Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh Miss A.T.Mari kita ikuti penulisan beliau mengenai harga barang yang semakin naik saban hari.

HARGA BARANG SEMAKIN NAIK GAJI SAMA AJA TAPI NAIK SEDIKIT


Sejak kebelakangan ini, harga barangan semakin naik. Gula, minyak dan sebagainya. Bila berborak dengan rakan-rakan pasal harga barang. kebanyakkannya mengeluh terutama rakan-rakan yang berkeluarga.

Saya sebagai golongan muda yang berstatus bujang pun mula mengeluh. Bukan apa, gaji pokok pun RM1k lebih, boleh la hidup. Nak bayar kereta dan sewa rumah, baki gaji pun untuk duit makan. Kenaikan tahunan naik pun tak sampai RM 80. (saya mensyukuri apa yang saya perolehi, sekadar ingin berkongsi apa yang membimbangkan).

Jika yang berkeluarga pula dan mempunyai bayi, banyak yang kena spend untuk bayi mereka seperti susu, upah pengasuh, pakaian. Petang tadi, saya pergi beli hadiah untuk anak member yang baru lahir. Harga baju bayi dan susu agak mahal.

Pada pendapat saya, semakin besar gaji, semakin banyak duit yang kena potong. Bagi yang pendapatan rendah dan berkeluarga besar, memang membebankan bila harga barang naik. Pada saya, tidak mustahil pada masa akan datang, golongan yang berpendapatan RM2000 ke bawah, boleh dikategorikan berpendapatan rendah.

Facebook comments: