Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Nurul Hidayatul Aiman Tukiman.Mari kita ikuti penulisan beliau

 

Masihkah anda ingat babak dlm filem ‘Ibu Mertuaku’ lakonan P.Ramlee & Sarimah Ahmad. Topik kali ni berkenaan dengan ibu mertuaku.

Macam-macam yg kita pernah berkenaan dengan ibu mertua. Ada yang pernah berkata, “Mak mertua aku, garang.” Ada juga yang pernah berkata, “Mak mertua aku baik & sporting.” Saya, tiada pengalaman berkenaan dengan ibu mertua. Kerna saya belum bernikah tapi akan bernikah.

Pada pendapat saya, ibu mertua patut kita hormati & sayangi seperti ibu kita sendiri. Huhu kalau buat lebih kurang, tak mustahil suatu ketika nanti jika anak kita telah berkahwin, menantu kita pun akan layan kita lebih kurang aja. Itulah dinamakan hukum karma. Buat baik di balas baik.

Pernahlah saya mendengar cerita berkenaan dengan seorang menantu lelaki. Selepas berkahwin, dia tak pernah menjejak kaki di rumah mertua. Tapi bila dia kehilangan kerja, dia pulak minta pertolongan mertuanya. Pelik betul. Bila susah susah, baru nk minta tolong. Bila senang, buat tak peduli aja,

Satu cerita lagi, saya pernah alami dan tengok sendiri. X-housemate saya, masa mengandung kerap la admit kat wad. Asal orang kelantan, berkahwin ngan orang perak utara. Husband dia pulak keja tak jauh la. Tapi susah nak ulang-alik, so dok sekali dengan saya. Yang sedih bercampur geram melihat, dari mengandung sampai bersalin, mak mertua langsung tak jenguk. Perjalanan rumah mak mertua dia dari hospital kulim tu tak jauh sangat lebih kurang 50 minit ke 1 jam aja. Bila anak dia dah besar, barulah mak mertua nak jaga sangat. Huhu sebab waris dia kot.

Pengalaman anda pulak???? Apa pun, yang penting kita amalkan ‘win-win situation’. Kepada ibu-ibu mertua yang membaca artikel ini, hormatilah & sayangilah menantu anda seperti anak anda sendiri. Jangan hipokrit, depan anak sendiri layan menantu baik. Bila di belakang anak sendiri, buat yang sebaliknya. Kepada sesiapa yang menantu-menantu tak kira lelaki ka perempuan, binalah hubungan yang positif dengan ibu mertua seperti hubungan anda dengan ibu anda sendiri.

Kepada menantu yang tak pernah baik dengan ibu mertua anda, renungkan lah. Jika anda di tempatnya, apa perasaan anda??? sedih kan. Cubalah berbaik-baik. Kalau ibu mertua sendiri cuba mencari pasal, cuba berbincang di hadapan anaknya. Mungkin dia salah faham berkenaan anda.

Akhir sekali, persefahaman & bertolak-ansur penting dalam hubungan ibu mertua & menantu lelaki @ perempuan. Jika anda menghadapi masalah dengan ibu mertua anda serta tiada jalan penyelesaian, berusahalah, berdoa & bertawakal kepada Allah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Facebook comments: