, nampaknya ada yang belum tertunai.Life must goes on.

So macam mana puasa anda semua.Anda yang terponteng secara tak sengaja ke hehe.Dah hampir setengah bulan berpuasa tapi berat badan aku still the same cam sebelum puasa.Takdak langsung perubahan hehe.Mau taknya.Sekali berbuka bedal tak hingat.So makanan yang terlalu banyak nak proses dalam masa yang singkat tersimpan camtu ja jadi tenaga/lemak balik.Ntah le bila habit aku nak berubah.Bab tarawih sememangnya aku jujur mengaku aku tak konsisten full day setiap hari pegi.Bagi mereka yang konsisten teruskan, itulah sebaik-baik amalan di bulan yang penuh berlipat ganda pahala ini.

Macam mana pula bab makanan time berbuka puasa anda semua.Ada yang beli je, ada yang bini masak, ada yang mak masak.Bagi aku yang bujang ni, aku banyak beli je la.Singgah mana-mana bazaar berdekatan umah aku ja.Aku sememangnya malas nak masak.Dah le dok lonely.Lagi le malas huhu.Ikut tahap mood aku la.Kalo aku time soq (sahur).Aku rajin juga masak.Masak asal kenyang ja.Stail bujang huhu.Apa ada kat dapoq tu aku bubuh ja dalam kuali hahaha asalkan kenyang.

Bercerita mengenai bazaar ramadhan ni, paling best dan paling besar dan banyak pilihan adalah bazaar ramadhan Taman Ria Sungai Petani.Tapi aku jarang sangat pegi.SEBAB mak aiihhh tudiaaa umat manusia serupa semut punya ramai.Nak parking pun susah.Nak senang kena mai dengan moto.Kalo mai ngan keta tudia 8 jam pa cari parking haha (gurau ja).Aku tak selalu mai sini sangat.

Aku selalu mai yang dekat-dekat ja dengan kawasan umah aku.Cam bazaar Bedong, bazaar ramadhan Gurun, dan bazaar ramadhan Sg lalang (Taman Bandar Baru).Dan kawasan perumahan aku pun ada jugak gerai-gerai tepi jalan.So cam kalo malas tahap gaban, aku pi gerai-gerai tepi jalan kat dalam kawasan perumahan aku ja huhu.

Errr nak beli kuih ke lauk ni huhu..ayam masak merah ni cam menggoda je.. pakcik ni dah tensen lama sangat buat decision hahaha

So 2-3 hari lepas aku pi beli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan Taman Bandar Baru Sungai Lalang.Area bazaar ni kat kawasan perumahan.So memang agak packed time puncak (kul 6-7).Bagi aku kalo mai bazaar ni, niat di hati mesti kena set siap-siap dah dalam hati nak beli apa.Kalo mai dengan hati yang terbuka… tudiaa semua rasa nak beli.Itu ini itu ini..last-last tudia tak abih camtu ja time berbuka.Membazir ja.Kadang tengok kuih tu.. alahai sedapnya rasa.. telioq, tapi bila dah beli balik makan alamak tak sama cam kita expect hehe.. semua nafsu ja nak beli macam-macam.

Akhirnya aku membeli kuih manisan faveret aku all the time…. SERI MUKA! (arwah mak aku selalu buat ni dulu, takdak sapa boleh celen kesedapannya)

Jauh di sudut hati aku tersangat-sangat rindukan masakan arwah mak aku… hurmm sob..sob tetiba terfeeling lak.So akhir kata, selamat membeli juadah berbuka dengan hati yang waras huhu, jangan menurut nafsu, nanti tak abih membazir hehe.Selamat berpuasa.

Facebook comments: