Nampaknya dekat 2 bulan aku tak update ini blog hahaha.. gila cepat.Pejam celik pejam celik.. ralit-ralit… tadaaaaa dah 2 bulan nampaknya tak sentuh blog untuk dinukilkan secebis update haha.Sesaapa yang rindukan penulisan aku (ceh! kalo ada la haha) boleh la add aku kat facebook huhu.Aku kadang bosan-bosan aku taip juga panjang-panjang status kat pesbuk isu isu terkini atau apa apa sahaja aku rasa nak tulis huhu.Dekat facebook dengan instagram boleh pulak laju update setiap hari.Mai dekat blog mak aiihhh kalo dah lama tinggai tak tulis.. tiba-tiba ada aura kemalasan melanda diri.. then terus terbiar tanpa sebarang entri atau post huhu.

So apa ke benda tajuk entri ini ‘i am really sorry’.Sebenarnya ianya simbolik sahaja di atas ketidak updatetan blog ini sekian lama.Maybe ramai pembaca setia blog ini dah beralih arah sebab lama sangat tak update woii haha.Aku asyik pikiaq keja utama aku sahaja.. kadang seriussssan tak dak mood nak menulis ni.Tapi bila memikirkan aku telah membayar kos server yang agak mahal untuk memastikan blog ini laju untuk dilayari… maka tiba-tiba malam ni aku terdetik nak update haha.. sedari awal tahun lepas lagi.. aku punya la bertekad untuk kembali aktif menulis dan kembali memeriahkan dunia blog tempatan… dan sangat merindui era 2010 ngan 2011 di mana aku kerap menulis dan update blog serta tanpa henti ‘blogwalking’.. tetapi itulah tuntutan kerja aku kadang-kadang menyebabkan aku takdak mood nak menulis huhu… tapi kalo facebook boleh kata tiap-tiap hari up status haha.. panjang-panjang pulak tu taip haha.

“Really sorry” juga merupakan jenama wheel bagi skateboard.Untuk pengetahuan aku kini kembali aktif bermain papan luncur ataupun yakni dipanggil skateboard.Haha.. bagi mereka yang belum mengenali aku.Aku sememangnya aktif bermain skateboard since zaman sekolah yakni bermula pada tingkatan 4.Boleh kata setiap hari aktiviti utama aku setiap petang adalah bermain papan luncur bersama rakan dan taulan.Bermacam-macam skill dan trick berjaya aku land dengan sempurna.Pada zaman tengah darah muda.. dan tenaga yang banyak.. besa lama zaman muda belia.Aku pada waktu itu sememangnya bertekad untuk menjadi seorang atlit papan luncur yang berjaya.. tetapi apakan daya.. pada tahun 2003 yakni ketika aku berusia 18 tahun… tangan aku patah.. (yakni jadi bentuk L) ketika bermain papan luncur di dewan kuliah Matrik Penang huhu… ngeri kot time tu.. ketika aku ingin membuat trick 360 flip to front side board slide di atas rail menurun.. malangnya tidak menjadi aku jatuh dan tangan kanan aku menahan simen.. then kelepapppp!! patah dua… hehe tapi tulah.. ketika itu time dah nak maghrib dah.. padah syaitonnnn kot menghasut suruh main lagi haha.

Then sedari aku patah tangan pada 2003… menjadi satu titik permulaan aku stop sudah aktiviti bermain papan luncur.. ditambah dengan arwah mak aku ketika itu sangat risau bila mana aku time tu tengah menghadap peperiksaan akhir matrikulasi.. sudah la tangan kanan.. tangan aku menulis.. peritnya jari jemari takleh nak digerakkan.. tangan aku dimasukkan titanium plate… aku tabah jua.. selang beberapa lama berminggu dan berbulan (take time jugak nak sembuh) akhirnya sembuh juga sedikit.. tapi tak fully.. jari jemari tak kuat cam dulu.. aku berjaya jugak menjawab peperiksaan dengan jayanya.. sehingga kini kesan bedah masih nampak kat tangan aku.. dan sememangnya aku takleh angkat berat… dan itulah… yang original lagi fully functional dari yang dibedah dan dimasukkan besi.. makna kata.. tangan kanan aku ni.. banyak kekurangan.. cepat rasa lemah.. cepat kebas.. dan kadang sejuk2 rasa tak selesa.. segalanya ketentuan Allah.. aku terima dengan penuh redha.

Kemudiannya.. memang aku stop dah main lompat-lompat ganas-ganas ni.. masa zaman U aku main jugak… tapi sekadar ringan-ringan.. just jalan-jalan.. roll-roll ke sana kemari tanpa sebarang trick bahaya.Then habis U.. lama jugak aku stop.. ada la 3-4 tahun haha.. then sekarang rasa macam nak main balik haha… bukan main macam dulu.. macam zaman remaja muda-muda dulu… ni sekadar main biasa-biasa.. ringan-ringan je… roll-roll ke sana ke mari… sekali-sekala ollie dan kickflip.. means takda aku nak main trick-trick ganas macam dulu.. hahaha.. dah tua kot.. perut pun dah boroi.. aku sekadar main untuk keluarkan peluh.. dan kasi bakar lemak.. dan best apa ronda-ronda dekat skatepark… feeling naik bukit turun bukit.. naik pool turun pool.. kiranya macam main longboard… longboard bukannya ada trick sangat pun macam skateboard biasa.

Mengapa tiba-tiba timbul minat aku nak main skateboard balik ni.. segalanya bermula pabila aku ternampak skatepark Shah Alam yang begitu luas dan heaven dengan pelbagai skate obstacle dan facilities.Aku dok Kedah.. haha.. kat sini mana ada skatepark tahap international punya standard.. so bila ternampak live depan mata.. terus rasa teruja nak main balik haha.. alah main-main manja je.. bukan tahap Tony Hawk hahaha.. seronok tengok bowl dan pool skate yang sangat luas.Skatepark Shah Alam ni terletak kat seksyen 13.. kiranya ni macam extreme park yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.. sebelahnya ada KFC dan jugar Burger King.Selain skatepark ada juga wall climbing, paint ball.. dan persekitaran yang luas untuk aktiviti perkhemahan ke, outdoor aktiviti ke dan lain-lain.

So sembang banyak tak guna.. hayatilah je lah gambar-gambar kat bawah ni hehe.

skateboard tools

Sebelum main kena fix kan apa-apa yang patut.. ketatkan apa longgar dan pastikan segalanya menepati kesedapan kaki seorang skaters haha..

bearing skateboard

Bearing skateboard.. inilah yang menentukan kelajuan skateboard anda huhu.. untuk beginner beli jenama cap ayam sudah.. atau takdak jenama haha..

really sorry wheel skateboard

I am really sorry!! REALLY SORRY! hehe.. antara jenama yang sangat famous dulu haha (wheel ni aku beli time zaman U.. still leh pakai)

shah alam skatepark

Skatepark Shah Alam dekat seksyen 13.. bila time petang tersangatlah ramai budak-budak.. nak tenang dan feel main skate.. better pegi belah pagi… takdelah malu sangat dek budak-budak tengok abam boroi main skate hahaha

big bowl skatepark shah alam

Wahh ini bowl tahap Tony Hawk punya makanan hahaha… aku tak berani turun… gila tinggi.. kang tersembam kena perut boroi.. bergegar seluruh penduduk Shah Alam haha.. silap-silap masuk hospital aku hahaha.

shah alam skatepark facilities

Wahhh ini kalo aku masa zaman muda-muda remaja.. tengok osbtacles camni… tentunya bernafsu membuak-membuak nak buat trick macam-macam haha… memang teruja beb.. tapi dah tua tahap boroi ni hanya mampu tengok.. tak larat nak lompat-lompat hahaha..

bowl skate shah alam

Bersedia untuk roll down hahaha.. gilossss aku acah-acah saja.. gila tak berani tinggi sangat hahaha.

roll over the skateboard

Jalan-jalan amik angin.. roll sana roll sini… dengan hepinya hahaha.. time ni aku mai kui 11 pagi.. ofkos tak ramai budak-budak.. dengan hepinya leh jalan-jalan keliling skatepark dengan machonya haha…

rolling skate

Yeahhh roll over.. roll over the deck.. keep it rolling the wheel hahaha… seronok weh.. ronda-ronda keliling sk8park ni hahaha

sk8 pool

Ketepi!! abam boroi nak naik bowl turun bowl haha.. yang kecerunan tahap camni boleh la aku naik… lagi up kecerunan aku takut dah.. kang badan tak balance.. berat sangat.. jatuh naya je hahaha

rolling sk8

Weee!!!! menurun dari kecerunan tahap manja-manja hahaha.. mai time pagi best.. tak bape ade orang.. seronok jalan-jalan amik angin.. kalo time petang.. mak aihhh punya ramai nak lalu pun takleh haha

sk8park shah alam

Ada juga kawasan lapang area tu.. bagi memudahkan mereka yang berminat dengan street style… you know layan trick kat area lapang je.. actually skate ni banyak pecahan atau banyak genre dia huhu.. ada yang suka main technical street saja.. ada yang layan vert sahaja.. ada yang layan ronda-ronda macam longboard.. tapi mostly majoriti skaters kat Malaysia ni banyak main street style.. yelah sebab mudah kat mana-mana sahaja nampak kawasan lapang boleh main buat trick.. kalo kat Malaysia ni bersepah skatepark macam kat US sana nun.. konpom ramai akan power main macam Tony Hawk hahaha.

skater girl shah alam

Ada juga skater girl hehe.. skater girl versi berhijab.. dalam ramai budak-budak main yang boleh kata kesemuanya lelaki.. tetiba ada seorang gadis bertudung main haha.. unik tu haha.. aku sempat berbual-bual dengan beliau.. rupanya baru Form 3.. hehe baguslah tu.. umor muda-muda dah power main skate.. macam-macam trick dia boleh buat.. kagum aku haha… remaja seusia dia.. ramai yang berkepit dengan boipren ke hulu ke hilir buang masa dan takde faedah.. tapi beliau melibatkan diri dalam sukan extreme.. abg salute adik! hehehe… main bagi power bagi wakil Malaysia untuk X-Games akan datang.. mana tahu.. skaters berhijab pertama diketengahkan di arena antarabangsa.. biar skaters Mat Salleh terkejut sikit hahaha.

Dan akhir kata… setelah 2 bulan aku tak update blog… maka dapat juga update walau hanya secebis tulisan hehe.Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita dan update.. mengenai komik aku.. Leman Kelolo dan lain-lain.Stay Tuned!!! (harap la pasni aku kerap update hahaha)

 

 

Facebook comments: