Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Di harap semua sihat belaka di kala beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru.Tahun baru maka azam pun baru hehe.Selalu camtuhlah kan orang berniat.Err aku bukan nak becerita pasai azam.Hehe

Semua orang aku rasa mempunyai hobinya masing-masing.Tak ketinggalan jugak aku.Hobi aku bermain alat muzik dan juga mencipta lagu.Tapi aku takla sepower man kidal ke kirk hammet ke vanessa carlton ke dan beberapa nama famous lain la huhu.Aku sekadar boleh main ja.Nak suruh aku buat skill bermain gitar sampai terbakar jari goreng takla reti sangat aku.Aku rasa minat aku lebih kepada mencipta lagu atau melodi huhu.

Alat-alat muzik yang aku boleh main adalah mengikut hieraki kebolehan tertinggi adalah gitar, drum, dan keyboard.Dalam sayugia studio ni  ada banyak lagi alat muzik macam violin, ukelele, harmonika, seruling, shaker, tamborin huhu ntah pelbagai lagi yang kecik-kecik.Aku cuma fokus gitar, drum, keyboard dan akhir2 ni aku cam cuba nak meningkatkan kebolehan bermain violin huhu.Sangat susah. Sebab takdak fret.Huhu.Sebab takdak fret tuh la men violin ni lebih kepada menjiwai huhu.Tangkap feel melayan perasaan huhu.

Selalunya bila aku dok saja tiba-tiba grab gitar nak reka melodi memang takkan dapat punyalah.Kalau dapat pun tetiba rasa macam nak sama-sama cam lagu yang famous lain.Idea melodi salu datang pada time-time yang tak diduga.Melodi tu datang dalam hati aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana lagu.Apa-apa pun mana-mana lagu famous dalam dunia ni mesti akan ada persamaan maybe dalam 20-30%. Yearghhhh Metallica gila bapak punya famous satu dunia pun akui muzik dan melodi diorang tak 100 % pure.At least 20 -30% mempunyai persamaan dengan pengaruh muzik-muzik lain.Inikan pula aku yang beginner dan komposer hingusan.

So antara detik-detik spontan yang aku lalui yang membolehkan secara tiba-tiba idea datang mencurah adalah seperti di bawah

1) Ketika atas moto… Ya time aku membonceng moto sama ada destinasi itu jauh atau pun dekat tiba-tiba idea spontan akan datang.Kadang-kadang aku pi kedai apek panjang depan umah aku ja pun.Mai kot mana idea datang.Tapi pada hakikatnya takla selalu.Nama pun spontan huhu.

2)Ketika baru lepas makan tahap kenyang tertinggi.. Huhu ketika perut aku tersangatlah kenyang dan tersangat malas bangun.Maka aku akan bersandar dan grab gitar sambil bermalas-malasan.Maka idea itu akan timbul secara tidak sengaja.

3) Ketika hujan turun….. dengan suasana yang lembap dan sedikit kesejukan maka otak aku akan tetiba rasa nak bermalasan dan besandar.Maka aku akan grab gitar dan terus menerawang fikiran mengelamun maka tiba-tiba idea tuh muncul hehe

4) Ketika bulan puasa… Yaa time ni memang idea salu datang mencurah-curah terutamanya selepas makan soq.Time bulan puasa memang aku akan buat lagu berunsurkan dakwah dan ketuhanan.Tak keluar lagi nanti ye.Huhu.Studio x abih renovate lagi.Niat aku nak berdakwah menerusi lagu mesti diteruskan.Selain lagu mengenai luahan ati dan perasaan, lagu unsur-unsru dakwah mesti kena ada jugak huhu.

So 4 moment di atas memang disifatkan sebagai ruang dan peluang ketika idea spontan itu datang.Sebenarnya stok simpanan lagu-lagu yang aku dah cipta hasil dari ruang dan peluang itu memang banyak.Cuma untuk memproseskannya menjadi satu lagu yang lengkap dan clean dari segi sound memang makan masa.Ahli-ahli band sayugia terikat dengan komitmen masing-masing.So kadang-kadang nak cari masa merakam tuh agak jarang-jarang dapat.Cuma aku sebagai komposer dalam band sayugia akan menghasilkan raw material baru dan terlibat dalam aktiviti mixing dalam studio.

p/s : Lama tak melukih guna mouse dekat window paint..so agak buruk kui  kui kui..

Facebook comments: