Aku memang tensen gila bila tengah sedap-sedap buat keja online kat umah tiba-tiba nyamuk mai masuk hidung! Aku taktau mai kot mana nyamuk-nyamuk ni.Aku dah check abih satu umah takdak pun ayaq yang bertakung,Tengok longkang ok.Tengok kat belakang umah ok.Dalam tandas ok tapi nyamuk tetap banyak jugak! Haishhh… Sampaikan bila aku bangkit tidoq pagi tu tangan aku yang putih melepak ni abih dipenuhi dengan bintik-bintik merah..hasil gigitan nyamuk.Apa yang depa suka sangat ngan darah aku pun aku taktau..awat manaih kaaa.. suka sangat buat luvbite kat badan aku ni.

Aku pakai Ridsect Matt (kepingan penghalau nyamuk) tak jalan.. spray samada Ridsect ataupun Fumakilla pun tak jalan.Tahan la sat kan..2 3 jam.Pastu mai balik pulakk..Dulu aku ada test pakai Serai Wangi yang kena bancuh tuh~ Tapi aku dah tak pakai kos mahal le pulak..binatang bintat2 tu boleh la nak halau.Kalo nyamuk kena bancut pekat.Rugi le camtu.So pada malam minggu lepas dengan perasaan tensen membuak-buak aku menjalankan operasi besar-besaran memerangi nyamuk kat umah aku.

Operasi ini dijalankan dengan bantuan bersama seorang hero asai dari Amerika sana nuh tapi dok Kedah..banyak gak laaa dia tangkap.Dia dah tua dahh sebab tu aku panggil pakcik jaa..huhu.Pastu dibantu oleh pembantu dia..dia ni lari cepat sikit..bukan cepat sikit tapi cepat banyak la huhu sepantas kilat.So sejak depa dua ada kurang la sikit nyamuk kat umah aku hoho~ Sapa depa ni?? LIHAT VIDEO KAT BAWAH.

Facebook comments: