gambar pink
Pertama-tama sekali aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin menunggu outcome yang seperti aku rancangkan untuk bulan Oktober.Seperti mana yang aku dah bagitau, jadual yang aku rancangkan tu takkan tepat dan seperti mana yang dirancangkan.Banyak betul masalah peribadi yang aku sendiri cipta yang mana membantutkan apa yang aku plan sebelum ini.Masalah apa rasanya tak perlu aku kongsi, biar aku sorang saja tau cukup huhu.

Pada mulanya segala apa yang aku rancangkan memang berjalan lancar, pastu pada pertengahan bulan, aku telah buat satu ‘decision’ yang mana membuatkan aku dok pikiaq tak abih-abih pasal ‘decision’ yang aku buat tu dan seterusnya membuatkan aku jadi takdak mood nak update blog dan update perkembangan Sayugia.‘Decision’ apa tidak akan aku cerita huhu.Setelah berfikir 8 juta kali, maka aku amik keputusan untuk lupakan ‘decision’ tu biarkan ia berlalu bak angin kentut huhu… dok pikiaq satu hapa pun takleh buat keja ye tak haha.Tengoklah blog ni pun malas aku nak update.Apatah lagi keja lain.

Kadang-kadang bila satu masalah tu berlaku, aku memang akan fikir panjang dan takleh buat keja.Malas aku nak babitkan masalah aku dengan orang lain.Biaq aku sorang pikiaq cukup huhu.Aku dari dulu seorang yang sangat details bila memikirkan sesuatu perkara lebih-lebih membabitkan masalah duit.Setiap duit yang masuk dan keluar aku akan pikiaq untuk 2-3 bulan akan datang.Sapa yang penah aku kenal aku, tau la aku ni camana dari segi penjimatan duit hehe.Tapi kadang-kadang bab makan aku tak mengira sangat, kadang-kadang jadi masalah juga bila makan tak reti nak berjimat cam aku hehe.Bukan apa aku pulak jarang masak.Bila ada mood ja aku masak.So bila makan luar dengan harga makanan yang semakin meningkat memang perit huhu.Orang standard nasi lemak sebungkus dah ok.Tapi tank perut aku 3 bungkus baru cukup ahahaha.

Apa-apa pun ‘decision’ yang aku buat tu takdak kaitan dengan pemakanan atau kewangan yek hehe.Saja tokok tambah hehe.Sekarang ni aku rasa masa untuk aktif balik dunia blogging dan tak mencari bebanan masalah lagi huhu.Sekarang ni ada saja dok suh aku kawin la sebab tengok hidup aku tak terurus haha.Aku dah biasa hidup sebagai anak yatim piatu versi dewasa bertahun-tahun lamanya.So kalo takdak bini pun aku tak rasa janggal mana sangat dan kalo takdak awek yang amik berat pasai aku pun aku tak rasa terbeban mana sangat pun.Apa yang penting sekarang aku nak target nak capai impian aku dulu dalam business IM ni sebelum aku galak nak becinta ngan anak dara orang huhu.Ianya sebagai batu loncatan bagi aku untuk mencapai target yang aku inginkan.Selagi mana aku belum mencapai target yang aku nak, selagi tuh la aku takkan bercinta.

Akhir kata aku minta maaf kepada mereka yang mungkin menunggu outcome yang aku rancangkan bulan lepas.Aku dilanda masalah peribadi yang agak terbeban dan tak mampu nak pikiaq pasai blogging dan Sayugia.Kawan-kawan rapat aku mungkin nampak aku hepi ja, tapi inside hati ini sapa yang tahu huhu.So aku rasa pas berfikir 28 billion kali maka tiba masanya untuk aku move forward dan mengabaikan bebanan fikiran yang menimpa jiwa ini hehe.Sekian. 🙂

Facebook comments: